BILA
Bila kita mencintai seseorang,
Katakan padanya sebelum dia dimiliki
Bila kita rindukan seseorang,
Katakan padanya sebelum dia menghilangkan diri
Bila kita terasa kehilangan seseorang,
Carilah, sebelum kehilangan tadi tidak ada rasanya
Bila kita dilanda kekeliruan
Ubatlah, sebelum ianya melarat dan membebankan
Bila kita menyayangi seseorang,
Tunjukkan sebelum kita mungkin membenci dirinya
Bila kita membenci seseorang,
Maafkan, mungkin kita akan menyayangi dirinya
Bila kita keseorangan dan kebosanan,
Carilah seorang kawan yg mempu menghiburkan
Bila kita mencuba, segala masalah ada ubatnya
Tiada dua, satu pasti ada
Tiada tiga, dua pasti ada
Hanya bila kita menerima, ketentuan tidak terlaksana hanya dengan alasan...
Amacam? Ok tak ending entry aku utk hari ini dan utk weekday ni? Faham ke maksudnya? Hahahaha...
7 comments:
g dating ea..
weh..what's with the white font..tak nampak la ei..sat2..nak kne squint dolu ni..try smule yeh..
"Hanya bila kita menerima, ketentuan tidak terlaksana hanya dengan alasan..."
tak paham part ni..urgent explanation needed..
cun ar..
dh boleh pecat a samad said :P
Tz,
takde dating aaaa. Just macam falsafah je... Hah bile ko nak belanja bonus?
Awit,
tu la nak try apply keje kat DBP - Dewan Berbahasa dan Puaka
Jett,
Cth-Sy ditawarkan kerja yg sy tak suka. Sy rasa akan gagal jadi pekerja yg baik sebab kononnya itu bukan bidang sy.
Jadi sy bagi pelbagai alasan utk tak terima tawaran tadi. Sedangkan, mungkin itu ketentuan yg sebenarnya akan membuat sy lebih berjaya dan cekal dlm hidup. Sy tahu ada baiknya mencuba, tapi sy taknak.
Maka dengan alasan tadi, sy akan tetap pada takuk yg sama. Secupak takkan jadi segantang... BILA kita tak mencuba...
erm..secupak takkan jadi segantang kalau TAK MENCUBA...
tengs~
Sesame...
Post a Comment