Friday, October 24, 2008
Khutbah Jumaat - Sunah Nabi
Ada sorang brader kata
"Asal nak kawin dua, cakap ikut sunah nabi. Nak kawin dua, sunah nabi. Kalau ikut sunah nabi, kawin la dengan janda anak 3, orang miskin"
Betul... Aku sokong brader tu...
Mungkin aku dah khutbahkan mende ni. aku lupa. Ini khutbah yg lain. Kot?
Aku tak kata aku tak sokong kawin dua. (which will make org perempuan naik sheikh). And aku tak kata, yg aku TAKKAN SESEKALI kawin dua. Pada aku, bab kawin, bab jodoh nih. Biar Allah yg tentukan. And aku pun TAKKAN BERJANJI yg aku takkan kahwin dua ngan bakal bini aku. Kenapa aku nak janji dengan apa yg aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Betul tak?
Kalau bini aku 'separuh sewel'. Suruh masak taknak. Suruh tolong jaga rumah taknak. Suruh nasihat anak, buat toya. Suruh jadi isteri yg baik, buat bodoh. Kau ingat aku akan 'duduk diam?'. Walaupun aku tak janji yg aku takkan kawin dua. Tapi aku janji. Yg aku akan adil (as long dia org setuju itu adil)... And aku takkan sesekali kata... "Sebab you taknak 'masak', I nak kawin org yg pandai 'masak'. I ikut sunah nabi"... (faham maksud 'masak' dlm tu)
..... Ok balik pada khutbah jumaat aku hari ini... Sunah Nabi...
Ada lelaki... Alasan nak kawin dua dia kata. Ikut sunah nabi. "I nak kawin dua. Sebab I nak ikut sunah nabi". Itu alasan pada bini dier yg baik tadi. Dah bini dier melalak-lalak siang malam. Alasan je tuh. Kononnya dia ni baik...
Ikut sunah nabi??
Ikut sunah nabi ape lancau kalau yg nak dikahwini tu lagi seksi. Bergetah. Cantik dari bini dier. Ikut sunah nabi ape kalau bakal bini baru tadi tak pandai masak and tak pandai jaga rumah tangga, tak suka budak dan anak dia. Itu bukan sunah nabi. Kalau betul nak ikut sunah nabi tu, orang lelaki kawin ngan janda, anak dara tua atau sebagainya. Dengan niat nak membantu. Nak menolong dan meringankan beban bakal isteri kedua. And ikut sunah nabi... sex bukan sebab utama kawin lagi satu...
Kalau nak kawin dua sebab sex or cantik etc. Kawin je lah. Korang nak open or nak tipu bini. Itu bukan hak aku nak marah. Tapi jgn sesekali kata IKUT SUNAH NABI. Nabi tak kawin sebab nak seronok2 malam ni bini lain, esok bini lain. Tak...
Betul cakap aku?
Nak kawin 2 ke 3 ke 4 ke... Kawin le kau. Kalau niat tak betul. Jgn memandai nak cakap niat tu kononnya saranan islam or sunah nabi or ape jadah sekali pun yg tak betul. Sunah lain kau taknak folo dulu??? Nabi suruh tolong isteri. Nabi suruh bantu orang miskin. Nabi suruh bagi nasihat. Nabi suruh berderma. Itu taknak ikut ke? Yg sedap... sunah je jadinya...
.... Senang cerita macam nih... Kalau betul 'gentleman' nak kawin lain sebab awek tu 'bess'... Cakap kat bini camnih "I dah menggatal. Anu I dah tak tahan. I rasa tak cukup sorang. Lagipun, dari I buat maksiat selalu kat belakang you, baik I kawin lain. I nak kawin lagi satu. I 'HARAP' you setuju".... Baru 'gentleman'.
Kau nak kawin, cakap betul2. Tak selindung. Kalau nak kawin sebab bini tadi 'sewel' mcm yg aku kata. Cakap yg sebab bini tu tak betul, maka kau nak kawin lain. Tgk reaksi bini dier tadi... Berubah ke tak. Kalau dia berubah. Jadi lagi baik. Mesti kita akan fikir. Perlu ke lagi sorang?
Faham?
Aku tak sokong lelaki kawin 2,3 atau 4. Aku jugak tak halang. Cuma betulkan cara dan niat. Kalau betul dah menggatal. Dari buat mende tak baik. Baik cakap je terus terang. Jgn nak bagi alasan kononnya diri tu dah Islam sangat...
And one more thing... Adil...
Ps - Aku nak tanya... Pak lebai pak lebai yg berkopiah, berserban yg kawin lagi walaupun umur dah lanjut tadi... Agak2 dia ikut sunah nabi ke ikut sunah sendiri...
Ps 2 - Panas kan khutbah nih?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ko sembahyang jumaat masjid mane smlm?
errmm...ada 1 crita..kisah laki nk kawin lbih dr 1...
L (Laki):Yang, u tau x, kalo laki kawin 1 nih xberapa nk sah..
B (Bini):Yeker??fatwa mana yg abg pakai??
L:iya..betol..xpcaya cuba tgk nih eh..kawin 1 ISONE, kawin 2 ISTWO n kawin 3 ISTHREE (ISTERI)...BARU LA BTOL..!!!
B:ooo...ye ker..tp kalo mcm 2..abg kena la guna konsep single and plural gak..
L:mcmana plak 2??
B:abg tau ke x guna single n plural nih??
L:tau..kalo single xder 's' kalo plural kena boh 's'..
B:bijak laki saya nih...so abg tgk yg nih plak ehh..kalo kawin 1..abang mmg MAMPU...tp kalo abg nk kawin lbh dr 1 abg MAMPUS...btol x bang??
L:#@%!^$@^&*!@(
Post a Comment