Friday, May 02, 2008
Faizal Tahir dan Kismisnya...
Faizal Lagi...
Kali ni tak boleh menyanyi di Perlis. Kisahnya... tetap sama. Akibat menjadi superman di KL.
Wow, oh wow... Aku ingat kes ni dah berakhir. Rupanya tidak. Mereka masih lagi sakit hati dengan superman 'selagu'. Mereka masih lagi kata, bukan contoh yg baik. Malah, ada yg mahu dia di 'denda' dengan menutup rice cookernya. Rice cooker kena cabut plug, gosok la sampai panas. Tu pun kalau boleh lagi masak nasik...
Ya, aku tahu, dia buat salah. Bukak baju di konsert. But, aku tak rasa hukuman tu patut dipanjangkan. Kalau dikira dari segi perbuatan. Memanglah tak senonoh. Sebab sebab nampak buah dadanya. But kena ingat, kita cuma nampak 'kismis' faizal je. Dier bukan tunjuk semangka (tembikai), bukan tunjuk nenas ataupun tat epal... Takde semua tu... Faizal Tahir dengan kismisnya dan lambang 'S' di dadanya.
And.... aku tak pasti, kalau aku boleh nampak pusat dier ke tak... Kena panggil CSI utk zoom lebih dekat... Dan Faizal Tahir lebih menutup aurat berbanding aku mandi di pantai PD. Dia pakai jeans, aku pakai short... Dia tak pakai baju, aku pun tak pakai baju. Dier ada 'S'... Err... aku ada 'O'...
Aku bukanlah menyokong dier suruh dier bukak baju setiap kali concert. Tak... Tapi org2 yg nak ban2 dier tu, fikir2kan lah. Org buat salah, belum tentu dier buat salah lagi. Dia kata dah serik, then terima dan maafkan... Minta dia jadi contoh. Susah ke?
Kalau ikutkan... Meh aku persoalkan sesiapa yg nak ban Faizal Tahir tu termasuklah mufti tuh...
Kenapa tak ban pelakon2, penyanyi2 seksi perempuan yg membuka aurat yg lebih teruk? Yg baju dan seluarnya lebam? Kenapa tak kutuk dan ban pelakon cerita-cerita rempit yg kononnya menjadi mangsa mat rempit dan juga pengarah filem? Juga kenapa tak ban pelakon cete-cete hantu dan cerita zaman dulu yg berkemban? Dan kenapa tak ban sesetengah pelakon teater yg membuka aurat yg? Dia org tak bersopan di depan penonton jugak?
Kenapa tak ban juga penyanyi2 yg berpakaian seksi berskirt pendek. Dengan baju terdedah menampakkan buah semangka, tembikai ataupun mungkin dragon fruit? Sama juga, mereka pun nyanyi di konsert 'mesti kecoh' jugak... Why?
..... Mungkinkah disebabkan ini?
Adakah sebabnya Faizal Tahir cuma ada kismis saja dan org lain ada buah yg lebih besar dari dia iaitu semangka, nenas dan dragon fruit maka Faizal Tahir salah dan org lain tidak. Ban Faizal, tidak org lain...
Atau... mungkin yg menyalahkan Faizal tidak pernah rasa ghairah dengan kismis Faizal tapi ghairah pula dengan buahan-buahan tempatan yg lain? Kismis - semangka. Kismis - rambutan.... Sama je... Cuma saiznya... Kalau dedua boleh dimakan. Dedua boleh diban. Kenapa kita nak makan satu, tapi tidak yg lain?
Korang nih... Kalau nak mem'ban' penyanyi, ban lah dengan adil... Bukan saja penyanyi, pelakon sekali. Baru betul... Jgn lah smpi jadi... Ganyang Malaysia, Selamatkan Siti...
Hmmm... Lupa2kanlah... Kalau kita dah akui kesilapan kita dan taknak ulangi lagi... Kita pun taknak rice cooker kita terganggu kan?
Note 1 : Faizal, jgn buat lagi. Aku kan abg...
Note 2 : Dari ban Faizal Tahir pasal kes bukak baju, baik korang ban pelakon & penyanyi yg kaki mabuk, kaki clubbing, kaco bini org, kaki gadoh, ngumpat 24 jam, gaduh dan perangai buruk yg lagi buruk dan lagi teruk dari menunjukkan kismis tadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




4 comments:
yeh..eventho i dont like him that much, tapi lagu die sedap..dan sy pun memule marah gak dia pi bukak2 baju..tapi to think back, alah, die laki..bukan apa sgt pun kan?wanita-wanita tuh, tanak pulak mereka2 ban kan?kan?
udah2 la tu..bende yg lalu tak baik diungkit..baik fikir pasal ahli2 dewan kat parlimen tuh..hehe..another long story..
gua sokong 100000% bro...buat 'jom heboh' kt sna kn mengundang maksiat...apa kata ban jer jom heboh...so that xkn ada org yg bukak aurat...bontot tejojol..buah semangka yang xberbalut kemas!!!what the****...nih la malaysia...xkena tmpat n xkena cara..
Tu la pasal jett... Ntah paper la kengkadang rasanyanya...
Hahahaha... Rasa2 idola awak si Kj tu bakal berucap ngan bahasa beruk biawak tak?
Nan, Kita gi MTV concert!
takde maknanye idola..helo~
Post a Comment