Tuesday, August 12, 2008

Sabah Part II

Ok... aritu aku dah cete sampai mana? Ok ok... aku ingat...

Ahad - 28/07

Seawal pukul 530 aku dah terbangun. Luar masih lagi sesejuk kaki gunung. Tapi tak sejuk mana la. Maybe sbb pemanasan global semakin terasa. Tak macam 13 tahun lepas.

Dengan muka tak mandi. Kita org bergambar beramai-ramai. Memandang 'tingkap' untuk mengambil gambar ni biasanya di awal pagi. Selagi ada peluang ambik gambar, kita org ambik gambar. Atok yg tengah kekurimenan (kesejukkan) pun ambik gambar jugak. Then dier masuk dalam duduk depan api. Hahahaha...

Then kita org yg nak mendaki ni siap awal2. Sebab kol 7 aku dah siap. Sebab nak ke restoren.... ntah ape namanya ntah sebelum bergerak ke timpohan. Lepas makan (mcm biasa buffet makan byk sblm mendaki smpi mabuk).

Kat kinabalu park office, kita org carik walking stick. 5 ringgit satu. Susah nak bawak balik semenanjung.

Ing hantar kita org ke Timpohon. Yg lain dok rumah kemas barang. Smpi timpohon ambik gambar lagi. Belum naik dah dekat 50 kpg!


Start

Lepas baca doa dan warm-up 2-3 minit. Mulalah mendaki... Aku cuma pakai short. Senang. Mende berat masuk bag.

Bermula dengan garang. Sampai carlson waterfall ambik gambar (tmpt yg ing nampak hantu beberapa jam lepas tu). Jalan awal2 tu agak mudah. Tak banyak tangga. Sampailah dlm 500 meter. Bermula tangga paling getir. Boleh aku kata dekat 50-60 darjah kecuraman tangga tu. Jarak lebih kurang 20 meter. Kalau jarak tangga sama takpe, ini berlainan. Ada yg dekat ada yg jauh. Jam pukul 9 lebih rasanya.

Sampai di pondok pertama dah agak penat. Guide aku, lagi penat. Penat sebab bawak barang kita org yg 12 kilo ngan penat sebab ikut kita org jalan yg slow nih. Aku takpe slow, sbb aku ambik gambar and bawak barang beratnya 7 kg!

Then jalan semula. Perjalanan ok. Tak hujan. Tak rintik. Tak mendung. Menarik la. Dlm perjalan jumpa ramai mat saleh baru turun. "Hi, Hi". "Thank you" bila kita org bagi jalan kat dia org. Then ada gak org korea yg menegur dalam bahasanya.

Selepas pondok pertama kita barulah byk kali kita org jumpa ngan porter. Ada yg bawak barang besar. Ada yg bawak tong gas. Korang pun dah baca kan dlm real-time update blog aku masa tu. Maybe kol 10 kot baru dia org siap beroperasi? Aku ni bawak 7 kilo. Ada yg tak bawak beg. Porter bawak berpuluh kilo. Tapi dia org potong kita org. Alah... saje je kasik dia org jalan dulu. Kesian...


rest

Dah berpondok kita org jalan. sampai la kat Layang-layang. Bukan Layang-layang kat Johor tu. Tak... Ini pondok layang-layang. Kat situ kita org makan. Makan bekal yg diberikan oleh taman kinabalu. Ok le. sandwich, telur, buah and air. Penat makan. Penat rehat kita org sambung.

Selepas layang-layang, perjalanan semakin lambat. Maybe adik aku penat. Hahaha... Tapi dia masih lagi dapat race ngan sorang mat saleh tua nih. Aku kira mat saleh tu kedekut. Umurnya dlm 60. Stamina tak ada. Ada guide yg aku kira kuat. Tapi... still nak jimat duit utk bawak barang berkilo2 sendiri. Hah... kan 10 meter sekali berhenti.

Tiba di kawasan lapang. Pemandangan clear. Aku berdoa. Jgnlah hujan. Minta cuaca ok smpi esok petang.

Laban Rata

Lebih kurang pukul 300 aku smpi laban rata. Suhu dlm 13-14 darjah selsius. Aku rileks je. Tak sejuk pun. Boleh pakai seluar pendek ngan tshirt je. Biasalah... dulu kan moyang2 aku kan dok kat belanda. Mat saleh... Hahaha...

Then lepas masuk bilik yg kita org kongsi ngan org lain (tak smpi lagi). Aku turun minum. Chocolate dlm rm6.50. Milo Rm6. Tapi bukan satu cawan. Satu teko. Aku cakap ape kejadah nk minum byk nih? Satu teko utk 3 cawan. Ape lagi. Panggil ayah aku turun.

