Wednesday, December 31, 2008

New Year Beb...


2008 dan fakta
  • Umur dah berubah. Sekian terima kasih. Tapi setiap kali aku shaving, terasa diri ini muda 5 tahun. Serius giler!!!
  • Though aku tak semakin kaya except bill aku yg makin byk. Tapi aku berjaya menjadi bagi tip, derma and act mcm org ada duit. Org yg byk duit patut rasa malu ngan aku skarang...
  • Berjaya kurangkan loan ASB dengan lebih byk, bayar PPZ.
  • Berjaya snap lebih kurang 10-12ribu keping gambar dlm setahun. Utk byk event. Kawin la, vacation la, raya la dan ntah ape2... yg lain. And... aku juga dpt membeli lens cap ayam yg baru. Canon 55-250 IS. (Bukan information Systems tingkat 43 ye...)
  • Dulu main guitar kapuk je. Tu pun dan berumur dekat 10tahun. 12 April aku beli amp guitar. Ape kejadah amp guitar elektrik dan gitar tong? Aku guna pickup. Bermula dari situ aku main guna elektrik. Ada la bunyi2 overdrive dan distortion. Then upgrade ke Ibanez RG321MH. Then upgrade Amp ke VOX VT30. New series... Perghhh... Terasa diriku macam Selash dari kumpulan Pistol dan Bunga Ros pulak!
  • Stakat yg aku ingat aku dah beli dekat 10 buku... Sat aku ingat... Candlestick, forex, tipping point, cerita ape ntah, the rules of life, the rules of wealth, subconcious mind dan....... 3-4 buku lagi yg aku lupa tajuknya... Total... dlm Rm500 yg boleh claim kat cukai... (Yolah... aku tak mampu lagi nak shopping bawak bakul kat Borders tu... Bukan tkade duit, tapi takde masa nak baca...
  • Setelah 4 tahun SE lama, aku upgrade ke HP baru. Yg hanya 2 bulan aku buat telefon. Selebihnya aku jadikan modem dan surfing internet. Canggih kan aku? Still HP lama jadi tmpt berbual dan sms. Yg baru, update blog. Tapi, diakibatkan jualan murah oleh arip, aku beli lagi satu HP baru. kali ni utk call dan sms. Tahun depan PDA. Mana tahu mahu lawan Ijan?
  • Perjalanan paling jauh... Sabah, Gunung Kinabalu... Walaupun tak berjaya smpi puncak... at least berjaya gak jalan 15km dlm masa 2 hari. Maybe 1-2 tahun lagi. Insya-allah...
  • Dan tahun ini juga merupakan tahun yg paling cergas. Sebab aku banyak jogging, naik tangga turun tangga dan senaman lain. Semuanya disebabkan info di atas.
  • Masih TAK BERJAYA maintainkan pembawaan kereta dibawah hadlaju 110KMJ dalam jarak 50km straight. Jalan biasa atau highway. Biasanya drive dlm 10km dh ngantuk... Tu pasal aku perlukan kereta yg boleh kene speedtrap. Kete lama takpe... Janji boleh kene speedtrap... Siapa kata berhati-hati di jalan raya tu bagus utk kesihatan?
  • Beberapa org kawan kawin, beberapa org kawan tunang, beberapa org kawan beranak, beberapa org kawan terlajak buat anak, beberapa org kawan break, beberapa org kawan couple, beberapa org kawan complicated, beberapa org kawan yg gaduh2, beberapa org kawan yg nak tambah lagi...
  • Beberapa krisis org lain yg pelik yg melibatkan aku. Stakat bawah-bawah tu ok le. Ni dah tahap kronik... smpi tahap... ermmm bahaya.... aku bukan Dr Chenta... Tolong sesikit bolehlah...
  • Tahun paling kurang aku main game. Tak kiralah main game komputer atau kat tmpt game. Bukan sebab tua, tapi sebab pc aku tak support game baru. Hampeh la...
  • 2008 tahun paling slow. Kenapa? Sebab internet slow. Ya-Allah... Celcom, kalau time slow... kau naik cipan dah smpi KL, kau baru singgah kejap kat Batu Pahat. Tu pun kalau dah gerak. Kalau stuck? Tertinggal bas lah internet kat Msia nih.
  • 2-3 kali MC disebabkan sakit mata. Paling teruk 3 hari MC and lanjutan seminggu gatal2. Maybe kene overhaul mata ni sikit. Kasik turbo ke ape ke... Or... sebab ada org dengki ngan bulu mata aku? Iskkkk...
  • Tahun paling malang untuk menjual esos. Tak percaya? Tanya scott dan bean. Tahun lepas dpt 11k. Tahun ni dpt 1k je. Tapi lot lebih kurang sama. And tahun 2008 adalah tahun pertama aku jual beli share dlm online. Guna M2u online stock. But... beli share harga 21.5sen. Tapi kene jual 18.5sen. Rugi dlm 1-2ratus. Sib baik aku cepat. Kalau tak... lagi rugi skarang ni.
  • 3 org kene marah dengan hebat. 1... Mamat cina yg parking depan BTS time jem smpi org lain maki. Aku yg berjalan kaki boleh ketuk tingkap dan suruh jalan. Terasa macam polis trafik pulak. Org tua yg parking kereta kat tempat motor belakang mebenk... "Bodoh, takde baca ke? Ini parking motor. Pasal kaulah ramai kene saman.". Minah yg bawak kete macam haram. Mau tergolek dog aku. Hambik, kali ke 2 aku tampar side mirror kereta org...
  • Speaking about duit, tahun ni juga aku belajar macam mana duit nak buat duit. Cuma... Duit tu je tgh cemburu pada aku. Sbb tu aku tak abis study forex dan saham. Mungkin 2009 lebih ada ong? Siapa tahu?
  • Tahun politik utk blog ni. Bantai Paklah, bantai Kj, bantai anwar, bantai PR bantai BN bantai ahli politik... Dungus...
  • YY dah retired... Tapi bile la org tua bising ni nak retired?
  • Tahun 2008 adalah diantara tahun 2007 dan 2009. Dah tahu?


Harapan... 2009 menjanjikan tahun yg lebih baik walaupun keadaan ekonomi yg lebih memeritkan. Oleh yg sedemikian... Aku mengumumkan...  Tiada azam tahun baru... SELAMAT TAHUN BARU... Dan selamat bercuti lagi...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...