Friday, June 13, 2008

Aku Bakal Bekas PM

Ini tawaran aku. Jauh lebih baik dari Bro Anwar Bin Ibrahim.

Kalau aku menjadi Perdana Menteri (Undilah Parti Cap Kipas Udang!)
  • Aku berjanji akan turunkan harga minyak petrol lebih rendah dari harga secawan Milo Ais atau pun sekitar RM1.20 ringgit. Dengan diesel lebih rendah dari Teh O Suam kecik dari Rm0.60.
  • Minyak tanah, seliter cuma 40sen. Lebih murah dari sepeket kecil asam kecut!
  • Harga NGV dan gas memasak dikira ikut minit pengisian. Isi seminit 50sen. Kalau boleh isi 1 tong dlm seminit, still 50sen.
  • Letakkan harga syiling ayam Rm4 sekilo setengah. Lembu pulak, sekilo Rm 5.50, tak kira part mana pun lembu tu.
  • Sayur-sayuran. Keuntungan penjual sayur akan disubsidi. Rakyat hanya perlu bayar modal penjual sayur.
  • Bagi subsidi utk semua Tol utk semua tol. Setiap km tol, cuma 1sen. Tapi setiap satu sen, aku akan bagi rebet secara point di Bonus Link. Cukup seratus boleh tukar payung.
  • Kerajaan aku akan turunkan harga gula dan tepung tadi separuh dari harga modal kat ladang gula dan tepung tadi. Kalau modal gula sekilo 80sen. Aku bagi sekilo 40sen.
  • Roadtax takde... Tak kira kereta, lori, bas, motor atau motorbot. Cuma perlu tunjukkan mana-mana antara kad point Jusco, Metrojaya, I-setan atau Mesra sebagai bukti anda rakyat Malaysia.
  • Insurans percuma kepada semua rakyat. Tawaran dari AIA (saya suka Amerika!). Bernilai lebih kurang Rm100 setahun. (tapi kerajaan akan ambil 20% dari insurans utk bayar anggota rakyat yg lain kalau rakyat mati eksiden.)
  • 3 LRT baru lagi utk KL. 2 utk setiap Bandar Besar. Bukan buatan Scomi.
  • Gaji Minimum setiap rakyat adalah Rm 1300. Manakala gaji pendatang asing dengan izin Rm800. Gaji Pendatang asing tanpa izin pula Tak perlu bayar. Biarkan mereka duduk bawah jambatan ampang.
  • Oleh kerana kerajaan aku telus dan mesra rakyat. Aku umumkan. Gaji PM adalah sama dengan gaji minimum rakyat biasa. Manakala Gaji Menteri bersamaan dengan gaji pendatang asing dengan izin. Manakala Gaji exco adalah sama dengan gaji pendatang asing takde izin. Kami ikhlas berkhidmat utk mu.
  • .....
  • Janji aku sebagai perdana menteri.... Kalau ada mana-mana negara menawarkan penjimatan utk rakyat lebih baik dari aku, maka aku akan kasik UP SKETT... Lagi baik dari negara tadi. Sediakan resit sebagai bukti.


Sebagai bukti keikhlasan aku... KALAU AKU TAK DAPAT LAKSANAKAN... AKU AKAN RESIGN DARI JAWATAN PERDANA MENTERI... dan kembali bekerja di Maybank (tu pun kalo Maybank nak terima aku lagi la...)



Anwar akan berhenti serta-merta (jadi Perdana Menteri), kalau dia tak dapat turunkan harga Minyak ke harga sebelum ini. Wow... I kagum sama you.I love you. (but please spare my ass)

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...