Mendengar cerita dari seorang kawan. Tentang seorang kawan yg berkawan-kawan. Tapi kawan kepada seorang kawan bukanlah sepatutnya seorang kawan. Sebabnya... Kawan kepada kawan aku ini adalah seorang kawan yg...
Korang jawab sikit mir, skot, rdi, daei, edi dan zul...
Ok... Kawan kepada kawan ni sudah dikenali dengan kehenseman dan ke-idolannya di sini. Semua org mahu makan dengan dia. Bukan sebab dia idol tapi diajaknya ataupun lebih 'baik' ayatnya... Dipaksa untuk makan bersamanya. Bukan aku kata. Tapi kawan perempuan kepada kawan aku yg kata. Malah... mungkin kawan kepada kawan aku ni pun mahu 'makan' org yg makan bersama dengannya tadi. Maksud aku... Makan bukan pada waktu makan. MAKAN dalam ' '
Aku jumpa dia hari itu. Aku jumpa dia semalam. Mungkin aku akan jumpa dia hari ini. Tak salah kalau aku kata aku akan jumpa kawan kepada kawan aku ini pada minggu hadapan. Di tempat yg sama. Atau lain. Bersama-sama dengan org yg sama atau org-org yg berlainan. Sama ada diminta atau dipaksa.
Kisahnya. Hebat diperkatakan dikalangan kawan-kawan. Hebat juga diperkatakan oleh kawan aku tadi. Malah... Hebat juga diperkatakan oleh kawan lain kepada kawan aku tadi. Maksud aku. Seorang perempuan. Dua org perempuan. Yg kenal dirinya. Yg serik dengannya. Atau yg melarikan diri darinya.
Aku tak paham. Kenapa kawan kepada kawan ni. Nak makan org. Nak ngepau org?
Kalau 10 kali kawan kepada kawan keluar dengan teman-teman wanita yg bukan call girl, bukan tukang urut batin seperti yg diidamkannya. Maka kata kawan tadi... Kawan kepada kawan tadi akan meminta, teman-teman wanita tadi membelanjanya. Kaki pau rupanya. Kuingatkan duitnya habis di kalangan wanita-wanita. Maka isterinya membeli barangan rumah sendiri. Ahhh... Tersilap jangkaan aku. Rupanya dia masih sayangkan isterinya. Nafkahnya masih diberikan. Tujuannya murni. Kerana duit nafkahnya disimpan. Ini kerana. Ada org yg 'mahu' membelanjanya. Isk isk isk... perlukah suami atau bakal suami yg lain mengikut jejak langkah idol ini?
Bolehkah org yg berambut kaler begini menjadi contoh pada isterinya yg mukanya sama saling tak tumpah seperti mukanya? Yg kononnya menyayangi isteri dengan meletakkan gambar-gambar honeymoon mahupun berpeluk bersama di tampal di CPU dan dinding-dinding pejabat. Ptuiiii... Pigidah mampus kawan kepada kawan.
Aku... tidak rasa aku akan ada perasaan 'sayang' sekuat seperti yg dilakukan oleh kawan kepada kawan tadi. Aku tak rasa yg aku akan letak berkeping-keping gambar honeymoon di atas meja pejabat.
Tapi aku tak fikir. Tanpa tampalan gambar-gambar tadi. Maka aku akan keluar dengan kawan-kawan perempuan yg berlainan dengan gaya 'hensem' aku lalu mengepau kawan-kawan perempuan tadi barang nasi ayam atau nasi goreng bersama lauk sepiring dua.
Aku mungkin tidak sesetia kawan kepada kawan aku ini kepada gambar isteri aku. Tapi mungkin aku betul setia pada isteri aku. Bukan gambar tapi orgnya. Kalau org tanya aku. Mungkinkah aku akan beristeri dua atau lebih. Aku kata. Mungkin! Tapi... bukan dibelakang. Didepan. Aku tidak bertanjak di depan isteri aku dengan kata pergi kenduri kawin kawan. Seperti cerita Madu Tiga. Fahamilah maksud aku. Kemungkinan itu ada. Cuma ia hanyalah MUNGKIN.
Jadi. Ada masa. Bila kita kita lihat kawan kepada kawan sebegini. Yg aku kira. Semakin hari semakin menyakitkan hati. Membuat kawan-kawan semeja makan tidak kering gusi menjadikannya bahan. Maka. Perlulah kita berbuat sesuatu. Mungkin sampai masanya nanti aku akan berkata seperti apa yg pernah aku mimpikan tidak lama dulu.
Aku bukan org yg lebih baik. Aku cuma lakukan apa yg aku rasakan aku patut lakukan. Supaya. Kawan LAIN kepada kawan aku tadi tidak akan menganggap. Semua org sekaum dengan aku sama saja seperti kawan kepada kawan aku tadi. Yg menjadi arnab di depan isteri. Dan buaya yg me'ngap' org lain dibelakang isteri. Ngap ngap ngap...
Sekian... Khutbah jumaat aku... Terima kasih...
Friday, April 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rasa-rasanya saya kenal tak dia ni?
pernah nampak la. Tapi tak sure kenal ke tak. Bukan dikalangan yg awak kenal
Post a Comment