Melepak kat rumah Ing kat Senawang. Sesambil mencari rumah sewa utk ing yg akhirnya dipau oleh ing gak. Iskk... Takpe... boleh survive.
tukar topic...
Last month beli Lord of the Rings - Fellowship & Return of the king. LOTR best, tapi kengkadang kene bukak kamus yg menyebabkan aku malas nak membaca. Tak macam Hobbit yg lebih simple bahasanya. (ehhh bile aku beli buku Men are from mars aaaa???)
Itu last month, this month aku beli lain. Aku beli petang jumaat Kat borders. Bukunya ada 3 versi. 1 hardcover yg mahal. 2nd tu yg besar sket, tapi tak mahal sangat. Kulitnya tak nampak moden dan typo dier besar sikit. Mata tak sakit baca. Then yg versi yg murah. lebih murah dari 4 bulan lepas. (maybe ringgit naik compare ngan USD). Aku fikir2... Beli yg mahal sket la. Cam coraknya takde le fancy sgt. Terasa intelek pulak bile aku memegang buku bercover macam nih. Hahahaha...
So ape bukunya?
Ini dier... Blink - Malcolm Gladwell. See aku tak tipu yg aku beli buku ni. Belakang tu tv ing tgh tunjuk snooker punya games William lawan saper ntah...
So buku ni pasal ape? Ermmm Mana aku nak terang abis. aku baru baca dlm 60 pages. Kalau tak asik tgk TV, bola, cari rumah, makan and main gitar. Boleh le abis kot. Takpe, minggu ni abis. Menarik cetenya.
Dia menceritakan pada kita cara macam mana kita boleh ambil keputusan secara cepat dan tepat. Maksudnya, ada org makan masa berjam or berpuluh minit utk buat sesuatu keputusan or tahu sesuatu maksud. Tapi, dgn cara yg betul, kita boleh buat keputusan lebih cepat. Sekilas pandang, kita dah tahu.... Awek atau bapok. Lebih kurang macam tu la. maybe dengan cara melihat, mendengar or etc. Selalunya snap decision tu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor tertentu.
Macam dalam cerita pertama. Menceritakan macam mana satu org ni terpaksa mencari pakar utk pastikan arca yg dier nak beli tu original dan berusia beribu tahun. Makan masa yg lama utk cek. nak cek saja menghabiskan masa dan modal yg byk. But, bile dah camtu, dtg seorang yg agak pakar. Sekilas pandang dier terus kata... "Dah bayar? Kalau belum bayar jgn bayar. Kalau dah, cuba dapatkan balik duit.". Katanya dier dpt rasakan arca still' fresh'. cek punya cek, memang itu bukan mende lama. Bukan zaman Rome etc. Katanya, dia dapat rasakan, mende alah tu tak tertanam lama macam yg sepatutnya. Alah... macam erra fazira pakai mekap n nampak gemuk. Kita tahu, tu bukan gemuk betul.... Macam tu la...
So macam mana dia buat... Haaa.. baca...
Org kata... Kalau aku baca byk buku pun bukan boleh jadi pandai. Bukan boleh naik pangkat ke ape. Bukannya ada faedah pun. Lagipun, kalau ikut muka aku. Memang muka malas nak membaca.
Aku kata... aku baca sebab aku nak baca. Bukan sbb nak pandai ke ape. Sbb aku nak baca. Baca buku camni, novel yg aku suka, biography, majalah komputer, photography, cleo, cosmopolitan, anjung seri, mastika, wira tunggal, alam perwira or ape je yg menarik dan boleh dibaca free kat borders, mph or popular.... Hahahaha...
Lagipun... Surah pertama yg diturunkan dlm Quran menyuruh kita membaca.... So marilah membaca...
So ape cete korang this weekend?
Sunday, March 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment