Thursday, August 28, 2008

Mummy pussy


Byk kali aku tersempak kucing ni bila mahu pergi kerja.

Mengiau bila nampak aku. Dengan muka sedih. Bila aku tanya kenapa sambil angkat kening tanda aku bertanya. Dia mengiau lagi. Sedih dan memandang sekeliling. Mencari sesuatu. Harap aku tahu jawapannya.

Aku tahu apa.

Sebulan yang lepas dia mengandung. Tak silap tak lama selepas itu dia ada dlm 4 ekor anak. Tapi disebabkan dia tiada tuan, jadi rumahnya pun tak menentu.

Mummy pussy cari anaknya yang hilang. Entah hidup, entah mati. Anaknyakecil lagi. Tak tahu berdikari. Menyusu pun tak putus lagi.

Dia terus memanggil. Meeouww... Kalau-kalau ada yang terdengar. Tapi...


.....Kucing pun sedih bila hilang anaknya. Tapi ada manusia yg lagi teruk dari kucing ini.


0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...