Well, aku fikir. Kenapa ada masanya org yg sayang kita tu buat something yg dier rasa kita akan gembira tapi kita tak juga gembira. Kenapa? Kenapa ada masa kita cuba untuk rasa gembira dengan apa yg org tadi buat tapi kita masih tak mampu untuk rasa gembira. Kenapa??
"You're trying too hard to make me happy"... Don't...
Kengkadang aku fikir. Bila aku cuba utk buat org lain happy. Belanja makan yg enak2. Buat itu ini, belikan itu ini. Buat lawak. Semua. But not enough. Penerimaan macam biasa. No flattered ke ape. Tapi kengkadang bila aku tak cuba, buat cam biasa dengan cara yg natural. Kengkadang caranya sangat bodoh. Org lain boleh terima lebih dari apa yg aku cuba awalnya. Flattered.
Why? Adakah sebabnya bile aku cuba dengan sedaya upaya tadi nampak seperti tak ikhlas? Tak natural dengan diri aku? Nampak terpaksa? Or org yg terima tu rasa dirinya terpaksa?
Tu lah...
Dari pengalaman yg lepas2. Kengkadang, belikan aiskrim. Murah. Kat tepi jalan or kat tepi mana2. Dari pakcik yg kedainya diatas motor. Dikatanya romantik. Tapi bile belanja Haggendaz (ko betulkan ejaannya), tak pulak dikata romantik. Bising sbb abis duit ada la!
Macam cerita semalam. Lelaki ingat dirinya bagus. Lalu memberikan nasihat dan petunjuk buat perempuan yg tak perlukannya walaupun perempuan tadi mempunyai masalah. Bila nasihatnya tak diterima, lelaki tadi terasa kecewa. Maklumlah, nasihat seorang suami yg tak laku.
Don't try too hard. She just want you to listen. Kalau kita dengar masalahnya. Hug kalau kau rasa masalahnya agak berat. Surely... Dia akan kata... "You make my day". Sama juga sebaliknya....
Maka aku terfikir.
Katakan la couple or husband n wife bergaduh. Either lelaki atau perempuan tadi cuba sedaya upaya untuk perbaiki keadaan. Kononnya dengan memberi perhatian khusus. Atau mungkin dengan perbuatan yg nampak sangat nak memujuk sedangkan satu pihak lagi tidak mahu dipujuk. Maka ianya akan menjadi lebih serius. Sedangkan, akan datang org lain sama ada lelaki atau perempuan lain. Yg lebih bersikap normal, tidak memujuk atau memberi nasihat. Maka pihak ke-3 ini akan mendapat tempat yg lebih khusus. Percaya atau tidak ia akan terjadi sebegini?
Percayalah...
Note : Arghh.... nak batuk nak batuk nak batuk...
Friday, February 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
buku tu macam best la..
Beli tz jgn tak beli...
Post a Comment