Tuesday, August 26, 2008

Baju Yang Sayang Pakai Ni...






Akak : "Mama... Mama... Cantik tak baju Akak nih?"

Mama : "Sayang, kalau nak pakai baju cantik betulkan dulu bajunya tu. Ini senget-senget. Kalau sayang pakai baju merah, sayang pakai la kasut merah atau hitam. Barulah sama. Janganlah sayang pakai kasut hijau ni. Tak kena tau. Nanti orang semua ketawakan sayang. Anting-anting ni janganlah besar sangat. Tak sesuai. Sayang tu budak kecik lagi. Pipi ni, sayang touch up sikit je. Sayang kan dah putih. Tak payah pakai bedak tebal-tebal lagi. Macam opera cina."

Akak : "Tapi mama..."

Mama : "Takpelah... Mari Mama adjustkan sikit. Baru cantik"

Akak : "Tapi mama..."

Mama : "Tapi apa nya. Tak cantik lagi nih. Jom-jom. Kita tukar yg sesuai"

Akak : "Ahhh bosanlah mama nih. Mama banyak complain."

Mama : "Ishh budak nih... Kecik-kecik dah pandai ye. Jangan melawan cakap Mama. Awak tu budak kecik. Mama ni dah besar. Dah banyak pengalaman bersolek tau."

Akak : "Mama tak tanya pun kenapa Akak pakai cantik macam ni kan??? Mama banyak soal pasal warnalah, kasutlah bedak lah. Mana Akak tahu semua tu! Yang akak tahu, hari ni Birthday Akak. Tapi mama tak ingat pun Birthday Akak. Akak pakai baju cantik-cantik sebab akak nak ingatkan Mama. Tapi Akak yg kena complain. Bencilah Mama ni... Lain kali kalau mama tengok lain kat akak, tanyalah dulu, KENAPA?"

Mama : "Errr......"



Ramai dari Kita

Yang memang macam tu. Dia nampak kesilapan orang lain terlebih dahulu berbanding apa tujuan orang tadi lakukan. Mama terus complain dan memberikan arahan pada anaknya. Sedangkan dia tak perasan, kenapa anaknya tetiba cantik. Apa tujuan anaknya cantik sedangkan selalu hanya berseluar dan berbaju saja. Malah, mamanya tak tanya pun anaknya kenapa tiba-tiba berubah.

Ada baiknya. Setiap kali kita dapat melihat sesuatu berlaku, lain dari yang lain, maka kita tanya... "Kenapa ianya berlaku..." terlebih dahulu. Baru kita tahu. Apa sebabnya... Sebelum kita cari kesilapan orang lain.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...