Update - Green
Pernah tak rasa begini.
Kau sentiasa kata. Kau mahukan seorang yg berharta, intelek, menawan atau sebagainya. Kau kata pada diri sendiri, kau kata pada org lain. Sentiasa menetapkan pilihan tadi dalam diri dengan harapan ianya akan mendatangkan kebahagiaan. Dan kau kononnya tak akan berganjak dari pilihan. Semua org tahu. Dan ada yg kata kau ini agak pemilih juga orgnya. Ada juga org kata, kalau inilah yg kau mahukan alamat hingga ke hari tua pun tidak jumpa gamaknya.
Tapi akhirnya. Bila kau terjumpa seseorang. Sama ada kawan kepada kawan. Sama ada kawan yg kau tak pernah temui. Sama ada terserempak atau sebagainya. Kau jatuh cinta. Jatuh hati. Mungkin jatuh tangga. Namun, org yg kau 'jatuh' tadi tidak ada atau hanya ada sedikit saja ciri yg kau mahukan. Tapi kau tak kisah. Kau masih jatuh. Org kata, dulu kata lain sekarang kata lain. Kau kata, "aku tak tahu kenapa, tapi aku jatuh."
Bila kau berpisah. Kau kembali pada yg asal. Mahu yg sebaik-baiknya. Mahu ciri-ciri yg pertama. Tapi sekali lagi kau terjumpa seseorang. Yg menyenangkan. Tapi tidak punyai ciri yg kau mahukan. Sekali lagi kau terjatuh. Kali ini yg benar. Walaupun dia tak ada apa yg kau mahukan. Tapi kau tak kisah semua ciri yg kau laungkan. Terlupa dengan apa yg kau idamkan.
Kerana kau bahagia dengan apa yg kau tak dapat terangkan. Perasaan yg susah digambarkan. Umpama hidup dalam lamunan...
............Pernah terjadi atau merasa macam tu? Sebahagiannya. Atau cerita dari org lain?
Idea dari salah satu cerita di dalam buku BLINK
Contoh... (Update)
Ianya seumpama pergi ke Jusco. Mahu membeli beg berjenama Guess. Atau sekurangnya Elle. Kalau boleh dimatchingkan dengan baju baru berwarna ungu. Mahu juga berlambang sebesar buah oren. Tapi bila di Jusco. Semuanya nampak cantik. Sama, serupa. Tapi terpandang pada rak sebelah. Diskaun 20%. Jenama Ahhong Leather. Begnya simple dan biasa. Tiada lambang sebesar buah oren. Tiada purse kecil. Tiada warna yg menawan. Harganya lebih murah. Tidak dipandang oleh kawan yg bersaing-saing. Tapi.. Kita berkenan. Kita mahukan. Dan kita bangga bila menggunakannya walaupun org akan nampak. Itu bukan diri kita dan bukan kemahuan kita selalu. Org tanya, "Kau dah tak pakai guess? Kau takde duit? Kau kan tak suka fesyen ni? Tak matchinglah dgn baju kau". Kau buat selamba. Kau suka. Tapi kau tak dapat terangkan kenapa... Fahamkan?
Note - Dlm blink ada cete pasal kebarangkalian seorang Dr kena saman. Kebarangkalian utk bisniz dengan berjaya. Kebarangkalian utk tersalah memangkah ketika mengundi (cete Presiden US paling teruk - Warren Harding)
Ada org salah faham cerita aku. Ke bahasa aku yg puntang-panting? Hahahaha...
Wednesday, March 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
paham.. lenkali tulis lagi ye.. bleh menompang ilmu pengetahuan ko
erm..paham2...kalu dah suke, NO REASON diperlukan..kan..
tz... boleh... ngak ada masalah sih...
Jett... yupyupyup... Mari nyanyi lagu The Reason - Hoobastank.
Post a Comment