Friday, August 29, 2008

Imam 1 - Imam Besar Aminnnnn

Wow!!! Aku sungguh berbangga kalau aku mempunyai seorang pemimpin yg mempunyai pendidikan agama yg tinggi seperti Badrul Amin nih. Sungguh aku berbangga. Malah aku juga sangat berbangga kalau aku mempunyai pengikut seperti Badrul Amin nih. Sungguh... Sungguh2 aku berbangga. Wa caya sama lu beb... Tabik tabik...

Mana taknya. Bayangkan, betapa bangga kita bila kita ada pemimpin yg 'lebih hebat' dari nabi. Lebih 'pemurah' dari nabi. Dan 'lebih sabar' dari nabi. Ketegasannya amat dihargai. Doa mu amat di alu-alukan.

Inilah pelapis pemimpin Islam Malaysian Malaysia yg kita mahu. Tegas dan berwibawa. Bukan macam Mufti Perlis...

Lepas ni kita doa dan sembahyang hajat melaknatkan orang lebih ramai ek Ustaz... Insya-allah. Dengan tindakkan kita yg lebih hebat dari nabi. Kita selamat dunia akhir. Amin... Sekali lagi... Amin... Badrul Aminnnnnn...


Sedikit petikan cerita tentang Imam Besar ini...

Badrul turut menghepalai doa selepas solat Maghrib. Dalam doanya, Badrul memohon supaya Yang Maha Berkuasa melaknati Mohd Saiful yang melakukan sumpah mubahalah atas dakwaan Anwar meliwatnya. Jelas Badrul telah membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak bersalah dan Saiful yang bersalah. Lantas beliau memohon dalam ucapannya supaya Saiful dilaknati.


Lebih menyedihkan, dalam doanya Badrul juga memohon supaya dimusnahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Setahu Nana, Rasulullah s.a.w hanya mengajar umatnya supaya memohon kebaikan untuk orang lain, bukannya keburukan atau kejahatan. Inilah sebabnya Nana tidak mahu mendekati langsung majlis `munajat politik'. Malah sampai sekarang Nana menjauhi daripada bersolat di `masjid politik.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...