Buat macam rumah korang sendiri. Nasik ada lagi kat belakang tu. Kalau tak cukup, kau panggil la makcik tukang hidang tu. Tak cukup gak, ko gi belakang. Kalau tak cukup gak... SAH!!! korang ni memang DBKL la...
Pengantin no 1 akan datang pada pukul... (sat sms....).... Lebih kurang kol 1 lebe. Pengantin No 2 akan datang dlm kol 2. Pengantik No 3... Korang sebatlah rumah lain2 kat kampung sebelah tu. Sini cuma ada 2 pasangan saja yg akan rela membasuh periuk selepas itu. Harap maklum.
So dengan ini, aku memaklumkan aku akan balik kampung, dan lama tak update. (Kot?)
Dengan itu aku menjemput korang-korang-korang semua termasuklah kengkawan dan pasangan korang (macam TAG la ni) datang kemajlis resepsi family aku.
Pelakon utama
Ing & Iza
Nan & Farah
Nan & Farah
Pelakon tambahan
Seisi keluarga aku, mak ayah n family nan, family lain, sedara masa dari pagoh, muar, kulai, segamat dan seangkatan dengannya.
Masanya?
11-4 (aku kasik masa sendiri, sbb malas nak melayan lama sgt. Aku nak amek gambo).
Di tempatkan di
205 Felda Lenga
Pagoh, Muar, Johor
Map (Aku tak sempat scan. Tapi biar aku kasik instruction)
Korang kuar tol Pagoh. Simpang kat tol tu belok kanan. Arah ke Pagoh dan Bukit Kepong. Then terukan jalan. Lebih kurang 17-20km (kot?). Akan melalui pagoh, pekan kecik, pekan kecil. Then lalu jalan kene pukul ular dalam 10km dari tol pagoh. Lepas tu, Akan jumpa ladang kelapa sawit yg baru nak tumbuh. Lepas tu, akan nampak kawasan seperti sawah yg tak jadi sawah lagi dah sbb dulu ada org mati lemas kat situ (time aku kecik). Dlm 1-2 kat situ. Sebelah kiri nampak cam satu rumah ke ape ntah. Seketul. Tak tahu le apehal dia dok jauh sgt dari rumah org lain.
Dari rumah tu. Akan nampak macam kedai2 di korner sebelah kanan. Korner ke kiri. Korang masuk simpang kanan kat korner tu. Kalau sampai siang, korang nampak la ada pakcik dan makcik ataupun mat rempit tgh lepak sambil isap rokok daun bawah bus stop situ. Dah belok, korang terus je. Ikut je laluan rumah2 felda. Sampai korang nampak pejabat felda disebelah kiri dan depannya balai polis dengan kubu polis (yg aku tak tahu ape fungsinya, maybe buat main nyorok2). Lepas je pejabat tu. Jalan akan condong kebawah. Sebelah kiri, ada macam tmpt pusat getah. Korang belok kirik.
Jalan lagi stret. Dlm 600-800 meter, bebetul nak penghujung kawasan sekolah yg muridnya tak ramai (tapi sekolahnya macam baru), dan dekat klinik kerajaan. Korang belok kanan. Stret dlm 50 meter. Ada simpang ke kiri. Korang belok. Kalau nampak kereta byk2 tu, betul la tu. Parking je kat memaner. Sbb dpn rumah atok aku dah ada longkang besar yg dah berpuluh tahun mintak, baru ni nak dpt. So kawasan lain susah nak parking. Korang jalan kaki ke kerumah aku. Korang carik aku. Selamat ketemu.
Map Balik?
Hah, kau baca terbalik. Dari bawah ke atas dlm perenggan2 kat atas tu. Sure sampai tol pagoh.
Saper datang...
Aku kasik makan nasik, laukpauk ngan air mata kucing petaling street! Plus, telur or gegula kalau bernasib baik... Sesi karaoke takde. Tapi DJ akan disediakan. Tgkle prestasi uncle aku yg kunun2nya nk jadik DJ tu...
See ya there!!!
Gambar akan diupdate kemudian.



0 comments:
Post a Comment