Monday, August 04, 2008

1 week after - Sabah

Hari ini genap seminggu aku turun dari gunung kinabalu.

Aku tak kata turun dari puncak, cukup la aku kata turun dari gunung. And... dlm lebih kurang sejam lebih lagi, aku smpi ke timpohon. Tempat mulanya mendaki di taman kinabalu...

Well...

Kalau ikut kata atok aku... Pergi Sarawak lagi bess dari SAbah. Bayar ribu-ribu tapi masuk hutan. Hahaha.. Aku gelak. Memanglah. Kalau ditanya aku. Kalau bayar mahal2... nak shopping. Baik aku takyah gi memaner. KL melambak... Maybe atok aku tak gi lagi ikea kot?

...

Aku dh dekat 10 tahun tak jejak sana. And maybe utk KK, dekat 11 tahun... Turun2... smpi bandar... Agak terperanjat jugak la. Sebab berbeza... gile...

.... And masa aku kat sana. As macam yg korang tahu. Aku update. Nearly realtime sebahagian besar aktiviti aku. Using Celcom 3G UMTS. Tq celcom. (Sile kreditkan akaun mebenk aku sbb promote korang).


Khamis - 24hb

Masa smpi. Tak lama keluar. Lapar. Pergilah ke satu kedai. Ala2 mamak. Ayah dengan bangganya mengoder nasi hidang. Aku kata apsal tak nasi pilih sendiri. Yelah... Diodernya... Sup utk 5-6 org... Sekali sampai. Mak aihhh... Ni sup ke... kolam renang. Besar... And... takde rasa. Sbb itulah kali pertama dan kali terakhir aku makan sup lembu timun. Bayangkan... tak tahu nak explain camne. Senang cete... Ada ala-ala pahit sket...

Then lepas makan. Berjalan kakilah aku ke pasar filipin. Kemudian melihat harga gift yg memahal. Aku kate. Gile babi mahal... Gift yg pen semua berpuluh ringgit... Ouhhh rupanya kena tawar...

Then petang tu (yg dah gelap walaupun kol 6 lebih). Kita org gi tepi pantai. Amek gambar sunset yg tak jadik. Then balik ke Hotel. Ohh lupa. Aku lepak kat Shangrila yg dulu pernah org politik kene bunuh tu. Sib baik tak jumpa hantu...

On d way balik, kita org singgah GSC bandar. Nak tengok BatMan. Bile di tanya. Ahsoh tu tanya. Mau duduk atas ke bawah? Hah??? Aku heran. Apsal wayang ada atas ke bawah... Skali bile ditunjuk... MEmang hall dier ada 2 tingkat. Ada atas and ada bawah. Macam zaman dolu-dolu. Macam zaman rex dan cathay kat Muar dulu. Or maybe kat kluang. So aku pilih Hall 1DX. Ntah ape...

Then kol 945 (dah malam sgt kat KK nih), kita org kuar. Tgk Batman. MAsuk2 hall 1DX, ramai gelak. Ye lah... Kita tgk wayang kat tingkat 1 atas. Rasa macam masuk dewan filharmonik kat KLCC pulak. Sib baik tak duduk tepi atas siap ada balkoninya. And... kalau nak gi toilet. Takyah sesusah nak gi jejauh. Dlm tu pun dah ada!.. And dlm tu... maybe disebabkan Batman ada partnya yg bosan... Ada la ntah org mana... yg hisap rokok dlm wayang... Hahaha... Yg ni maybe org sabah tak berubah lagi.

.... Balik ngantuk dan tidur.


Hari jumaat... 25hb

kita musafir hina. Sembahyang jumaat di pulau. Yg puratanya mat saleh. dan tak cukup 40 org lelaki Islam.

Sblm pergi Sabah. Aku dah survey. Tanya org. TAnya internet. Pulau sapi cantik kalau nak snorkeling. Manukan tak best sgt. Tapi memikirkan yg aku dh janji nak gi amek gambar ing. So aku pilih manukan. Kalau sapi, maybe snorkeling cantik, tapi view...

Biar gambar jadi judgenya...

