Sunday, March 09, 2008

Pilihanraya 2008 : Review (4)

NOTE
Ini adalah personal view dari aku.
So no hard feeling okay incase kalau apa yg aku katakan tidak sama dengan apa yg kau mahu atau percaya.



Review No 3 - 11.15pm - Final for the time being...

He won't resign. Yup, Imam hadhari takkan resign!

Malaysia PM won't resign despite poll debacle

Seperti yg dikatakan oleh Dato Kadir Jasin, inilah masanya untuk kita berterus-terang pada dollah. Dia yg harus dipertanggungjawabkan atas kemenangan kecil BN di parlimen dan kekalahan besar BN di negeri. Namun, sperti yg diketahui oleh ramai org, seorang imam juga mempunyai kelemahan. Dan kelemahan yg terbesar imam hadhari adalah bila dia tidak tahu kelemahannya.

Menjadi lebih malang apabila tidak ada org yg rapat dengannya yg mahu memberitahunya kelemahannya. Sama ada disebabkan kepentingan peribadi atau sebagainya. Yg jelas, sikap tidak berterus-terang mereka pada seorang PM telah memakan diri masing-masing.

Sesetengah orang mengatakan Paklah adalah seorang yg bongkak dan terlalu meninggi diri. Sukar untuk mempercayai sesuatu yg buruk mungkin disebabkan tiadanya langsung sikap pesimis dengan keadaan yg ada. Memang betul, optimis dengan setiap yg berlaku itu bagus. Tapi terlalu optimis juga bakal mendatangkan masalah. Lebih menjadi masalah kalau yg mendengar itu seorang yg tiada berotak dan suka dipuji.

Sikap 'saya sokong' masih lagi diteruskan. Sabah masih lagi menyokong PM. Pastinya ia bukanlah disebabkan faktor koridor. Malah big-gun yg kalah juga masih lagi menyatakan sokongan pada paklah. Kenapa? Adakah mereka masih lagi berharap untuk menjadi senator? Kenyatakaan sokongan begini yg mengakibatkan seorang yg tidak sedar diri tak mahu turun dari takhtanya. Dan kenyataan sebegini yg buat dirinya yg 'kebal' dari sebarang kritikan tidak berasa tertekan.

Dapat dirasakan, sebahagian besar rakyat mahukan paklah meletakkan jawatan secara terhormat. Seperti yg dikatakan oleh Tun, dia sepatutnya mendahulukan parti dan negara lebih dari dirinya. Namun, akibat kepala yg lebih keras dari sebiji kelapa, dia tidak melakukan yg sepatutnya. Dan media masih lagi tidak menyatakan atau menceritakan sebarang ketidak puashatian penyokong BN padanya secara jelas. Yg ada hanyalah kenyataan dari Tun.

Dalam masa yg terdekat ini, semua akan memerhatikan. Apa yg akan dilakukan paklah. Apa yg akan dilakukan Kj, tingkat empat dan org yg rapat dengannya. Org akan memerhati siapa akan dilantik dan siapa yg ketinggalan. Adakah mereka org yg sentiasa memuji tanpa usul periksa atau org yg jujur. Semua ini akan diambil kira oleh penyokong dalam BN sendiri.

Jika paklah mengambil keputusan untuk melantik Kj menjadi menteri atau timbalan menteri, maka keputusannya akan menimbulkan ketidakpuashatian yg lebih besar. Mungkin tidak berapa kelihatan, namun kesannya pasti ada. Seharusnya, dia melantik Mukhriz menjadi menteri atau sebarang jawatan lain bagi memujuk kembali sebahagian penyokong Tun yg anti paklah untuk kembali bersatu. Semuanya akan diambil kira.

Rakyat juga akan memerhati, siapa yg akan menjadi menteri kabinetnya. Kerana ada kabinet yg lepas telah kalah. Kaum india akan memerhati, siapa yg bakal menjadi Menteri kerja raya. Mungkinkah menteri tersebut akan mempengaruhi MIC? Siapa pula yg akan diangkat di Gerakan? MCA? Berapa banyakkan senator yg dilantik akibat pilihan yg kecil? Semua akan diperhati.

