Wednesday, June 25, 2008

Saya ada bukti kukuh dari sumber...

Di dalam sebuah kampung. Ada seorang makcik. Biarlah aku panggil makcik ini Makcik Joyah. Makcik Joyah memang terkenal seantero kampung. Malah kampung-kampung sebelah juga kenal makcik joyah. Kehebatan makcik Joyah tak dapat di tandingi oleh mana-mana ketua kampung yang ada di kawasan tadi.

Makcik Joyah sekarang tidak seperti Joyah zaman RTM. Makcik Joyah sekarang bukan saja bercerita dengan mulutnya yg becok, malahan juga dengan telefon, handset, email dan juga blog! Wow, kata org luar melihat kecanggihan Makcik Joyah. Cuba cari di Google.. Pasti jumpa. JoyahSenget punya blog!

Cerita Makcik Joyah hangat. Lebih hangat dari Liena Hangat mahupun goreng pisang Pak Man Tempe. Ceritanya diwar-warkan serata kampung dengan teori-teori diluar kotak kasutnya. Ada yg boleh dipercayai, ada juga tidak boleh dipercayai. Kerana, ceritanya seakan-akan dibuat-buat. Ada juga yg berpendapat, Makcik Joyah menggunakan keglamerannya utk menarik peminatnya.

Di jadikan cerita. Makcik Joyah bercerita. Menggunakan segala sumber yg dia ada.

Katanya begini.

"Seorang informer yg aku boleh percayai bagitahu aku. Ketua kampung kita terlibat dalam kegiatan mencuri lembu. Informer aku kata, ketua kampung curi waktu malam. Masa kita semua tengah tidur. Itu pasal banyak lembu org kampung yg hilang. Aku memang percaya pada informer aku ni!"


Maka tersebar tentang kisah Ketua Kampung mencuri lembu. Kalau dulu ceritanya hanya bisik-bisik di kedai kopi, sekarang ianya menjadi lebih liar. Malahan Makcik Joyah mempertahankan dakwaannya.

Ditulisnya satu poster di setiap tiang elektik di simpang kampung.

"Korang tak percaya sudah! Informer yg aku percaya tu memang kata Tok Ketua yg curi lembu. Takkan aku nak tipu korang? Selama ni aku pernah tipu korang ke?"


Orang kampung bertambah marah. Mereka percaya sepenuhnya pada Makcik Joyah. Takkanlah Makcik Joyah nak tipu kalau dia sanggup buat poster besar-besar? Dia banyak menceritakan pada orang kampung tentang berita yang orang kampung pun tak tahu asal-usulnya. Keglameran Makcik Joyah menutup segalanya. Makcik Joyah umpama artis kampung yg mengalunkan lagu yg merdu dan bertubuh seksi lalu disiulkan oleh anak muda. Tak dikisahkan mak bapak yg duduk disebelah.

Lagipun. yelah, hanya rumah makcik Joyah ada streamyx dan webcam. Sebab itu orang kampung selalu nampak Makcik Joyah membetulkan webcamnya yg senget. Orang kampung yg lain, terpaksalah menunggu peluang utk berkongsi internet di balai raya. Jadi, secara kesimpulannya, Makcik Joyah lebih advance dari orang lain!

Namun tak sorang mempersoalkan siapa sumber Makcik Joyah. Ini kerana dia seorang artis. Dan hanya artis yg mampu mengubati kedukaan orang kampung yg meratap kehilangan lembu mereka.

"Oiii tok ketua. Turun kau sekarang. Kalau kau tak turun. Kita org naik!!!" Kata orang kampung yg berdiri ramai-ramai di depan rumah tok ketua sambil membawa obor.

"Woi woi woi... Jgn naik! Roboh rumah aku kalau korang naik atas"

"Kalau camtuh, bagi kita org naik, Tok Ketua turun bawah". Kata Usop Jepun secara spontan. Lalu kepalanya di ketuk oleh ketua rombongan tadi. Makcik Joyah.

