Wednesday, July 09, 2008

(updated) Syariah, mubahalah, doa dan jilat-jilat...

New update in blue

Terfikir, termuskil... ter...

Anwar lodges report with FT religious dept against Saiful

Kenapa Anwar report kat syariah? Dan kenapa tuduhan meliwat kali ini beriya-iya dia nak lakukan pembicaraan di mahkamah syariah? Dia juga memberikan syarat untuk bermubahalah... Dengan kata lain, tidak mahu melakukannya.


"Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali,"


Then aku fikir. Katakanlah semua kes dibawa ke mahkamah syariah. Dan betul-betul mahkamah syariah mahukan empat orang saksi yg melihat kejadian itu berlaku sebelum sesuatu kes boleh didakwa. Maka... Bagaimana pula dengan kes cabul dan rogol oleh ayah sendiri? Macam tu juga dengan kes rogol, bunuh dan kes yg lain?

Adakah saksi itu semestinya org yg nampak perlakuan tadi dilakukan? Difikir secara logik, kalaupun ada 4 org saksi utk Saiful bawa. Siapa? Adik beradik Saiful? Tunangnya? Mak Ayah saiful? Polis atau org luar yg duduk menghendap Anwar membontoti Saiful? Kalau mereka di pihak Saiful, adakah mereka buat 'dek' saja sambil makan kacang bila menonton adegan tadi?

Dan... Katakan pula saksi itu datang dari kumpulan Anwar. Bagaimana Saiful boleh 'memaksa' saksi tadi berdiri menjadi saksinya sedangkan mereka menyokong Anwar? Adakah kita yakin mereka ini tidak akan berat pada Anwar? Dan adakah kita tahu mereka ini orang alim atau tidak seperti yg diminta oleh Islam?

Tidakkah penyokong Anwar tahu. Pada kes liwat pertamanya. Antara orang yg pertama membangkitkan dan mencabar Mahathir menyiasat kes liwat ini adalah Karpal Singh? Ia juga berpunca dari buku 50 dalil. Ingat lagi?

Pastinya Anwar akan menggunakan hujah Ahli Agama yg kata di diperlukan dia bermubahalah. Tapi ini kata Mufti Perlis tentang kekeliruan antara dirinya dengan ahli agama yg lain..

Dr Asri pula berkata, “Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Dr Asri bertanya, adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

“Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?,” tanyanya lagi.


.....Kalau Anwar tahu dia tak bersalah. Kenapa dia perlu takut untuk bermubahalah? Kenapa perlu dia takut dengan mahkamah Sivil yg menyediakan saksi terdiri dari pegawai penyiasat, Dr pakar DNA dan lain lagi? Dan kalau dia tak bersalah. Kenapa dia perlu lari ke kedutaan Turki dengan alasan ada maklumat dari perisikan negara jiran yg dia akan dibunuh. Kenapa perisikan negara jiran perlu 'menjaga' nyawa Anwar?

Tidakkan Anwar tahu... Doa orang yg teriniaya adalah doa yg dijanjikan oleh Allah akan dimakbulkan? Adakah semasa dipenjara, semasa di ISA doanya tidak dimakbulkan? Adakah dia tidak mendoakan keselamatan dirinya? Adakah dia tidak mendoakan dirinya supaya tidak lagi menjadi mangsa fitnah? Adakah dia takut, kalau sekali lagi dia dipenjara, doanya sekali lagi ditolak? Atau.... mungkinkah dia terlalu baik lalu hanya mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara lalu lupa untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan hidupnya kelak?

ATAU....... mungkinkah Anwar tak berdoa langsung?



...Antara reason kenapa aku tak sokong dia...

................................

Aku cadangkan, agar Anwar I. di scan kepala otaknya untuk melihat kalau ada sumber-sumber yg menunjukkan mereka menyukai kaum sejenis. Yelah, mubahalah diberi syarat. Menafikan pun tidak. Mahkamah tak percaya. Nak mahkamah syariah. So scan je otaknya. Cuma Dr Luar Negara je (dier kan nak bedah kat oversea) yg tahu teknik nih. Minta pakar ni dedahkan resultnya dan compare ngan gay yg lain....

Scans see 'gay brain differences'

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...