Sunday, February 15, 2009

Bahasa Inggeris vs Gap

Aku just nak tanya dia orang nih....

Tanya cucu-cucu dia org (mereka yang membantah), anak-anak dia org... Tanya mereka. Adakah mereka setuju dengan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris di sekolah? Tak perlu terangkan kepada anak kecil ini tentang akta atau perlembagaan kepada mereka. Terangkan kenapa kerajaan ketika itu mahukan matematik dan sains di ajar dalam bahasa inggeris. Adakah untuk kebaikkan mereka atau sengaja untuk menjatuhkan martabat bahasa melayu?

Kita dengar jawapan mereka... Jika begitu, adakah cikgu bahasa melayu yang mengajar anak mereka bercakap bahasa inggeris di rumah itu tidak melanggar perlembagaan?

Kemudian tanya anak-anak kecil yang belajar dalam bahasa inggeris ini. Mahu ikut perlembagaan atas kepentingan orang lain atau mahu perlembagaan untuk masa depan mereka?

Lebih mudah, adakan undi dengan dipantau oleh EC. Kalau mahu gunakan dakwat khas, gunakan.


Adakah ini disebabkan politik? Pemahaman yang cetek atau tidak berfikiran jauh? ADakah mereka masih rasional akan kepentingan masa hadapan pelajar atau hanya rasional pada pandangan kepala mereka?


Bahasa Inggeris: Gapena buat laporan polis

Ditanya mengenai 'perarakan keranda 152' yang dirancang sebelum ini, Ismail berkata, Gapena sentiasa rasional dalam setiap tindakan yang bakal diambil.

"Kita menerima banyak cadangan termasuklah nak bawa keranda itu, tapi apabila diperhalusi lebih baik kita lakukan bantahan dengan cara yang lebih sopan dan teratur.

"Kalau nak bawa keranda kita kena dapatkan kebenaran pihak berkuasa...kena ikut peraturan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...