Thursday, October 23, 2008
Dah terhantuk, baru nak...
Dah terhantuk... baru nak belajar tunduk-tundukkan kepala.
Apa salahnya. Dari awal lagi kau buat betul2? Nak ngurat, ngurat betul2? Nak ngurat beta version pun, buatlah beta version yg lama sket. Ini tidak... Dah belagak. Cekak pinggang. Eksen-eksen kat teman dan sanak saudara. Masuk tv dan youtube. Baru nak suruh test. Ape kejadahnya?
Dah kene maki. Dah kena hamun. Coreng arang di muka. Baru nak buat betul. Dulu buat ape? Buat bodoh dan ketawa?
Aku tahu susah. Tapi lagi susah nak panggil balik awek yg melarikan diri. Nak carik awek baru. Kau makin tua. Yg muda lagi hensem. Servis lagi baik. Jangan kau ingat kau ni abang. Jadi apa kesalahan yg kau buat tu orang boleh maafkan. Kalau awek sorang keluar. Dia blah sorang2, takpelah. Tapi kalau dier kuar, dier bawak kawan dier, sedara mara, jiran tetangga, rakan sekolah dan sekelas. Ko nak carik awek mana lagi? Dunia kau bukan besar. Ada 40 orang awek. 30 dah berpunya. Harapkan 10 orang. Kau ingat, kau boleh dapat semua?
Tu la... awek-awek-awek... Awek tu pun macam customer. Awek always right. Customer always right. Jangan celebrate dulu. Dah letup champagne baru nak kelam kabut cari tisu-tisu-tisu... Kot rasa taknak basah baju. Len kali buat betul2. Test power betul. Toceng lama-lama pun susah gak. Syok sendri. Yg penting, kalau nak toceng, toceng ngan teknik yg betul.
Kawan ramai. Minta tolong. Dah terhantuk, baru nak mintak tolong kawan. Abis kau ingat kawan-kawan kau ni tak bengang. Ingat dia takde keje ke? Kita org ni, kawan-kawan. Nak tolong kau jugak. As kawan, nak tengok kawan maju. Ramai awek. Tapi... Kalau dah kawan susahkan kawan. Ape boleh buat?
Ingat... Jangan ingat diri ni abang. Diri ni taiko. Boleh cakap kuat2 dalam wayang. Orang lain buat tak kisah. Nanti kene pukul. Kena baling ngan popcorn. Sesen pun tak guna.
Tapi... takpelah... Kau dh kena marah. Dah kene maki. Silap kau. Lain kali jgn berlagak. Kalau tak... next time lagi ramai awek tinggalkan kau. Bukan kau je susah. Aku pun sama. Dia pun sama. Mereka pun sama... Harap2... apa yg jadi. Bagitahu kat kengkawan lain. Supaya korang ni boleh carik lagi ramai awek. Lebih bahagia. Korang gembira, aku gembira.
Right? Ye la...
Kau kan KAWANKU..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment