Thursday, February 21, 2008
Jerangkung Dalam Almari : Cakap2 & Nasihat2
Mesti pernah dengar kan. Org akan kata, "Lelaki memang macam tu, masa baru berkenalan, jalan pun taknak berenggang. Nanti bila dah ada anak 2-3 orang. Jalan tinggalkan bini 1km kat belakang". Selalu tak dengar macam ni? Kan? Aku percaya, nearly 3/4 lelaki yg aku pernah kenal akan jadi lebih kurang macam ni.
Tapi yg ini korang tak pernah dengar. Yg pernah dengar cuma aku sorang je. "Dier seorang kawan yg baik, but not enough to be a very good boyfriend"
Akak-akak, adik-adik... Agak-agaknya tahu tak kenapa jadi camni?
Ok, biar aku fotosintesiskan dari buku Mens are from Mars, Women are from Venus. Dari bab yg awal2.
Ok... Perbezaan antara lelaki dan perempuan. Kebanyakkan perempuan, bila dier ada masalah, dia akan cuba cerita masalahnya. Lagi byk masalah, lagi banyak ceritanya. (Sebab tu slalu kita dengar group2 masa lunch). Dia tak kisah sama masalah tadi dapat disettlekan atau tak, yg penting, bila dapat ceritakan pada org lain, masalah tadi semacam dah disettlekan. Walaupun ia masih lagi masalah. So besoknya, dia akan cerita lagi.
Ini jauh berbeza dengan lelaki. Lelaki kalau ada masalah, dia tak cerita, dia akan cuba selesaikan. Duduk senyap dan cari jalan untuk selesaikan masalah tadi. Macam cerita haritu, dia balik ke guanya utk mencari jawapan. Lelaki senyap dalam mencari jawapan. Dia tak bercerita. Malah takkan minta pendapat dari isteri atau aweknya. Kalau perempuan nampak suaminya tiba-tiba pergi bersukan atau buat sesuatu yg dah lama tak dibuat. Senyum. Dan puji. Tak payah la cakap, "Abg ni buang tebiat?". Mungkin dia nak larikan diri dari masalah. So jgn cari masalah.
....So kita balik pada kes kat atas. Kenapa masa couple dia org mesra, tapi bila dah ada anak dia org berenggangan.
Assume, aku nak berkenalan ngan kau. Aku tak apa pasal diri kau. Bila kau (perempuan) bercerita pasal masalah. Aku dengar tak? Aku akan dengar. Sebabnya aku tak kenal kau. Masih dalam proses untuk mengenal diri. That proses akan ambil masa yg lama. Lagipun masa tu masih hangat. Masih tersipu-sipu malu bila berjumpa.
Dan kau pula, bila jumpa aku. Kau ceritakan tentang diri kau. Macam yg aku kata. Perempuan appreciate bila lelaki 'mendengar'. Dah pasti aku tak banyak tanya pasal masalah. Sebab aku tak kenal kau. So kau appreciate aku sbb aku bebetul memahami. Yelah, aku tak mencelah cakap kau, tak bagi cadangan (baru nak kenal camne nak bagi cadangan).
Sama juga dengan aku. Kau tu tak kenal aku. Masih lagi tiada masalah. Masih baru. Jadi bila aku senyap atau sebagainya. Kau tidak bagi cadangan. Sebabnya kau tak tahu apa cadangan yg sesuai dengan aku. Lagipun, seperti perempuan lakukan pada perempuan, bila kau cuma dengar. Dan aku pula tak terasa yg diri aku seperti menerima arahan.
Skip 2-3 tahun.
Bila dah berkahwin. Aku dah kenal kau dan kau dah kenal aku. Tahu masalah masing-masing. Kau balik kerja dan berjumpa aku. Nak menceritakan tentang rakan sekerja yg macam celaka. Maka kau pun mula bercerita. Sebaik saja meletakkan beg di atas sofa. 1st, maybe aku akan dengar. Tapi disebabkan aku dah lama kenal, reaksi seterusnya aku mungkin akan memberikan cadangan. Almaklumlah, sebagai lelaki, lelaki suka kalau dirinya rasa dihargai. Rasa berkuasa sebab mampu memberikan bantuan pada bininya. Sedangkan... Hakikat yg sebenar, kau cuma nak bercerita. Maka kau kecewa sebab aku memberikan cadangan yg TIDAK diperlukan.
Mungkin juga, aku buat tak kisah. Mungkin disebabkan aku sendiri ada masalah. Macam yg aku kata tadi, lelaki bila ada masalah, dia cuba selesaikan dan dia akan duduk senyap. Dalam menghadapi masalah aku tadi, tiba-tiba kau datang dan ceritakan masalah diri kau. Yg kadang-kadang kecil saja berbanding aku. Aku ignore dan kau kecewa. Kau kata aku tak mendengar. Ya aku dengar, tapi bukan 100%. Sebab aku tengah masuk ke dalam gua aku.
Mungkin juga, aku kecewa. Sebab dengan kau ceritakan masalah tadi. Aku menganggap kau menyalahkan aku atas apa masalah yg kau hadapi. Contohnya bila kau ada masalah, maka timbul cerita kecil yg seakan besar yg patutnya tidak diceritakan. Tapi disebabkan bercerita utk memuaskan hati kau maka kau kata, "Awak bunga kat luar tu. Dah layu. Air tak cukup.".
Pada aku itu bukan masalah. Kau ceritakan pasal bunga tadi utk melepaskan masalah tadi pada aku. (baca yg di atas2). Yg aku dengar bukanlah cerita kau. Aku lebih faham yg, "Awak ni pemalas, taknak siram air kat bunga tu sampai bunga tu layu. Mende senang pun tak boleh buat ke?". Itu yg lelaki akan register dalam kepalanya. Maka... Aku akan lari dari situ dan berambus.
Akhirnya, aku sangka kau menyalahkan aku. Malah aku anggap kau membebankan kepala otak aku yg penuh ngan masalah kerja, anak, nafkah, rumah dan semua dengan cerita masalah bunga layu kau dan akak di opis yg asyik pergi minum tadi. Dan kau pula terasa sebab aku buat tak layan bile kau nak cerita something. Malah kau juga kecewa, sebab tak seperti dulu, aku sekarang dah tahu untuk menasihatkan kau (which kau tak minta). Yg sebenarnya kau cuma nak aku dengar.
Oh... Ada masa, kau faham aku ada masalah. Aku senyap cuba menyelesaikannya. Dan kau pula tahu apa masalahnya. Dengan senang hati. Dan dengan beranggapan, "Aku isteri yg baik". Maka kau berikan cadangan atau idea utk selesaikan masalah tadi. Silap kakk... Silap... Remember, lelaki itu ego. Kecuali aku minta bantuan dan pendapat, barulah kau buat macam tu. Kalau tidak, JANGAN tunjuk terlalu baik. Mungkin nanti kau dapat tahu, yg mana yg patut kau tolong, mana yg tidak. Biar dia selesaikan masalahnya. Pernah berlaku?
So masalah yg kecil menjadi semakin melebar. Sampailah... "Ahh lelaki memang macam tu. Dah kawin bini tinggal kat belakang".
Fahamilah......
...........Sebenarnya, kalau perempuan paham. Lelaki tak macam tu. Tak semua lelaki sengaja nak meninggalkan isterinya jauh dibelakang. Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab suami. Gajinya utk dirinya, isterinya, keluarganya, anak-anak. Wajib... Bayangkan. Bila keluar ke Midvalley, bila isteri di tepi. "Abg, baju saya dah ketat", "Abg pampers dah abis, kita beli yg lain. Yg lama tak berapa baik". Lelaki taknak pening kepala dengan masalah camtu. That's why lelaki larikan diri.
Kalau lelaki faham. Tak perempuan bercerita tentang masalah bukan untuk menyalahkan dirinya. Bukan juga dia bercerita untuk meminta pendapat. Perempuan bercerita sebab dia sememangnya hendak bercerita. Untuk hilangkan msalahnya. Caranya memang 180 darjah berbeza dengan lelaki, tapi itulah caranya. Kalau kita tak mampu nak menjadi pendengar yg baik. Just berlakon yg kita mendengarnya dengan baik. Anggukkan kepala sambil berkata, hmmm, ya, lagi, lepas tu. Mata turut terlibat dalam lakonan tadi. Itu saja...
.... Aku ni tak tahu ape. Just menceritakan dari apa yg aku tahu.... Dari sebuah buku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tepat sekali wahai encek apis..
selagi dia boleh selesai masalah tu..dia akan cuba.. jika dia da rase give up.. dia baru cari aku.. aku akan cakap.. masalah kecik je ni..
itu la lelaki yang aku kenal selama ini..
kerjaya adalah no 1 bagi dia.. so kalo dia tak pedulikan aku tu.. paham2 je la.. sib baek aku bukan kaki rajuk..kalo tak..lame da clash kot..
Sekali merajuk lelaki sayang.
2 kali, lelaki pujuk.
3 kali, lantak la...
Post a Comment