Wednesday, May 28, 2008

KLCC dan duitnya


Sumber gambar - intproperties


Ingat tak aku kata dulu...

Dengan adanya KLCC, hartanah disekitar kawasannya meningkat. Dlm radius yg dekat melonjak tak ingat. Sampai la yg sekm dari KLCC pun meningkat. So siapa kata KLCC tu membazir?

Iklan percuma untuk Malaysia. Especially selepas WTC kene langgar dek pilot.

Sunrise to set KLCC land price record

Tak silap aku, masa pilihanraya 1999, ada pemimpin pembangkang. Tak ingat yg mana. Katanya, jual je KLCC. Dpt untung. Memrugikan duit rakyat. Projek bodoh. Takde ape. Hampeh...

Now. Harga tanah meningkat, harga cukai tanah meningkat, iklan percuma, pelancongan, retail sector dan byk lagi. But masih ramai yg ingat, KLCC adalah tempat melepak hujung minggu sambil tgk air pancut, tmpt tgk bungaapi time tahun baru dan merdeka dan juga tempat membeli-belah.

Kemana cukai pendapatan, cukai syarikat dan cukai tanah yg kerajaan atau DBKL dapat? Utk tambah belanja, tambah modal dan untuk rakyat yg tak mampu duduk di kawasan sekitar KLCC.

Yg menjadi masalah bukanlah org yg merancang KLCC. Tapi yg menjadi masalah adalah otak org yg dipertanggungjawabkan utk mengawalselia hasil pendapatan daripada kawasan KLCC. Kalau yg membina pandai membuat duit. Tapi yg menjaga tak bengap... tak guna juga...


Seperkara lagi... Remember, anwar kata... PKR jadi kerajaan. Dia akan gunakan duit Petronas secukupnya utk bantu rakyat. (sama dengan kes ada satu syarikat minyak negara jiran). Yup, memang boleh guna... But kalau kita perah semua hasil Petronas utk 'bantu rakyat'. Lama-lama... Petronas kehabisan 'susu'. Kena ingat, minyak kat Malaysia tinggal berapa tahun lagi. Gas banyak la. After that... Kita import minyak. Kalau dah duit petronas kita perah, modal dia org abis utk bina pelantar, modal mencari minyak etc yg kosnya berbillion. Mana lagi kita nak cekau duit? Jual KLCC? After that? Ape lagi tinggal?

Adakah masa tu setiap kali harga minyak naik, maka harga minyak kat petrol pump naik? Sebabnya, kerajaan tak mampu kasik subsidi (masa tu balik semula pada BN, sbb rakyat tak puashati ngan anwar yg tak mampu lagi kasik subsidi besar). Dan pendapatan kerajaan juga semakin berkurang. Sbb cukai minyak tak sebesar sekarang dan hasil utama iaitu petronas pun dah tak mampu nak modal besar utk carik minyak baru. Sebab kita dah perah susunya...


.....Ini serupa kita, sebagai ayah curi duit kocek anak kita masa tua. Makin tua, makin nak mati. Anak kaya. Anak tak boleh kata apa, sbb kita ni ayah dia. Tapi kalau kita curi hari2... Sampai bila anak kita boleh tanggung? Anak ada bini, anak nak modal business. Kalau duit minyak motor dia kita cilok. Dia kene gi kerja naik bas. Lambat. Tak perform. Bila dia dah tak perform, dia kurang duit. Camne kita nak curik lagi. So... Jgn salahkan anak kalau nanti dier hantar kita ke rumah org tua...

Imagine perkara yg sama jadi pada Malaysia...




.... Ini cuma pendapat... But tak mustahil akan terjadi. Yg kita perlukan sekarang... Kita perlukan pemimpin yg bijak dan amanah. Gunakan duit 'rakyat' bukan utk keluarga (en dol) mahupun kepentingan politiknya (en war). Tak percaya? Tgk... setiap syarikat yg banyak tangan politik di atasnya. Mesti susah nak maju. Percayalah..

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...