Wednesday, August 06, 2008

A distress flag





Hari ini ada sebilangan kecil blog yang besar melancarkan acara menterbalikkan Bendera Malaysia di dalam blog mereka. Tanda protes. Tanda Malaysia yg kian lemah. Tanda Malaysia yg distress.

Ada yg kata... Ini adalah salah satu cara menunjukkan yg sesebuah negara sedang mengalami kemurungan. Diterima oleh kalangan antara-bangsa. Kesedihan. Kemurungan. Kalau 'sudah diiktiraf' oleh 'masyarakat' antara-bangsa. Kenapa tidak kita? Sambil menampal crop gambar penerangan di blog.

Ada juga blogger yg kata begini..."Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)."


Malaysia Distress. Malaysia sedang murung.


Di sebilangan kecil blog kecil. Ramai yg menyokong. Tapi ada juga sebilangan kecil blog besar yg dibaca oleh semua golongan yg mengatakan tindakkan itu keterlaluan. Lebih-lebih lagi bagi blogger di kalangan professional.

So... adakah kau, blogger picisan yg sedikit hebat dari aku ini semua hendak mengikut apa yg mereka buat? Meletakkan bendera Malaysia, terbalik di kiri atau kanan atau di atas blog masing-masing?


Aku murung...


Mungkin, bagi sesetengah orang. Niatnya baik. Untuk mendesak pemimpin supaya peka akan kemurungan dan kesusahan yg dihadapi oleh kebanyakkan rakyat. Lebih-lebih lagi ketika Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan ke 51. Dengan harapan mereka berubah utk kebaikkan Malaysia.

But fikirlah balik org yg tengah murung... Siapa punya idea yg mengatakan menterbalikkan bendera adalah tanda kemurungan dan kesedihan sesebuah negara.

Adakah dia Pahlawan Mat Kilau? Adakah dia Kanang Anak Langkau? Adakah dia Makcik Milah yg dah tembak Jepun utk menyelamatkan anaknya yg kita bekerja sebagai wartawan? Atau mungkin... Dia sedara sepupu sepapat pada JWW Birch? Atau mereka mungkin antara org yg mempunyai talian darah dengan org yg bertanggungjawab membina Kota A farmosa?


So... oleh kerana itu 'standard' dan diterima antarabangsa untuk menunjukkan kedistressan sesuatu negara. Maka... Kita perlu ikut? Kalau mereka kata. TErjun bangunan utk tunjuk kita murung. Perlu kita ikut?


Tak semua apa yg org buat kita perlu ikut. Walaupun niatnya... 'nampak' baik.... Tapi itu kau, kau, kau... bukan aku... Lantak kau. Kalau ianya dah over... Tangan aku takkan duduk diam.


Aku tak dapat fikirkan. Apa yg mungkin difikirkan olehk pejuang kita atas apa yg mereka, blogger patriotik ini buat? Apa yg Mat Kilau fikir? Apa yg Tok Bahaman fikir? Apa yg Kanang fikir? Apa yg pejuang yg telah pergi mati utk negara itu fikir? Adakah zaman mereka tidak sesedih sekarang? Adakah zaman mereka hidup lebih senang dari sekarang? Adakah zaman mereka pemimpin melayunya lebih syurgawan dari yg ada sekarang?


Do you think they will do the same thing bila negaranya seperti sekarang?..... Mungkin zaman mereka tiada lagi Jalur Gemilang.


Mungkin, Jalur Gemilang cuma buatan manusia. Buatan manusia yg mencintai negaranya. Dan buatan manusia jugalah yg dijunjung dan di jaga oleh hampir kesemua pejuang yg mempertahankan tanah air Malaysia... Jika tanah bumi Malaysia itu sendiri tidak dapat dipikul, maka Jalur Gemilang dijadikan gantiannya.

Tapi mungkin... kita semua tak sekuat dan seteguh seperti mereka semua yg telah lama perlu. Isi minyak, naik harga barang, kita sudah mengeluh. Dari KFC ke kedai mamak pun dah dicarutkan2 24jam. Adakah pejuang awal tadi makan KFC? Naik motor KRISS plat no WRT 7676?


Lupa... zaman mereka. Mereka berjuang dengan keris dan senjata. Kita kita tiada. Hanya keyboard yg dibangga. Juga counter.


So do you think... yg kiranya dirinya tengah kesedihan, kesunggulan dan murung tadi sanggup berkorban lebih dari mereka yg sanggup mati untuk menegakkan negara?? Apakah mereka-mereka ini sudah habis akal utk melawan?


I'm proud to be Malaysian. Anytime. Anytime...


Baik buruk. Ini malaysia. Hujan emas atau batu. Ini Malaysia. Walaupun Jalur Gemilang itu cuma rekaan manusia dan hanya melambangkan wujudnya sebuah negara. Tapi aku rasa...

Biarkan ianya terus berkibar megah. Politik itu politik. Malaysia itu Malaysia.

Adil ke kalau kita salahkan rumah kita kalau isteri atau suami kita yg buat sepah di dalam rumah. "Babi kau rumah, kau sepahkan rumah aku". Adilkan marahkan anak kerana nak perli isteri? Kalau macam itu. Keluarlah dari rumah. Cari rumah lain. Amerika? Singapore? Atau Perth?


Pemimpin itu datang dan pergi. Baik dan buruk perangainya. But Malaysia?




Selamat (bakal) Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 51...
Saaaaayyyyyaaaangg Malaysia...

3 comments:

Anonymous said...

Teringat conversation with my 3 yr old nephew:

"Merdeka tu apa?"
"Benderaa!!!!!"

OK. Mungkin tidak relevan.

Anyhow, good point indeed.

bzz said...

mereka mungkin tak ada anak utk diceritakan.

Anonymous said...

Aku setuju dgn point kau. Walaupun M'sia jadik seteruk mana pun. M'sia tetap M'sia. Apa jadahnya terbalikkan bendera (terpengaruh dgn ajaran Black Metal kot?) atau tukar bendera?

Zaman dulu lain. Zaman sekarang lain. Zaman dulu kalau nak pikir pun, pusing2 pasal apa yg ada kat kampung sendiri je. Sekarang ni dunia dah luas. Boleh pandang & belajar apa yg jadik kat luar.

Amerika pun pernah 'suck' bawah Bush. Ramai org tak suka cara dia. Tapi tak ada pulak sampai nak terbalikkan bendera. Apatah lagi nak tukar bendera. Kata demokrasi, time pilihanraya, undi le org lain. Jgn undi Bush lagi. Settle.

Lagipun, aku tak salahkan org2 kita yg pikir politik utk politik atau ekonomi utk politik atau sukan utk politik atau politik utk M'sia atau segala2nya politik. Kita dah diajar dari dulu lagi utk pikir mcm tu. Otak dah kena tapai lama.

Itu pasal sampai ada yg pikir "Kalau tak ada Parti X, M'sia takkan jadik mcm sekarang" atau "Walaupun org2 kuat Parti X buat onar, aku tetap pilih parti tu. Sebab atas nama M'sia" atau "Parti selain dari Parti X cuma nak bagi M'sia huru-hara". Come on lah. Kita guna pakai sistem demokrasi, bukan komunis.

Bukak mata. Rajin2 baca berita luar negara dlm internet. Bukan setakat Google utk porno je.

Aku tak ckp M'sia tak bagus hari ni. Cuma kita ada peluang utk jadik lagi bagus. Kenapa tak nak cuba?

Sekian.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...