Tuesday, December 23, 2008
Aku mahu jadi ahli politik
Aku mahu jadi ahli politik.
Bukan kerana aku mahu makan duit politik wang, rasuah politik atau dibeli utk benarkan orang jadi PM. Tidak. Rasuah-rasuah ni tak main aaa... Walaupun seringgit itu haram. Tak baik. Berdosa dan org nampak kita ini busuk. Bila terkantoi, org tak percaya. Padah jawabnya.
Aku mahu jadi ahli politik.
Bukan sebab gajinya besar. Elaun beribu. Belanja orang boleh claim gomen. Bukan. Niat aku ikhlas. Kalau aku mahu kaya dengan gaji, lebih baik aku bukak busines. Duit itu aku yg punya
Aku mahu jadi ahli politik.
Bukan sebab aku mahu kontrak atau mahu bagi kontrak pada ahli keluarga. Tidak... Tak bagus. Bersih mana pun aku, kalau aku amalkan politik kontrak. Lama-lama orang cop aku sebagai "Bapa kasik kontrak negara". Nasib baik bukan bapa ayam. Itu tak bagus sebagai ahli politik.
Aku mahu jadi ahli politik.
Bukan untuk jadi glamer. Kamera dipetik merata-rata. Bukan juga mahu ada mem besar, kecik dan sederhana. Bukan mahu kisah xxx boleh dilenyapkan sekelip mata. Bukan juga mahu menepuk dada.
Aku mahu jadi ahli politik.
Bukan sebab aku suka makan sedap-sedap. Bukan sebab aku suka makan free. Tak... Makan maggi pun sedap juga. Asalkan aku, sebagai ahli politik diberi makan ikan keli. Sudahlah
Aku mahu jadi ahli politik....
KERANA... Aku mahu saman lawan aku dan juga akhbar perdana. Makan rasuah itu haram. Makan duit gaji pun tak seberapa. Kalau pecah amanah, aku tak ada kopiah menutup muka. Nak bagi kontrak kat ahli keluarga pun, meraka tak ada company sendiri. Semua mengharap makan gaji. Kalau diharap menjadi glamer, lebih baik aku jadi Sarah Palin dahulu sebelum menjadi ahli politik. Kalau aku harapkan jadi ahli politik utk makan free, lebih baik aku kerja di kedai makan. Tiada tanggungjawab yg besar. Makanya... Menyaman orang adalah jalan terbaik.
Cepat kaya, wang berjuta dollar, tidak dikira rasuah, bersih lagi membersihkan nama dan juga... Aku akan dikira hero dalam ini cerita. Siapa mahu aku saman dahulu berjuta2. Biar mak bapak dia orang yg tanggung. Biar kampeni dia org bangkrap. Pekerja? Anak saudara? Apa aku kira... Aku kan ahli politik yg berwibawa???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment