Monday, January 28, 2008

Fakta Rahsia Rasmi

Dengan bangganya aku telah dicop oleh Jett. So ni aku buat la nih... Harap maklum, hari isnin kepala otak aku masih lagi bermimpikan yg aku tgh baring sambil buka cnn mahupun cnbc sewaktu kol 2 nih.


The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they've been tagged by leaving them a comment on their blogs.



Fact about me

1. Nama 'bzz' dengan nama sebenar aku berbeza sebanyak 11 huruf. Tapi dlm 11 huruf , cuma 'Z' saja yg sama hurufnya. Pelikkan? Lebih pelik kalau aku kata ayah aku tak pernah daftarkan 'bzz' dekat JPN mahupun imigresen.

2. Aku boleh makan sushi. Boleh makan ikan mentah kat ikea yg berselera swedish. Tapi aku takleh makan ikan keli goreng yg mak aku masak. Lebih pelik lagi kalau aku kata aku pernah demam sebab mak Nan tipu aku kononnya ikan yg aku makan tu ikan laut. Padahal ikan sungai. Miong kejap kepala otak aku.

3. Aku tak suka menjawab telefon dari org yg aku tak kenali. Lebih2 lagi pada masa yg tak kena. Contoh, pukul 8 pagi hari ahad, tiba2 ada panggilan yg tak dikenali. Memang aku tak angkat! Kalau jadi camtuh, sms aku, soh aku angkat... Sbb aku mungkin takde nama dia org dlm phonebook aku.

4. Aku tak reti nak mengajak awek kuar. Unless org tu dah kasik hint nak ajak aku kuar. Or aku tahu yg 80% aku berjaya kalau aku ajak kuar. So ajaklah aku kuar. Ps - Bawak budget lebih sikit aaa...

5. Berat badan aku selama 29thn setengah umur aku tak pernah lebih 54. Selalu maintain kat lingkungan 51-52. Paling berat masa aku dok sabah lepas spm. Tu pun 54 tu la. Balik sini turun semula. But... aku jadi pelik. Lepas balik dari Sarawak bulan 9 lepas. Berat aku mencanak naik. Seluar yg saiz 29 ni cam sempit. Kena beli 30-31. Malah... Berat semalam dah 56! Bahaya... Diett! (ini mesti sebab aku makan manggis ayah aku ni)

6. Aku suka lagu/music yg berkonsep punk, rock atau metal. Tak minat hiphop. Benci remix. Tapi aku boleh menyanyi lagu Biarlah Rahsia - Siti dengan baik. Siap dengan gayanya sekali. Mahu karaoke bersama aku?

7. Aku suka tengok awek yg berambut pendek paras bahu, lurus dan bercermin mata. Rasa macam comel je... Ala-ala aweks The Sims 2 aku. Nak tgk?

8. Aku jarang sekali tidur lebih dari 6 jam sehari. Jadual tidur aku dari kol 1.30 pagi smpi kol 7. Kengkadang kol 230 pagi baru tidur. Weekend... Lepas subuh la aku tidur. Kalau satu malam aku tidur seawal kol 10 (mungkin terjadi 2-3 kali setahun). Mesti mak aku ingat aku demam tak pun pms. Atau dier ingat aku tak balik rumah lagi! Hehehehe....


Aku nak tag... awit, ing, kiuk, em, tz, acik, ahsuez, samurai

1 comments:

jetjetsemot said...

oh..mekaseh la buat tag ni dan sorila sbb lambat membacanye..tak berkesempatan hinggalah hari ni..

oh..nak knal sama wanita berspek?namanye minci..sile kenal2..tp die pakai contact..rambut leh diuruskan..hahahah..sukati kome la..

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...