Friday, February 22, 2008

Tak Serupa DAN Tak Sama


Seiko : Satu jenama jam yg bermutu tinggi. Jenis yg original tidak dijual di Petaling Street.
Seekor : Menunjukkan wujudnya satu binatang. Tapi binatang tersebut tidak pula memakan seutas jam!

Samsung : Satu jenama alat elektrik dari Korea Selatan yang tak terlibat dalam pertelingkahan antara Korea Selatan dan Utara.
Samseng : Satu kumpulan yg tidak mengeluarkan barangan elektrik. Pernah bergiat cergas di Kampung Dusun. Memanggil mereka "Samseng Kampung Dusun"

Pemain DVD National : Jenama pemain DVD dari Jepun. Amat bermutu tinggi.
Pemain Nasional : Pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang tak pernah berasa malu walaupun rangkingnya tak pernah menaik. Tidak bermutu.

Sotong Kangkung : Sejenis makanan ala-ala rojak petis. Sotong di tambah dengan kangkung dan diisi dengan kuah petis. Sedap!
Sotong, Kongkang : Kedua-duanya sejenis binatang. Tak pernah bersaudara mahupun berjumpa. Sotong tak boleh panjat pokok, dan kongkang pula tak reti berenang.

Best Denki : Satu kedai alat elektrik yang anda boleh cari di OU, Midvalley, Mines dan Times Square. Menawarkan harga yg murah.
Best Dengki : Sikap orang yg tak pernahnya menjadi baik. Asik nak mendengki saja kerja. Tak kira dengki kawan atau adik-adik yg kecik. "Aku kan abang.". Tidak perlu dibayar untuk mendapatkannya. Cukup dengan memiliki hati yg busuk.

Keris : Satu senjata yg selalu dicium oleh ahli-ahli Umno. Kononnya dia mempertahankan melayu. Kemudian menjerit, "Hidup Umno!"
Kriss : Satu model motorsikal yg di keluarkan oleh Modenas. Setakat ini, tidak pernah terlihat lagi akan Hishammuddin atau Khairi mahu mencium motorsikal Kriss di mana-mana majlis Umno.

1 comments:

Author said...

heh, teringin gak tgk kj cium motor kriss.. :P

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...