Then lepak2. Nak gi luar anjung kat restoren kat laban rata tu, mat saleh ramai lepak sana. So lepak luar kejap dan naik atas. Kepala terasa berat. Maybe sbb aku tanggung 7kg kat badan. B4 this cuma dlm 2-3 kilo je. Tu 7 kg tak masuk kamera tu...

Then dlm kol 5 lebih buffet makan malam dah ada. Tempat penuh. Penuh ngan mat saleh. Sbb dia org nak lepak bilik malas. Nak kuar... Dah start hujan... Iskk la...

So akhirnya dpt duduk gak. Kat sebelah mat saleh europe yg tengah main chess. Ciss... Org lain nak makan kau menyebok pulak main ces. Sib baik la kau cakap ape aku tak reti.

Lepas makan. Aku kuar kejap. Luar dah gelap. Awan kat sekeliling aku. Suhu dlm 11-12. Sejuk disebabkan air hujan terkena tangan. Tapi tangan still boleh tahan tak pakai glove.

Balik tu aku makan ubat dan tidor. Tak tahan... Sakit tengkok.


Hantu waktu Malam
Aku terjaga dlm pukul 11.40 gitu. Suasana gelap. Roomate amoi yg maybe dari Singapore tu pun dah tido. Aku terbangun. Nak ke toilet. Dekat je. Depan bilik aku. Terdengar kat luar hujan masih turun. Kat bawah dah senyap. Aku harap hujan berhenti kejap lagi.

Aku keluar bilik. Bila aku tutup. Aku pandang kanan aku. Di hujung tu agak gelap. Harapkan lampu dari toilet. Dekat dengan pintu tepi. Tetiba aku terperasan. Satu lembaga berbaju putih. Berseluar putih. Jarak lebih kurang 6-7 meter dari aku. Muka kelam. Memang tak perasan. Apa lembaga tu buat? Tengah warm-up n stretching! Betul aku tak tipu... Aku aku perasan tengah buat gaya stretching bintang! Aku blah la. Takkan nak tegur. Dia pun senyap je training. Maybe baru kot? Masuk toilet. Tak lama. Dlm 1 minit gitu la. Toilet sejuk tak ingat. Air... beku! Aku kuar... Lembaga tadi dah takde. Cilakak... Mana pergi. Takkan malu kot aku nampak dia stretching tengah malam....

Then aku baring... Tgh baring aku terfikir... Saper tengah malam buta waktu org patutnya tidur sbb nak bangun kol 130 nanti tapi dier boleh stretching n warm-up? Takkan staff? Takkan pulak pendaki? Siapa nak mendaki pakai baju putih fab buku? Cuba fikir... Bab kaki dier jejak ke tak... Aku tak sure... Aku tak perasan pun. Sbb yg aku perasan, baju, seluar putih. And ada kepala. Lain... Hmmm....

Aku sambung tidur. Sejuk gile. So kepala takleh nak fikir yg seram2.


Isnin - 28/08

Cancel
Aku bangun kol 140. Bangun. mandi.

Memang sejuk. Kalau suhu 12. Air mau dekat 10 kot? Sbb tu air gunung. Memula masa bukak air tu. Gigi dah berdetap. Tangan menggigil. Air tak kena lagi. Tapi bila aku basahkan semua satu badan. Aku lega. Serius. Tak sesejuk aku sblm kena air. Rasa macam selesa. Even masa masuk bilik pun rasa ok. Lebih ok selepas mandi sblm mandi.

Then lepas siap2, aku turun bawah. Hujan masih turun. Kejap kuat kejap berenti. Makan... Buffet lagi... Aku tunggu smpi dekat kol 3. Org naik. Guide aku kata. kalau hujan tak berhenti. Maybe semua kena cancel. Sbb keselamatan.

Smpi la lebih kurang kol 3 lebih. Pengurusan bgth. Kat puncak dikuatiri hujan lagi lebat. Suhu lebih rendah. Oksigen kurang. Dan yg lebih bahaya, angin kencang. Aku percaya. Sbb kat Laban rata yg masih lagi terlindung dek tepi gunung pun kena angin kuat. Katanya, kita tunggu laporan dari atas. Kalau smpi kol 4 tak boleh. Tak boleh le tuh. Sbb ada 1-2 part yg mana kita kene lalu tepi gunung. Pegang tali. And air akan siram kita. Kalau air dah basahkan badan. Baju lencun. Kena air. Suhu dekat 2-3 darjah celcius kat atas tu. And angin kuat. Harapan nak mati tu ada. Paling kurang... kena... Ermmm ape mende tu... Hypothermia. Kalau sorang je takpe. Kalau dah separuh pendaki kena. Sape nak selamatkan? Heli pun tak smpi.

