Wednesday, December 12, 2007

My Chemical Romance Live in Malaysia

Nk diceritakan sepenuhnya, panjang cete. So aku cete sket2...

Keadaan semasa aku smpi dah mula rintik2 hujan. Dan aku berkejaran sbb konsert dah bermula. Dipintu gate aku ditahan. Cek tiket. Dan juga diberikan baju hujan plastik. Kalau beli di 7E dlm 90sen. Aku simpan, mungkin satu masa nanti nak pakai. Konsert ape klas pakai baju hujan. Tu gi menoreh getah boleh la...

Bila smpi didalam... Beribu-ribu lemon dh bersesak2. Masing-masing mula menjeritkan lagu. Mengikut penyanyi MCR menyanyi. La la la la... Dengan lagu I'm not okay...

Aku pun menuju ke kawasan tiket aku. Biasalah, kalau org takde duit, dok kat tmpt takde duit gak la. Ehh bukan duduk, tapi berdiri. Disebabkan lambat, maka dok le kat belakang org. Nampak le sesikit. Org goyang2 badan aku pun goyang2 badan. Dah macam dangdut pun ada. Masa lagu Helena, Black Parade, Mama and... byk lagi.. Kita org nyanyi reramai. Tapi time lagu album lama... Ramai yg senyap. tulah... tak hapal lirik...


Then dikabarkan oleh kawan aku yg terpisah sebab dier dtg berjam lagi awal. Dok tepi lagi bess. Dpt tgk stage. Ermm gi la tepi. MEmang nampak... Hah... dpt mineral water jugak. Minum dan terus menonton dan menyanyi. Dan disitu aku ada nampak sorang mamat muka nerd ngan aweknya yg sedang memakai baju 'menoreh' turut menyanyi. Baru ku sedar... Rupanya, bukan mat rock je suka MCR, mamat2 skema pun sama suka. Tapi... aku bukanlah seorang penoreh getah. Aku rock!

Selepas 3-4 lagu ditepi. Aku nak ketengah balik. Ke'feel'an aku tak terasa sgt kalau aku ditepi.

So aku ketengah. Konsert pun dh nak abis. Masa tu piano tgh berbunyi. Memasing ingat konsert dah abis... So menjerit lah... "We want more, we want more"... Aku kata... Apa kata kita jerit "Kami nak lagi, kami nak lagi..."...

Dan akhirnya... Seperti yg aku jangkakan... Famous Last Words akan jadi lagu terakhir. Sib baik la aku dh berada dikelompok tgh. WAlaupun ruang kecik... tapi aku suka. Ada kehangatan konsert. Kalau ada berjuta2 lemon lagi, mesti macam woodstock. Dengan lagu terkahir. Org lompat aku lompat... Org nyanyi aku nyanyi. Macam nak tercabut gak la kepala lutut aku. Then cam biasa, kalau org dah 'kerasukkan'. Mula la adegan tolak menolak... Lompat tolak lompat tolak. Macam katak lompat...

Mamat ni tolak aku, aku tolak balik. Lompat balik. Minah ni tolak aku. Aku tolak dier balik. Mamat ni tolak aku, aku tolak minah lain. Hahahaha.. Ntah saper2... Abis lagu... pancit... Perghhh... Kalau dok depan pentas... Sure aku kene cuti soknya...

Apehal pun... Aku rasa 'hebak mu hebak'... Walaupun Gerard tak bess Joey (Good Charlotte) dari segi interaksi ngan penonton. Apehal pun konsert tu bess. Kalau dibandingkan ngan konsert New Boys... Memang jauh gile bezanya...

Cuma aku harap satu je... Apsal mlm tu tak hujan lebat lagi? Baru lagi bess!!!


After this... Maybe next year. Aku harap akan ada group lain yg bess2 masuk. Kalau pussy kat dol ke, mariah kari ke.. Tu aku tak layan... Mana tahu kan. Kot termasuk dlm mimpi dia org... Aku harap tahun depan... Tahun utk Greenday, Blink 182, Offspring, Sum 41, Simple Plan or lebih gile lagi... Metallica!

Ok... Kesimpulan... Sebelum konsert... Jgn main gitar lagu dia org... Training hafal lagunya. Kalau tak, ingat chord gitar je la...

Gambar dari org lain... SARAH , n ntah sesaper...

5 comments:

jetjetsemot said...

oh..cool..good that u enjoyed yourself..

Anonymous said...

apsal tak ajak aku....

bZz said...

Tq jett...
Tz... Tak tau... kalau tahu boleh gak ajak...

Tik Rika said...

I was there also masa konsert Mcr..bapak gila syok.Beli tiket yg 400 punya. Dapat dok baris ke 4. Kira okay dh tu..mmg hujan ms tu igt lagi sponsorship bagi baju hujan ala beg plastik kan..aku siap bwk mcm banner yg ada pemegang punya. Gigih buat sendiri...sampai 2-3 lagu habis banner jatuh kena pijak..org bertolak mcm siot je..tp aku bertahan sbb mcr. Kwn ku dah blah lepas 3 lagu..katanya sesak nafas..aku nampak muka mcr jelas juga la..mmg puas gla..cuma terfikir kalau konsert cmni mcm x boleh je nak bergambar dgn dorg blkg stage kan..unless mcm skrg ada pass vip yg membolehkan bergambar sekali. Tp harga cas asing mcm aku g konsert Simple Plan 7 Sept 16 last week...

Tapi mcr mmg epic show ever..mcm org histeria tgk konsert dorg.fuh best gila.syg skrg dh berpecah

Tik Rika said...

I was there also masa konsert Mcr..bapak gila syok.Beli tiket yg 400 punya. Dapat dok baris ke 4. Kira okay dh tu..mmg hujan ms tu igt lagi sponsorship bagi baju hujan ala beg plastik kan..aku siap bwk mcm banner yg ada pemegang punya. Gigih buat sendiri...sampai 2-3 lagu habis banner jatuh kena pijak..org bertolak mcm siot je..tp aku bertahan sbb mcr. Kwn ku dah blah lepas 3 lagu..katanya sesak nafas..aku nampak muka mcr jelas juga la..mmg puas gla..cuma terfikir kalau konsert cmni mcm x boleh je nak bergambar dgn dorg blkg stage kan..unless mcm skrg ada pass vip yg membolehkan bergambar sekali. Tp harga cas asing mcm aku g konsert Simple Plan 7 Sept 16 last week...

Tapi mcr mmg epic show ever..mcm org histeria tgk konsert dorg.fuh best gila.syg skrg dh berpecah

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...