Thursday, May 08, 2008

Beri

Bila kita bayi, mak beri susu. Kita tersenyum senang hati. Perut kenyang, mulut sedawa. Bila lapar kita menangis. Nak lagi, nak lagi

Bila kita 3 tahun, mak dan ayah beli mainan. Atok janji belikan jajan. Mak tak beli, ayah tak bagi, kita hentak kaki. Nak beli nak beli. Kita tak peduli. Ayah duduk susah hati. Mak pening kepala camne nak senang hati. Duit tak ada, mainan diminati. Bukan seringgit, tapi duit yg berkati-kati.

Bila umur 6 tahun, ayah bagi 20sen. Utk beli jajan semasa balik dari sekolah nanti. Itu pun sekolah makan kita kenali. Belajar ABC. Cikgu tadika kata, awak mesti belajar ABC, 123. Kalau pandai. Awak dapat lagi banyak duit belanja nanti. Boleh makan sedap hari2. Tak perlu kisah kena kongsi.

Bila umur 7 tahun. Bangun pagi, mengadap roti. Mak masakkan. Ayah hantarkan. Sampai sekolah, ayah beri lagi. Masa rehat, buka bekalan diberu. Duit belanja masih ditelan lagi. Kawan minta belanja, Eh sukahati!@!$#@@

Bila umur 13 tahun. Masuk asrama tinggi. Belanja bulanan sentiasa dibagi. Hujung minggu pula dikunjungi. Tak cukup duit, ayah dan mak tambah duit tu sudah pasti. Bila dah couple, duit tak cukup lagi. Nak beli itu dan ini. Cikgu kata, jgn bercinta lagi. Apa yg awek kamu boleh bagi? Kalau belajar, kan pendapatan tinggi tu dah pasti. Kita tunduk muka, sakit hati. Bodoh punya cikgu, iri hati.

Bila umur 17 tahun. SPM tak lama lagi. Diri kena study. Mak dan ayah sentiasa mengingati. Awek tersorok, pun sama memuji. Kamu nak pandai, kamu kena ulangkaji. Belajar tinggi2. Abis sekolah, kita jumpa lagi. Mesti bergaji besar, datanglah meminang nanti.

Bila umur 19 tahun. Sudah ada di institut pengajian tinggi. Hari-hari ulang kaji. Lupa pula makwe punya harijadi. Dari malam sampai ke pagi. Mak ayah taknak busy body. Kononnya tak mahu dikacau lagi. Utk jadi manusia yg terkini. Sampai lupa, apa itu siang hari.

Bila sudah bekerja. Dulu cikgu kata, belajarlah tinggi-tinggi. Bila berpangkat, org kenali. Nak pula ada pembantu peribadi. Tersenyum lebar bila ada bilik sendiri. Dulu mainan, mak yg beli. Sekarang, gua dah ada duit sendiri. Gaji besar, berkali-kali. Belanja besar, itu dah pasti. Kereta besar, itu dlm hati. Awek lama, lu pergi mati...

Bila sibuk, kita tak peduli. Janji kerja settle, yg lain buat-buat tuli. Hal org kita tak kasihani. Janji penuh perut sendiri. Staff sakit, Lu pergi mati! Aku nak cepat, aku tak peduli. Bila bonus, wah senang hati. Ini duit aku, hasil usaha sendiri. Boleh enjoy, boleh senang hati. Hasil penat aku sendiri. Org yg buat kerja? Ehh sedapp hatiiii...

Bila meniti. Kita jadi lali. Lupakan org, hanya diri sendiri. Bila hati dah mula mati. Mak ayah entah mana pergi. Nak beri, nak ingati, jauh sekali. Bila hati mula diselubungi. Oleh kejayaan dan juga pentingkan diri sendiri.

Bila berjaya. Kita lupa diri. Terima itu pasti. Entah bila nak memberi. Hati kosong, otak sudah mati. Apehal lu, itu gua punya sendiri. Mak, ayah, kawan, kerani mana kau nak peduli. Nanti aku jadi susah hati. Sekarang aku ada utk diri sendiri. Biar aku senang dan suka hati. Org lain... nanti nanti...


Tapi...

Kita lupa, hidup ini tidak berkecuali. Hati tak baik, tuhan tarik kembali. Apa guna duit berkati-kati. Kalau hidup tak baik hati. cuma terima, tak bagi-bagi. Pada org yg pernah kita kenali. Apatah ayah dan juga ibu sendiri. Mereka kita lupai, macam dah mati. Hati kecewa, susah hati. Walaupun kereta dan tv, besar sekali. Bila dibawa dan tonton, asik tak puashati. Kenapa perlu jadi begini. Dah tinggi, tapi masih susah hati.

Bila diingat di dalam hati. Teringat mak membuat roti. Ayah pula, meminum kopi, gelak ketawa setiap hati. Ayah tak belajar tinggi. Mak entahkan lagi. Tapi terkesan dalam hati, kenapa mereka, gembira dihati. Adakah aku, hidup lagi?

Kita ingati, mereka memberi. Mak dan ayah, sentiasa memerhati. Susah senang kita, tidak mereka khianati. Cikgu disekolah, sentiasa memberi, ilmu didada, tidak disimpan utk diri sendiri. Kawan pula sentiasa mengelilingi. Dengan nasihat dan juga layanan dihati....

Terfikir di dalam hati. Adakah menerima lebih baik dari memberi?



..... Hmmmm....

Apa aku nak sampaikan, aku pun tak pasti. Bila menaip, dan baca buku sekali. tah-apa2, aku pening sendiri. Cuma nak kau fikirkan... Semasa kecil, mak sentiasa memberi. Tidak pernah dia terima apa2 dari kita. Tapi dia juga senang hati, senang sekali...


Happy Mother's Day (Belated)

5 comments:

Anonymous said...

mmmmm.... aku rindukan mak ayah aku..tak sabar nak balek..
cuti semiggu sudah approve..

beri? beri ape? jom la lepak..

Anonymous said...

err.. belated kah? bukan mother's day ahad ni ke?

jetjetsemot said...

blom belated la..piang2..

hari ahad jangan lupe wish ok..

bzz said...

Alah.. sajer je nak test memasing. Tahu tak bile mothers day. Dh tahu takpe...

s|t| Fa3zaH said...

cara2 meng'cover' line mcm ayah...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...