"Hah korang naik, aku turun" Kata Tok Ketua. Melarikan diri dari dalam rumah yg tidak kukuh dan ditakuti kepalanya dilibas dengan parang kalau bersemuka di dalam rumah yg kecil tadi.


Lalu orang kampung pun naik kerumah Tok Ketua kampung, manakala Tok Ketua kampung pun turun ke bawah. Tok ketua bertanya. Kenapa?

"Pasal Lembu ke?"

Orang kampung bersorak. Mengiyakan. Menggangguk dalam muka yg marah. Mahukan jawapan dari Tok Ketua. Manakala Makcik Joyah menegaskan apa yg dikatakan benar. Menunjukkan kertas yg dicontengnya. "Sumber aku kata, kau curik lembu orang kampung!"

Tok Ketua senyap.

Usop Jepun bersuara dari belakang. "Alah tok, ngaku je lah. Yg Tok curik lembu tu. Senang cete. Takyah la nak berdolak dalih. Makcik Joyah pun dah kata kat kita orang yg tengah marah ni. Dia ada bukti dari sumber yg dipercayai." Lalu kata-kata Usop Jepun yg senget separuh tiang pun dianggukkan oleh orang kampung.

Keadaan genting. Tok di bawah rumah. Orang kampung di atas rumah Tok ketua. Semua tidak sabar menunggu jawapan Tok Ketua kampung. Dengan ada orang kampung yg berparang di tangan. Mereka mengibaskan kain pelekat.

"Kamu semua dah percaya cakap Joyah. Semua ceritanya kamu percaya. Ya, ada yg betul. Tapi ada yg tidak. Kamu pun tahu. Tapi... Kalau kamu semua kata apa yg dia katakan tentang aku tu betul... Jadi apa guna aku nak ceritakan lagi? Apa guna aku nak terangkan lagi. Mesti kamu semua kata Joyah betul. Sebab dia ada bukti dari sumber yg boleh dipercayai.

Kalau kamu semua nak 'tebas' aku. Tebaslah. Aku terangkan atau tak terangkan kat korang. Korang takkan percaya. Aku tetap akan salah. Aku boleh jadi betul, aku boleh jadi salah. Tapi kalau apa yg aku katakan tetap salah bagi kamu semua. Keputusannya tetap sama. Aku bersalah. Jadi apa semua mahu buat?"
Kata tok ketua sambil menanggalkan songkoknya. Bersedia menerima amukkan orang kampung.


Suasana senyap seketika. Kedengaran bunyi motor yamaha 100 lama datang dari jauh. Kelihatan pakcik berseban di atas motor. Kemudian orang tua tadi menurunkan tongkatnya. Berdiri dan memandang semua orang.


"Hah Atan. Apehal kau berdiri kat bawah, orang kampung berdiri dalam rumah kau?" Tanya Tok Imam pada Tok Ketua kampung.

"Dah dia org nak naik rumah saya, saya turun la. Saya pun senang nak lari kalau dia org nak libas dengan parang". Jawab Tok Ketua.

"Hah yang korang semua datang sini. Dengan berparang ni kenapa? Nak mampus sorang-sorang?"

"Takde lah Tok Imam, Makcik Joyah kata. Lembu kita orang hilang sebab Tok Ketua yg curi. Jadi kita org datang sini nak mintak penjelasan. Kami tak puashati. Sebab bukti yg Makcik Joyah kata dia tu dah kukuh." Kata Limah Jendul sambil menunjukkan pada kertas yg Makcik Joyah bawa.

"Apa buktinya Joyah?"

"Sumber aku kata, Atan ni curik lembu kampung. Aku cukup percaya dengan sumber aku. Jadi aku bagitahulah orang kampung. Nak tolong dia org. Bagitahu siapa yg curi"

"Kau turun sini Joyah"

Makcik Joyah turun. Tekedek-kedek memakai selipar sebelah lainnya. Menuju ke arah Tok Imam yg menunggu di bawah rumah. Tanpa diduga Makcik Joyah dilempang Tok Imam.

