Monday, March 24, 2008

Seorang jejaka dan 2 gadis


" ****, awk duduk la kat sini dengan saya." Kata aku pada gerombolan 3 org yg baru masuk ke dalam restoren. Kemudiannya **** memandang jejaka di sebelahnya, juga memandang aku. Lalu dia kata pada kawannya, "I nak duduk dekat dengan apis". **** Duduk disebelah kanan aku. Kemudian terpandang seorang lagi kawan yg dibawa oleh jejaka tadi ke dalam restoren. Dia memandang jejaka tadi. Lalu memberi isyarat ingin duduk disebelah aku.

" Weii duduk la sini. Takkan ko nak diri sorang je. Sini ada kosong." jerit aku dari jauh ke arah jejaka tadi sambil melambaikan tangan aku. Aku juga menunjukkan kerusi kosong disebelah aku. Tapi dier menggelengkan kepalanya. Aku hairan? Kenapa dah tak mahukah lagi dia duduk makan dengan aku? Sudah lupakah dia pada kawan-kawan perempuannya yg dia ajak.

Aku bukan nak merampas teman. Tapi aku tahu. Hanya meja aku saja yg boleh menampung gerombolan kedatangannya. Jadi aku pelawa lah ke meja aku. Tapi dia menunjukkan rasa ketidak puashatiannya. Oleh kerana aku tahu perangainya. Aku juga di beritahu perangai keburukkannya. Maka aku pun sambung menjerit...

"Weii ****, takkan nak blah. Aku jemput kawan kau perempuan dua org kau dh nak blah. Ape kau dah takde kawan lain lagi ke? Tu le, org lain ada kawan laki tapi kau time lunch, time keluar semua nak perempuan ikut. Kalau tak, kau yg ikut perempuan. Pantang nampak awek cun, candidate cantik kau ajak makan. Sedarlah... bini kau pun kerja Maybank gak. Apa guna tampal gambar bini kat meja opis kalau kau rapat ngan budak perempuan sbb nak 'makan' dia org je. Sedarlah... jaga bini kau tu..." aku berkata dengan sepuas hati. Org disekeliling memandang aku. Lalu memandang tajam ke arah muka jejaka tadi. Seakan tidak puas hati dengan apa yg aku katakan pasal jejaka tadi. Begitu juga dengan kedua org perempuan di sebelah aku.

**** mencuit siku aku. "Betul ke apa yg awak kata tadi". Aku menjawab dengan selamba. "Saya dengar dari org. Dengar dari kawan saya yg tahu rahsianya. Tapi, kalau awak nampak dia intim ngan semua perempuan yg dia baru kenal. Kemudian menelefon perempuan lain siang dan malam kononnya hanya sebagai kawan. Sedangkan bini di rumah 'kelaparan' dan di bersenang lenang di rumah urut. Awak rasa dia seorang yg akan menjaga awak?". Ternganga mulut kedua kawan perempuan aku tadi...

Aku kata pada mereka. Aku cuma lakukan apa yg aku patut aku lakukan bila org yg aku ajak utk kembali tu tak mahu utk berubah... Mereka mengangguk. Begitu juga beberapa org di meja yg berdekatan. Jejaka tadi tidak dapat dijejaki buat hari tersebut. Tapi yg pasti, setiap kali dia terserempak dengan aku, dia pasti menunjukkan kebenciannya.

Hinggalah.....

Aku terjaga dari tidur pada pukul 4.45 pagi... Hahahahaha....

Aku tak tahu apa maksud mimpi aku...

6 comments:

Author said...

nujum awit kata itu tandanya akan berbini empattt! :P

Anonymous said...

cesss...igtkan bebetul..

bzz said...

Wit, ingat2 nak lima. Tapi boleh 4. Takpe la... ok le tuh...

Tz... hahahahaha... Taknak join satu meja skali?

jetjetsemot said...

hoh..ni gosip opis bawak ke mimpi ke..lagi bes sy mimpi ari sukan...nak main lari dalam guni secara berduet dengan member..

mm..bosan..

bzz said...

Err... Huh... tu lagi susah nak tafsir tu... Cuma siapa dia tu?
kawan or 'kawan'?

jetjetsemot said...

kawan la..kawan..btol2 kawan..ahah..kemain lagi penegasan..

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...