Speak No Evil about your love one...
Aku tak ingat. But rasanya dalam 4 tahun lepas. Aku ada baca satu blog. Err... bukan blogspot, blogdrive mahupun wordpress. Blog jenama bodo-bodo je... Menarik blognya. Menarik bila kita baca orang perempuan marah orang lelaki. Berbeza dengan orang lelaki marah orang perempuan. Lain sikit ayatnya... kalau aku boleh ingat. Maybe aku boleh cerita lebih detail lagi...
Tak silap aku begini ceritanya...
Awek tu tulis dalam blog. Menceritakan kemarahan yg membuak-buak terhadap salah seoarang ahli keluarga pakwenya. Yg menyebabkan dier sendiri marah. Tak silap aku. Dalam tulisannya, dia menunjukkan yg dia support tindakan pakwenya yg memarahi ahli keluarganya yg melakukan kesilapan, semasa hari birthday pakwenya. Kononnya, dengan perbuatan ahli keluarga pakwenya, menyebabkan mood dier pun spoil...
Uiskkk...
Tujuan dia menulis dalam blog. Menceritakan 'hal sebenar' yg berlaku. Yg dah tentu di ketahui oleh kengkawan, sedara mara atau orang lain. Pada aku... Tak sesuai la kan. Tak kiralah kalau dia benar, dia marah, kecewa, moody atau sebagainya... Tak kiralah kalau pakwenya benar dan keluarga pakwenya tadi salah. Tidak ada sebab dia boleh buat macam itu dalam blog.
Why? Sebab itu ahli keluarga pakwenya...
Aku ibaratkan tindakkannya macam menyelak kain pelikat pakwenya yg tidak memakai spender di depan kawan-kawannya yg lain. Yang akhirnya membawa kemaluan pada diri sendiri dan pakwenya. Dan juga menyebabkan kawan-kawannnya melakukan apa yg tak patut di lakukan. Walau apa pun alasan yg diterima.
....Mungkin... Dia tahu yg pakwenya tak tahu pasal blog dia. Sebab tu dia open. TAk tahu lah. But biasanya memang macam tu. Bila org tak tahu, maka kita lebih open... Mungkin gak, sebab pakwenya ni jenis 'tolol' gila, so apa yg dia cakap... Lantak kau lah. Atau mungkin juga sebab pakwenya sayang, maka dia tidak ditegur... Sebab takut kalau teguran yg baik menjadi krisis.
Jangan macam tu. Jangan macam tu sayang...
Apa pun alasan. Tak kisah la apa jenis hubungan pun. Pakwe makwe ke, ma pa ke, tunang-tunangan ke or laki bini ke... Biarlah kisah kekurangan keluarga pasangan kita tadi kita simpan. Kalau tak puashati gak. Cete kat pasangan tu. Tak payah nak sibuk2 nak cerita kat jiran, kawan seopis atau seantero dunia dengan blog. Tak ada reason yg kukuh kenapa perlu buat macam tu. Kalau dalam islam, apa hukumnya isteri ceritakan keburakkan suami pada orang lain. Mungkin keburukkan keluarga suami. Cium tak isteri tu bau.... Bau yg ada di nun di atas sana.
Kalau blognya diketahui suaminya, bolehlah di maafkan. Kalau tak tahu?
Mungkin, bila kita cerita, akan ada orang lain yg memberikan sokongan pada kita. Maka kita rasa masalah kita selesai. Dan kita jadi sempurna kembali.
Tapi...
Masalah takkan selesai, kalau apa yg dilakukan oleh blogger yg aku cakap tadi tu diketahui oleh pakwenya. Masalah juga takkan selesai kalau pakwenya sengaja menyimpan perasaannya yg mungkin marah, sedih dsb tadi. Yang disimpan itu lebih bahaya... Kita pam angin dalam tayar yg bocor, pam banyak mana pun takkan meletup, tapi kalau kita pam tayar yg tak bocor. Kalau lebih-lebih. Meletup. Siapa sakit? Kita lah... Takkan towkeh stesen minyak tu lak.
Kita tak tahu apa yg berlaku pada masa depan. So... jangan simpan jerangkung dalam almari. Nanti, jerangkung itulah yg akan kejar diri kita semua. Apatah lagi... Kalau kita letak jerangkung di depan rumah. Harap laki, tak perasan setiap hari bila balik kerja... Bahaya... Manalah tahu, dengan sebab itu, lakinya akan kata... "Mana tak saya carik orang lain, masalah keluarga saya awak cerita satu dunia. Perlu ke saya orang macam awak?"
Pada aku. Kalau marah cakap terus terang. Tak mampu, tinggalkan surat. Memo, email atau sebagainya...
Bila kita mahu jadi keluarga orang lain... Apa masalah.. Anggaplah itu masalah keluarga kita juga. Sudah pasti kalau itu yg berlaku... Kita tak mahu tunjuk kemaluan keluarga kita pada orang lain dan akhirnya diketawakan oleh orang lain. Kan?
Dan nanti... akan ada orang lain yg akan lakukan perkara yg sama pada kita. Tak mahu kan?
Jangan macam tu sayang... Tak baik...
...Ermm, dah 3 tahun 1 bulan.



0 comments:
Post a Comment