"Bodoh! Bangang! Banghal macam unta! Kau kata ada bukti kukuh. Tapi kau tak cakap apa buktinya. Kau tak cakap siapa orangnya. Kau tak bagitahu pun macam mana berlaku. Kau kata. Tok Ketua curik lembu. Kalau kau ingat aku ni bodoh macam peminat kau tu. Kau silap. Ni kalau Atan ni di mati. Kau nak hidupkan dia balik kalau sumber kau tu salah?" Mata tok Imam terbeliak. Marah.

"Aku ada bukti. Kau percayalah kat cakap aku. Orang kampung semua percaya! Takkan kau tak percaya kat aku?" Jerit Makcik Joyah sambil menggosokkan pipi kirinya yg sakit di lempang."

Sekali lagi Makcik Joyah di lempang. Kali ini di pipi kanan pula.

"Jadi kau tunjukkan aku bukti tadi. Bukan setakat cerita-ceritanya. Kau buat report polis. Tapi kau kata kat polis buktinya ada pada orang yg kau boleh percaya. Tapi apa buktinya? Cuba kau terangkan..."

"Nantilah aku terangkan. Polis tak tanya lagi... Macam mana aku nak terangkan. Karang orang tahu bukti aku!". Mana boleh ada orang sama bukti dengan aku! Tak glamerlah aku nanti!

Tok Imam menggelengkan kepala. Beristighfar. Mengurut dada. Kemudiannya dia senyap. Dia pandang pada Atan si Tok Ketua kampung, di pandang tajam ke arah Joyah. Lalu dipandangnya ke arah orang kampung.

"Korang semua ni aku tak tahulah ape yg nak jadik. Korang semua percaya pada Joyah? Aku tak kisah kalau kau nak dengar cerita dia. Tak salah. Tak semua salah. Tapi kalau kau terlalu percaya pada 'artis' pujaan yg kau puja-puja. Atas sebab yg kita tak tahu asal-usulnya. Aku rasa korang ni semua bangang. Lebih bangang dari Joyah ni. Nanti korang jugak yg susah.

Macam mana korang boleh percaya pada bukti yg tak pernah korang nampak? Macam mana kau percaya pada bukti yg kononnya Joyah sendiri cuma dengar dari orang lain. Bukti yg dia percaya tapi korang tak pernah tahu, tak pernah kenal pun sumber dia yg dia percaya? Korang tak tanya, apa buktinya? Apa ceritanya? Macam mana berlaku? Ada gambar? Bila masanya? Mana Tok Ketua jual lembunya? Ada DNA?

Tapi sebab korang semua marah disebabkan korang punya lembu hilang... Kemudian sebab Joyah ni glamer, maka korang percaya bulat-bulat? Inilah manusia..."
Tok Imam menggelengkan kepalanya

"Tapi tok, kalau cete kat polis pun bukan polis percaya! Polis mesti geng Tok Imam." Jerit orang kampung.

"Macam mana polis nak percaya, kalau buktinya pun cuma si Joyah ni je percaya. Biar polis siasat. Kita tengok buktinya dulu. Kalau bukti jelas dah ada. Tapi polis tak siasat. Barulah iya korang nak marah si Atan ni, marahlah.

Atan ni tak bersalah selagi dia tak terbukti bersalah. Kalau korang tulis atas pada kertas kosong tadi 'SALAH'. Maka salahlah yg korang baca. Jadi, biar bukti dan masa yg menulis sendiri kertas kosong tadi.


Aku nak korang balik. Tanya pada diri sendiri. Kalau kau semua jadi Tok Ketua, adakah korang terima utk di belasah atau nak dibicarakan dulu"


Tok Imam beredar... Meninggalkan orang kampung yg terpinga-pinga. Tak faham apa yg dicerita. Turun kebawah. "Nah aku pulangkan rumah kau", kata Usop Jepun pada Tok Ketua.

2 comments:

jetjetsemot said...

ahahah..dalam maksodnya..

bzz said...

dalam jgn tak dalam...

tak semua org boleh faham tuh...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...