Wednesday, June 04, 2008
Jemaah yang soleh
Satu malam,
Esoknya ada kuliah subuh dan sembahyang sunat. Maka, penduduk-penduduk tingkatan 5 diminta tidur di Surau. Kununnya senang hendak bangun pagi esok.
Maka, iyoooolaahhh...
Dengan bantal busuk ditangan kanan. Selimut ditangan kiri. Songkok dipakai tapi masih nampak jambulnya tersembul. Maka, bergeraklah mereka beramai-ramai ke surau. Yang warga perempuan lebih kurang sama, cuma ditangan ada beg yg lebih besar gamaknya.
Sampai disurau, masing-masing duduk. Bukan membuka Quran, mahupun sembahyang sunat. Jam sudah pukul 11. Air milo dan roti yg dimakan semasa minum malam tadi susah jauh ke dalam perut. Mahu berborak, tak tahu apa modalnya. Tapi tiada warden disekeliling. Mahupun diasrama. Mungkin. Moga dan HM adalah dirumah mereka. Mentang-mentanglah sekarang cuti sekolah.
Jam pukul 1130. Maka, berkeliaranlah setan-setan yg ingin mencari hiburan.
"Woi, main galah panjang?". Kata salah satu setan. Mata berduyunlah kawanan setan tadi menuju ke court tenis dibawah. Sudah lama main. Makin ramai setan yg main. Court tenis tidak cukup besar.
"Kita main depan dewan". Kata salah seekor setan. Maka pusat hiburan bertukar. Dari court tenis ke depan dewan. Kawasannya lebih besar. Ada lampu tidak jauh dari situ. Malah, setan-setan yang hanya menonton ada lebih banyak ruang utk bersorak. Cuma... Setan terpaksa berhadapan dengan kemungkinan Moga atau HM terbangun.
Setan sudah penat. Sudah pukul 12 lebih. Sekejap lagi mahu pukul 1. Galah panjang semakin panjang list nama setan yang menjoinnya. Yg main semakin ghairah. Dengan tidak berbaju. Berkain pelekat yg diselitkan diperut, mahupun diikat ala-ala ceti. Mereka terus main dibawah cahaya bulan. Yang penat duduk di tepi longkang. Setan yg kaki bangku, duduk melihat. Tidak bersuara. Tapi adakalanya, gelak-gelak. Seakan mahu menjadi otai.
Dari hampir seratus setan-setan yang ada. Mahunya 70 ekor setan ada di depan dewan. Suasana tidak mati.
Tiba-tiba.
Dari rumah tengah. Terdengar pintu depan dibuka. Kreeeeaaakkkk.... Kedengaran. Tongkat motor diangkat.
"Wei, wei... moga-moga."
Galah panjang berhenti digarisan. Semua mata terarah ke rumah kedua.
Tak.... Preengggggggggg... Keteng, keteng, keteng... preeennngggggg...
Ahh sudah! Bunyik biasa. Bunyi malapetaka. Nampak satu lampu malap berwarna kuning menyuluh.
Then setan-setan mula mengambil baju. Ada yg di atas lorong, ada yg di letak di tiang bendera. Bangun, mengelap bontot yg sudah berpasir. Mula bergerak. Tapi perlahan. Kononnya, setan tidak mahu ditangkap oleh 'malaikat' moga.
Ketak, chapchap...
Dear dimasukkan. Motor bergerak.
Jerit seekor setan.... "Lariiii!!!!!!! Mogaaa...... Run for your life"
Ahhh... kau memang setan. orang mahu senyap. kau pula bising. Maka bertempiaranlah setan-setan tadi. Seperti mendengar bacaan al-quran. Ada yg tersandung tunggu pokok. Ada yg termasuk ke lubang tapak ko-op. Ada berlaga dengan setan yg lain. Dilorong yg sempit, dibawah pohon2, puluhan setan bertempiaran. Dalam gelap. Kemudian menyusur di tepian court tenis. Tak kurang ramai yg melaluinya. Kemudian ternampak ada setan-setan yg tersungkur bila melanggar net tenis.
Yg terjatuh terus bangun. Yg perlahan dicepatkan. Yg rabun, menjerit "Weii weii, aku tak pakai spek nih".
Setan melawan masa. Melawan arus motor Moga. Siapa cepat. dia selamat.
1 minit.
Tecungap-cungap. Menahan penat. Baju dikibas dibadan. Tidak cukup angin di kipas. Berbaring di lantai yg sejuk. Bunyi motor berlalu. Tidak berhenti pun di surau. Ceh, semua mengeluh. Kepenatan. Tapi aktiviti berborak masih ada.
Tapi kedengaran suara disebalik tirai.
"Wei, budak lelaki ni tak tahu tidur ke ape?"
Gelak-terus gelak. Tapi jam sudah hampir pukul 2 lebih. Kuliah subuh bermula pukul 4. Tak apa esok kan ahad. Kita boleh tidur lama. Tapi lama-kelamaan seekor demi seekor setan terlelap. Penat bermain, penat berlari dan penat menyelamatkan diri dari ditangkap.
Masa berlalu. Surau menjadi senyap...
Hinggalah...
Weiii.. bangun... Balik....
"Kuliah dah start ke?"
"Start ape... Subuh pun dah abis!". Rupanya, ramai setan yg terlelap. Tak sedar dikejut. Jam sudah pukul 6 lebih. Kuliah subuh sudah habis. ceramah sudah tamat. Sembahyang sunat sudah selesai. Sembahyang subuh pun sudah diimamkan.
Dengan badan menggeliat. Mengangkat bantal. Selimat. Menyarung selipar. Beduyun setan-setan membawa bantal. Balik keasrama. Untuk menyambung tidur.
Kepenatan. Kerana mereka semua menjadi jemaah yang soleh menunaikan 'ibadat' mereka malam tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahahahhahah....
dlu mase kat surau.. yang paling menakutkan apabila berada di saf depan.. sebab tirai tu selalu terbang dek kipas kuat sangat..
ade masenye..jgn terkejut kalo saf lelaki tetiba ade pompuan..
yang paling tak tahan..bebudak lelaki yg baru nak semayang tibai gelak kan.. mampus terkemut2 tahan gelak..
wah..setan jenis ape ni..
pena sekali jadi imam ok..masa form 1 ke form 2 enta..ditepuk bahu oleh ketua exco dakwah rukhiyah, setelah jemaah first da abes solat..walaweh,amek..separuh surau den imamkan..ahahahah..bodo bangang..
Post a Comment