Sunday, May 25, 2008

Win-win situation



Ape mende kejadahnya...

Geram lak aku bila ada menteri dan pembesar kata, kekalahan Malaysia dalam isu Pulau
Batu Putih tu 'Win win situation'. You got some, I got some...

Gile ape? Ape kejadahhhhnya?

Mungkin org tu tak tahu apa yg Sultan Johor fikirkan, apa yang Rakyat Johor mahukan, apa yg nelayan di sekitar kawasan itu impikan dan org tu tak fikir... panjang... Setakat nak meredakan kekalahan.

Ni masalahnya kalau pemimpin kaki tidur dan org yg dipertanggungjawabkan pula ikut sama tidur. Dan mungkin pengganti pun mengutuk negara sendiri dari negeri orang...


Kau menang, aku 'menang'. Singapore menang pulau yang boleh diduduki. Dan kita menang terumbung karang yang... Ermm... nak berak kat atasnya tu pun fikir 18 kali!!!

Itu menang? Secara logik, macam mana Singapore boleh dapat pulau yg jauh gile dari negara pulau tadi dan kita yang terlalu hampir boleh kalah dan cuma menang terumbu karang kecil untuk negara yang lebih besar??

Ia semacam... Ntah... lain macam!

Now... Kita kalah dlm ekonomi dgn singapore. Kita kalah pulau batu putih. Kita kalah jambatan bengkok. Kita masih lagi tak dapat naikkan kadar air mentah yg kita jual pada Singapore. Berapa sen tuh? Sen!!! Bukan ringgit! Dan kita beli semula air tadi pada nilai yang lebih tinggi. Kita kalah...

Apa lagi yang kita menang?

Dan sekarang, kita sukarela untuk membenarkan Singapore untuk masuk ke dalam wilayah Johor. Dan mengawalnya. Malahan singapore dapat privilage utk 'mengawal' IDR.. Walaupun mereka tidak akan jadi 'Sultan' dalam wilayah IDR. Tapi, dengan adanya IDR, Singapore mendapat pelbagai manfaat. Wow!!!! Singapore JR...

Tak terfikir ke org Malaysia? Kawasan tadahan air di Malaysia yg airnya utk singapore tu pun dah macam hak tok nenek dia org. Serius... Nak masuk ke tanah air sendiri (tmpt simpanan air singapore) pun orang Malaysia tak boleh. Dikawal ketat. Adun pun tak boleh masuk. Bayangkan... Tu beli air yg 3sen je tuh. Belum lagi pelaburan 'berbilion' ringgit singapore di IDR nanti...


Kalau pemimpinbesar (pembesar) kita ni masih lagi dengan kepala ngantuk dan tidak sedar akan kekiasuan dan kelicikkan Singapore. Lama-lama... Org johor akan terjual di negara sendiri... dengan sukarela. Org negeri lain mungkin tak terasa. But tanyalah org yang duduk di Johor.


...Siapa kata Takkan Melayu Hilang di dunia? Kalau ini caranya kita menghandle negara kita. Jangan kata melayu, Malaysia pun boleh turut sama hilang dari Malaysia.


....Kepada pasukan Singapore. Aku ucap tahniah. You win what you can't win. And to pasukan Malaysia... Balik la sekolah semula. Belajar lagi... Jgn dok sibuk pasal isu kehakiman... Sampaikan negara tergadai.




Pulau hilang itu satu, tapi juga sumber disekelilingnya. Sekarang mungkin pulau batu putih sebesar itu. Tapi aku yakin, setelah aku mati nanti, pulau batu putih akan menjadi lebih besar dari apa yg ada sekarang... Mari kita buat kempen. Menderma sorang 3sen (sama dengan 1000gelen air yg dibeli oleh Singapore dari Malaysia) utk bina 1 tandas di atas terumbu karang Middle Rock utk nelayan kita. Mungkin lebih banyak ikan akan datang ke situ! Mari mari...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...