Tuesday, May 06, 2008
Dear Mighty HeRcules
Bias, aku memang bias... Bias bila melayan rungutan dan komplenan org ramai dlm email hercules aku. Especially bila kepala otak dah berat, mata mengantuk dan hati kosong... Aku akan bias...
Siapa yg menghantar email dengan bahasa yg baik, aku treat dulu. But yg marah2. Aku layan kemudian. Bukan aku tak buat, but... Aku biarkan nama dia org org masuk dlm senarai nama2 by batch. Amek kau, petang nanti la ko dpt... Tak kira la saper...
While org yg bagi yg baik. Bahasa yg lawak... Aku akan on d spot layan. Cthnya kat atas. "Dear Mighty Hercules". Walaupun ayatnya lepas tu ckp dier tak dpt jawapan ape jadah semua. At least dia try utk berlembut utk kita. And ada beberapa org yg hantar email dengan bahasa yg... Hahaha... Lawak gile.. Jenis bahasa "chereta". Zaman dulu2. Tapi umur... Muda lagi... Aku layan. Walaupun kengkadang lagi muda dari aku.
Aku bias. But aku bias pada org yg treat aku baik. Yg bagi salam baik. Bukan marah2. Aku tak bias pada perempuan saja atau org kaya saja. Hati panas... siapa pun jadi sama saja...
Sama juga dlm hidup kita...
Betul kita perlukan pertolongan org. Mungkin juga memang tanggungjawab org tu tadi adalah membantu kita. Tapi, walaupun dia ni balaci atau kuli atau org yg memang sepatutnya membuat kerja kita tadi. Biarlah kita layan atau minta dengan cara yg baik.
Ini tak..
Hoi... Hei... Ape ni? Bongok ko! Beruk... Piss off... Warning #2!@!@!!!! This is Final!!!!... Dan banyak lagi.... Salam ntah mana perginya... Tegur nama pun takde...
Do you care utk melayan org yg macam ni? Kita panas dan marah utk melayan camni. Tak kira la saper. Kalau aku, aku tak kira. Kawan pun aku hentam semacam apetah lagi org yg aku tak kenal. Bila org yg kita nak tolong tu buat kita ni cam hape... Lagi panas. Bila panas. Di tambah ngan kepanasan dalaman yg sedia ada... Org tak kira. Kan? Semua sama... Jgn menidakkannya...
"Kau lain, aku lain"... Ye betul... Org tu memang lawak orgnya. Dia memang baik orgnya. Sbb tu dia boleh tegur dengan cara yg baik. Walaupun dia perlukan something dari kita dalam masa yg urgent. Dia tak gelabah. Cakap baik. Then akhirnya, org pun senang hati utk tolong dia. Tapi, kita lain... Kita tak boleh jadi org tadi. Kita tak boleh tersenyum. Kita tak boleh menegur dengan baik kalau apa yg kita nak tu tak dpt macam apa yg kita mahukan... By hook or by crook. Or you'll be beruukk...
Org tak layan dengan perangai kita??? Saper suruh. Kau yg bodoh temenan (bodoh sgt)... Kenapa salah ke nak cakap baik2 time kita marah? Time kita susah? Kenapa susah sgt ke nak berbudi bahasa kalau kita perlukan pertolongan seseorang. Jgn anggap itu tanggungjawab org so kita boleh ikut sukahati kita je. "Babi, sial, ko buat keja kau bebetul. Aku nak cepat". Kita kita ckp.. Kita ni memang pemarah, memang perangainya macam tu. Tak macam org lain yg lebih pandai berdiskusi. Then... Kenapa tak cuba jadi macam tu? Apsal? Jadi baik nanti muka berubah jadi resakse gorgom ke?
So apa jadi???
Hmm... jauh gi dari email tadi... Kengkadang, tak salah kalau kita ni 'turunkan' ego dan kemarahan kita bila kita perlukan sesuatu dari org lain... Dari buku yg aku baca, kebanyakkan CEO yg ego akan menyebabkan kampeni dier jatuh lebih teruk berbanding CEO yg berlainan dari perangainya bila time gawat. Malahan, CEO yg baik pada anak buah, lebih mudah berjaya mengubah kampeninya berbanding CEO yg jahat, kedekut taik hidung masin dan takde toleransi...
Tu CEO... Mungkin Big Boss... Cuba tukar tu pada suami, isteri, pakwe, makwe... You got it?
"Malam ni masak ikan tu. I nak makan. Lapo nih"... Kata dengan muka bengis... Takde langsung riak wajah nak berlawak atau bergurau... Tak ke bini tu rasa macam org gaji? Kan? Rasa cam hamba pun ada. Bebaik bini nak masak bess2, jadi sardin masak tomyam je... Padan muka kau. Dia merajuk. Tak dpt makan sedap. Malam pun takleh makan bini kau...
"Abg ni balik keje tido, balik keje tido. Kalau tak tido tgk tv. Kalau tak tgk tv, tu basuh kereta kesayangan abg tu. Cuba la tolong2 saya ni. Ehhh tak tahu ke saya ni penat kat rumah". Kata sorang isteri sambil bercekak pinggang dan berkemban dari sebalik peti sejuk.... Laki dier penat. Patut ke tegur camtuh? Dengan muka masam. Baik org tu nak ambik mood, terus hilang mood. Jgn kata nak tolong, marah ada la... Ckp la bebaik. Usap badan dier. Tegur. Sediakan air. Baru la mintak tolong... Org laki ni, makin ditegur makin menjadi... So jgn tegur... tapi gi 'usap'...
Samalah ngan awek ngan pakwe...
Ntah... Maybe in life, kita patut treat semua org dengan baik. I meant, cubalah sebaiknya. Mungkin kita bias. But cubalah treat sesetengah org dengan sebaik mungkin. Jgn sesekali time kita marah or sakit hati, semuanya jadi 'macam cibai'. Tak kiralah sapa. Nanti... Kita yg rugi nanti. Baik org nak tolong kita tak jadi tolong. Baik org yg sayang kita, jadi tak sayang. Baik org yg nak maafkan kita, jadi pendendam...
Nabi kawin 4 org bini nak folo... But time nabi tersenyum walaupun dia sepatutnya marah... Taknak pulak folo... Macam mana tuh? Pada aku... org bukannya nak kita treat semua org macam putera raja. Cukuplah kalau kita hormati apa yg dia buat. Kita tak tahu sama ada kita akan jadi lebih baik dari dia kalau kita buat kerja yg sama. Right?
Ok... I'm log off now..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comments:
betul tu.. bila hari2 dapat emel..mane tak tensen..
Post a Comment