Nak gi byk pulau. Bajet tak banyak... So gi manukan, and sewa apa yg patut. Amek gambar. And... sure la... amek gambar gunung dari jauh. (jgn jeles aaa... dah ada lens panjang). View.. menarik. Nampak air yg putih, nampak background bandar KK or background lound lepas. Background gunung yg clear... And ada ramai mat saleh. And... errmm... gi la sendiri... Takpe... nextime boleh gi pulau lain pulak...

Baliknya reround KK. Jenjalan. Beli sotong bakar. Amek gambar and etc... And malam ni kene prepare utk kemas barang. Sbb esok aku dh ke kaki gunung.... Agenda malam ini...

Tiada...


Sabtu - 26hb

Hari ini adalah hari pertama aku membawa kete kat KK and Sabah. Secara rasmi. Sebalum ni. Bawak kereta kat sabah cuma utk ambik lesen je. Nak bawak kete? Tunggu smpi kaki ayah aku bengkok... Takdenya dia nak kasik aku drive 10thn lepas tuh...

So dengan ber'modalkan' sebijik Proton Saga (kete kebal), kita org ke atas gunung. Lambat sket gerak.

Kononnya ayah aku nak ikut jalan shortcut. Tapi kalau dh dier dekat 9 tahun tak jejak KK, mana ingat. Last2... lalu la kawasan Yayasan Sabah, 1 Borneo (tiru 1 Utama) and mana ntah... Lalu juga kat jambatan Tamparuli (korang nyanyi sket lagunya).

Tengahari tu kita org makan di Ranau. Cuaca panas. Makan di kedai biasa yg ayah makan dulu2. Sedap sbb masakannya tak jauh dengan masakan semenanjung. Murah pun murah. Sebab tu atok aku bayarkan. Hahahaha.. Yg aku membeli tuala.

Then dari ranau kita org menuju ke Poring. Utk mandi air panas. Dan juga utk ke jambatan atas pokok.

Disebabkan ini hari sabtu, makanya ramailah yg di sana. Kolam hampir penuh. Tapi jumpa juga 2 kolam. Tapi disebabkan kolam free lambat sgt mengisi air. Air order satu bilik. Bilik lebih privasi dan lebih cepat air mengisi kolamnya. Dia org pakai pump.

So dptlah berendam lebih kurang 40 minit.

Then kita org berjalan dekan 30 minit utk naik laluan atas pokok. Yg Ing gayat! Hahahaha... Balik situ.. kita org turun semula. Dan bersedia utk balik.

Sebelum masuk ke kinabalu park. Kita org singgah di Pine Resort. Yg mana mak aku, atok and ing semua tido malam esoknya. Tapi aku tak tidur sbb masa tu aku dh menuju ke Laban Rata.

Then singgah di pekan Kundasang untuk beli nasi goreng. Pisang dan juga madu. Ada madu kecik, ada madu besar. Ada madu hitam dan ada juga madu putih. Ntah ape bezanya. Maybe rasa kot?

Then terus ke Kinabalu park. Masuk. Rumah sudah ditukar. Sbb katanya rumah yg sepatutnya aku duduk tu tgh direnovate. Ok le. Walaupun maybe rumah yg kita org duduk ni murah sket. Tapi view dier lagi baik. Sbb terus mengadap ke arah gunung. And... Rumah tu just sebelah je dari rumah yg selalu aku duduk belasan tahun lepas.

Dlm situ.... Atok aku kelubungan (selubung) disebabkan suhu yg rendah. Yelah... mungkin kat kampung malam pun suhu masih lagi sekitar 20. Sini... belasan. Mana tak sejuk. Dlm hotel pun dia sejuk apetah lagi kat sini...



.... So itu yg berlaku antara Khamis dan Sabtu 2 minggu lepas di Sabah. Yg lain aku akan ceritakan pada masa akan datang. Time aku free. And maybe letak gambar lagi. Beratus or beribu gambar nak edit.... Ermm...

Ok le... Dh lama tak taip panjang camnih. Apehal pun... taking care... Wish me luck tomorrow sbb aku cuba utk beli IPO Perwaja.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...