Tuesday, October 21, 2008

Cita-cita


Ramai orang ada cita-cita.

Ada mau jadi doktor, ada mau jadi arkitek, ada mau jadi akauntan... Dan ada juga mau jadi peneroka.
Cita-cita darjah 1 tak sama dengan cita-cita tingkatan 1.
Ada masa dipengaruhi kawan, ada masa cikgu dan ada masa disebabkan tv.

Ada yg berjaya mencapai cita-cita.
Tapi lebih ramai yg gagal untuk capai cita-cita

Ada yg gagal kerana dia gagal.
Ada yg gagal capai cita-cita kerana cita-cita orang lain untuknya lebih tinggi dari cita-citanya sendiri.
Ada yg gagal kerana dia terlalu lama fikirkan, 'apa cita-cita'nya.

Tapi...

Tak semestinya cita-cita menjamin kesenangan hidup 100%. Kalau cita-cita mahu menjadi auditor yg berdedikasi. Belum tentu kita boleh bercita-cita untuk bersama keluarga setiap malam. Kalau kita bercita bercita-cita menjadi pilot, belum tentu kita boleh bawa anak berjalan-jalan setiap hujung minggu.

Setiap cita-cita ada halangan. Ada juga kesannya. Kita lepasi halangan, belum tentu kita lepasi kesannya. Setiap yg baik akan ada yg buruk. Setiap yg buruk ada yg baik. Itu yin & yang. Ramai yg pandai membahagikan, antara hitam dan putih. Agar tidak menjadi kelabu. Ada yg dari awal sudah kelabu. Kelabu asap, kelabu mata dan kelabu tahi anjing. Adanya kekelabuan, maka hancurlah cita-cita pihak yg lagi satu. Jadi jangan jadi kelabu.

Mana cita-cita kita pergi?

Cita-cita itu satu matlamat. Jalan dan haluan kita yg tentukan. Yang penting kita gembira. Tiada gunanya cita-cita terlalu tinggi kalau yg hitam lebih banyak dari yg putih. Ada masanya, cita-cita dikorbankan untuk cete cinta. Ada juga yg cete cinta menjadi korban dek kerana cita-cita.

Tepuk dada tanya selera.



.... Kalau ditanya. Cukuplah aku katakan... Cita-cita aku. Aku mahu umur 45-50 tahun sudah lepak dirumah. buat apa yg disukai. Tak kira sama ada aku doktor, akauntan, penjual sayur mahupun pengutip ceti haram. Kisah cita-cita aku bukan untuk menjadi jalan. tapi lebih pada tujuan. Kini... jalan ada di depan. Aku cuba untuk tidak pilih jalan kelabu.

Apa cita-cita anda?

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...