Aku baring. Cuba lelap. Smpi kol 4. Tak berhenti. Takde la tuh. Semua kecewa. Kalau aku yg dah smpi puncak ni kecewa. Bayangkan org yg tak pernah mendaki? Bayangkan org yg datang dari europe tu...


Nam Pagi
Pukul 6 aku terbangun. Hari dah siang. Hujan mula jadi rintik2. Tapi dah boleh keluar. Tapi suhu lebih rendah berbanding malam tadi yg hujan. Suhu sekali sekitar 8 darjah selsius. Aku naik kejap. Pakai baju yg patut and glove jugak! Sbb tangan aku menggigil. Sejuk tak ingat. Biasalah. Jawa...

Turun balik. Suhu makin turun. Angin makin kuat. Nampak di tepi dinding batu tu air mencurah turun dari puncak. Deras. Nampak je kecik. Tapi dingding batu tu dekat 500 meter dari aku. Kalau air terjun tu kecik, takkan aku nampak, kan?

Suhu paling rendah aku perasan dlm 6.3. Kat laban rata. Antara terendah yg org jumpa. Suhu bergantung pada angin. Angin tiup kuat, lagi rendahlah suhu turun.

Then aku semua ambik keputusan utk naik ke Gunting Lagadan. Lebih kurang 100 meter dari Laban rata. Tapi tempatnya lagi tinggi.

Lalu kawasan yg berair. Angin menerpa masuk. Memang susah nak nafas. Walaupun pakai glove. Tangan masih rasa sejuk. Nasib baiklah glove aku kalis air. Itulah puncak aku pada hari itu. Gunting lagadan. Dan gate yg berada 5 meter dari situ.

Ada guide ajak, tapi ayah aku taknak. Ayah aku kata. Takpelah. Next time.

Aku tak kisah. Sbb aku tahu, kalau aku gi, maybe balik lambat. Lagipun bukan akan smpi ke puncak. Cuma paling jauh dlm smpi kawasan berbatu 1km dari situ. Nak balik 1 km lagi. Dah sejuk n penat. Balik nanti susah.


Turun

Balik dari Gunting Lagadan. Kita org pack. Sarap. And turun. Masa turun. Smpi kawasan padang kecil di laban rata. Angin bertiup kencang. Sejuk. Aku tak dapat bayangkan. Cuma video je yg mampu menerangkan.

Perjalanan ke balik lebih menyakitkan. Sbb kaki, lutut, buku lali, peha dan betis menahan berat badan semasa memijak kebawah. Pandai mengawal badan dan pandai pilih tempat pijak. Kesannya lebih kurang. Kalau dpt kurangkan masa lagi kurang tenaga yg keluar. Perjalan lebih cepat tapi... sakit la kan...

Sampai satu kawasan. Dah panas nih. Angin meluru kuat. Aku yg berdiri di atas batu rasa macam nak diterbangkan. Serius kuat... Dan di kawasan tu nampak bandar Kota Kinabalu. Pulau Gaya, Pulau Manukan dsb. Clear. Sbb dah tak hujan... Huuuu.....

Then terus turun bawah. Aku kengkadang jalan laju. Kengkadang ikut adik aku. Time ikut dier aku slow la kan... Nak buat camne.. .Hahaha...

Berhenti rehat. Minum. Ambik air gunung. Minum. Rehat. Nak ambik gambar pun rasa penat.

Dlm perjalanan. Berjanji ngan Ing n Iza. Nak jumpa di pondok pertama. Dia org nak ambik gambar. Ok...

So kita org jumpa kat situ. Iza belikan adik aku bunga Ros! Hahahaha... Smpikan mat saleh n org jepun tercengang sebab dia bawak bunga ros naik gunung. Romantik... And... lagi hebat sbb naik gunung pakai selipar. :p

Ayah aku n guide dah jalan dulu. Kata ayah. Dia cuma ambil masa 8 minit dari pondok satu ke timpohon. Yg jaraknya dekat 1km. Berlari. Perghhh... Bawak barang lak tuh...

Selesai ambik gambar. Kita org turun. And smpi. Bergambar... And bersedia utk balik.

Kecewa. Penat... Tapi gembira. Tu penutup aku... Tapi aku akan berusaha. March or April depan aku akan ke sana lagi. Kali ini lebih ramai. Mungkin dlm 10 org.

So until then... Aku tutup dulu di sini. Gambar esok je lah ek...

Chow... Nak balik rumah...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...