Wednesday, March 05, 2008

Petunjuk


Dah lama tak buat macam ni. :-)


Petunjuk ku petunjukmu

Bila kita minta.
Allah kabulkan.

Bukan untuk semua.
Tapi kalau ikhlas, mungkin kita akan terima jua.

Ada masanya, kita minta petunjuk.
Untuk pilih antara satu atau dua.
Minta diberikan jalan, jalan yg mana kita mahu.
Ada masa petunjuk yg diminta bukan yg kita mahu.
Ada masa itulah yg kita mahukan.
Ada masa, ia maksudnya kekaburan tapi kita terima dengan hati terbuka.

Ada cerita, bila petunjuk diberi.
Tapi tak dilaksana.
Mahu pilihan kita juga.
Akhirnya ada yg tidak kena.
Sudah terlepas apa yg patut dilaksana.

Begitu aku.
Begitu engkau.
Kita minta petunjuk.
Ada yg kena, ada yg tidak kena.

Namun yg aku pasti...

Kalau itu yg dia berikan.
Keputusannya menyenangkan.
Difikirkan, mungkin kita terasa kehilangan.
Tapi hakikat sebenar, hati kita rasa ketenangan.
Yg tidak boleh digambarkan, tidak boleh dinilaikan.
Biarlah hanya tuhan yg tentukan.

Engkau faham apa yg aku maksudkan?

Mintalah petunjuk yg terbaik.
Untuk dirimu.
Untuk keluargamu.
Untuk agamamu.
Untuk negaramu...
Semoga yg datang terbaik utk semua.


Mungkin dari petunjuk hadirnya pengalaman yg tidak terduga.
Ada yg untung dan ada yg rugi.
Selagi aku boleh jadikan kerugian aku utk kebaikkan mu.
Akan aku lakukan.
Biarlah aku yg terasa kerugian dan kehilangan.
Agar tidak kau rasakannya nanti.......



bZz - 1.05am 050308

4 comments:

jetjetsemot said...

woooow..

applicable to me~

Author said...

tetiba terasa insaf plak,
tp seploh saat je la, haha :P

Anonymous said...

betul tu...
aku tidak laksanakan petunjuk itu dulu... tapi.. semalam aku laksanakan utk diri aku..untuk keluarga..untuk agama..untuk anak² aku nanti..

keluarga aku nasihatkan aku.. tinggalkan dia.. akhirnya.. aku akur..babai utk kekasih hati aku...

=)

bzz said...

jodoh dan ajal tuhan yg tentukan. But kita boleh pilih sebaik mana kita nak harunginya. Kan?

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...