Jika diingat balik semalam. Kebanyakkan komen dari BN akan menyebut "Post mortem dan mesej". Pada aku, post mortem saja tanpa tindakan tidak berguna. Tidakkan harus drastik dan mengejutkan. Mesej mungkin hanya diketahui oleh sesetengah org, tapi bagi org yg dungu seperti paklah, mesej seperti ini tidak berguna. Kerana dirinya telah dilindungi oleh antibiotik tidak berguna yg hanya tahu mengampu dan mempergunakan dirinya.

Sekarang adalah masa untuk melihat apa yg telah berlaku. Dan apa yg bakal berlaku. Adakah ianya utk BN atau utk rakyat. Buat... Atau mati!

So, aku berharap sebabahagian besar pemimpin UMNO melihat dengan lebih jelas. Buatlah undi tidak percaya pada presiden parti kalau mereka masih benar2 sayangkan UMNO. Jika tidak, mereka akan menjadikan keadaan lebih buruk lebih-lebih lagi apabila pembangkang telah menguasai negeri yg kaya utk mereka jadikan modal.

Sayang macammana kamu pada seseorang, tinggalkan sedikit perasaan benci. Benci macammana pun kamu pada seseorang, tinggalkan sedikit perasaan sayang. Mungkin yg akan datang itu bakal membawa kebaikkan.


Review No 3 - 5.15pm
Balik dari kenduri rumah nik. Tidur still tak cukup. Hanya 2 jam saja sejak semalam. Need more rest. Before aku boleh wat pape...

Aku nak tidur...


Review No 2 - 11.33am

"Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang." - Petua dari ibu Tun Mahathir kepadanya.


Atas nasihat ini Tun berhenti menjadi PM walaupun di masih lagi berada dipuncak. Apabila dia turun dari jawatan PM, sebahagian besar rakyat menyanjunginya. Malah ada sebilangan kecil penyokong pembangkang menghormatinya. Kehilangannya amat dirasai oleh sebahagian besar rakyat. Ada juga budak kecil yg masih Mahathir masih lagi perdana menteri malaysia walaupun sudah bertahun perletakkan jawatannya berlaku.

But not for this birthday boy... - MIC chief Samy says goodbye
Now you know that rakyat really don't need you anymore. Actually Mr Samy, you have your time to do it longggggg ago. At times when people still respect you. So now, what will happened to you?

Even PakLah can't help himself! So there's no way he should bother about you...


Note : Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar pada pukul 11 pagi di kediamannya. Nantikan komennya yg tajam, pedas dan menyakitkan hati Paklah...



Review No 1 - 10.45am

Siakap senohong
Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong
Lama-lama hilang undi


"Recently (as of October 2006), Mahathir accused Abdullah of having developed a habit of lying" - Wikipedia - No 16

After tidur selama hanya HAMPIR 2 jam pada pagi ini. Aku bangun. Dengan tiada mood utk berhibur hari ini akibat kekurangan tidur (beware...). Aku fikir...

Mungkinkah kekalahan besar BN disebabkan pemimpin bercakap bohong? Bohong pada rakyat, bohong pada statistik ekonomi kononnya rakyat hidup dengan lebih baik. Bohong pada pemimpin yg lepas. Dan juga bohong pada tuhan?

Macam seorang suami. Bila dia selalu menipu isterinya. Sekali dua boleh dimaafkan. Kali ketiga mungkin terpaksa membeli bunga. Kali ke 5 terpaksa membeli rantai untuk memujuk. Kali ke 10, sebulan 'berpuasa'. Selepas itu... "Abg saya dah tak tahan, saya sayang abg. Tapi saya tak mampu untuk teruskan apa yg ada." Isteri fed-up. Dan dia hilang semuanya. Semuanya disebabkan penipuan.

Think about it! Now, even Islam Hadhari can't even save it...

Note - Still tak puas hati sebab Nazri Aziz menang.

2 comments:

Anonymous said...

HOPEFULLY PAKLAH LEH LTAK JWTN MCM KOH TSU KOON...berani tanggung kekalahan...!!!!

bzz said...

tinggal harapan

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...