?
Berapa kali kau dengar Haji Muhammad utk Nabi Muhammad? Berapa kali kau dengar Haji Umar utk Saidina Umar? Berapa kali kau dengar Haji Micheal utk Micheal dari USA yg beragama Islam yg telah menunaikan haji?
Mereka sama, malah mungkin lebih alim dari kita. Tapi kita tak gelar haji.
Namun kat Malaysia. Terdapat orang yg sungguh berbangga bila namanya ada pangkal Haji atau Hajjah.
"Nama saya Dato Haji Muhammad blablabla bin Haji blablabla". Dengan baju kot dan bertie.
Aku tak kisah la dia nak bertie ke nak berkot atau bertie dan menggunakan haji. Tapi yg aku persoalkan. Ada ramai yg seperti ini menggunakan pangkalan nama Haji atau Hajjah utk menampakkan mereka ini Alim. Tapi tak alim pun sebenarnya dia org nih.
Jangan kata nak mengikut jejak perbuatan Nabi Muhammad. Nak ikut perangai org yg pergi haji pun susah... Ramai...
Kononnya, pergi haji mengambil berkat. Kerana nak melakukan perubahan.
Tapi balik sini, perangai still sama. Ada yg masih lagi ke kelab dangdut. Ada lagi yg masih ke 'majlis umpat-umpat petang'. Ada lagi yg masih mengendeng kat seketari berperut gendut. Ada yg berserban, berkopiah jalan sina sini bawak tasbih. Tapi dalam hati... Banyak lagi ceritanya. Kau fikirlah sendiri.
Ini bukan pasal nama atau pakaian. Haji menunjukkan status yg kita telah 'berjumpa' dengan Allah. Dan org yg pergi haji menunjukkan dia telah bersedia untuk menemui Allah. Tapi kalau kita balik daru 'jumpa' Allah, masih lagi perangai sama. Tak guna!
Berpuluh ribu org yg tak mempunyai duit utk menunaikan haji tapi teringin utk menunaikan haji. Ada org, ada banyak duit, tapi menggunakan haji utk menghabiskan duitnya semata-mata untuk mendapat status atau nama Haji. Bukannya mendapat status 'telah menemui Allah'.
Tidak bersedia tidak mahu bersedia.
Ingat cakap Arwah Atok aku kat kawannya yg datang melawat atok balik dari Mekah. Atok Misai. "Org kalau nak pergi haji, bersihkan dulu diri kita dari sini. Ada hutang bayar, ada dosa minta maaf, kalau tak pasti buat saja. Dari sini kita belajar. Bukannya kat sana baru nak minta maaf, nak bayar hutang. Kita jumpa tuhan kenalah bersih".
Dan balik kenalah juga bersih...
Tapi yg ada... Jadi Haji Bakhil (makin haji makin kedekut), Haji Rock, Haji seksi, Haji Kelab Dangdut etc...
Aku tak anti Haji. Cuma aku harap org yg mempunyai 'status' haji ni bebetul menunjukkan mereka telah menemui Allah... Baik perangai, baik buruk sangka. Dan... Jgn pula kerana haji kita menganggap org yg tak ber'haji' tadi tak sealim kita... (walaupun kononnya kita dah alim).
Peribahasa
.... Kerana susu sebotol, rosak nila sebelanga - Disebabkan sekumpulan Haji yg berdisko, maka rosak imej kaki-kaki disko yg tidak mempunyai status Haji....
Sekian utk hari ini... Teme kasih...
Monday, June 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
bagus tu peribahasa tu...
bagus gitu aahhh...
Post a Comment