Tuesday, November 20, 2007

Dah abang cakap...

Isteri : Abg... Abg tak sayang saya lagi ke?

Suami : Apa awak cakap ni?

Isteri : Ye lah tuh... Betul la tu. Baru sebulan kita kawin. Abg dah tak sayang saya.

Suami : Ape ni sayang? Ape yg awak merepekkan ni?

Isteri : Saya rasa abg tak hargai apa yg saya bagi.

Suami : Ehh... apa pulak. Awak masak saya makan. Ni hah, perut pun dah buncit. Asik-asik makan, main, makan, main... Naik dah. Awak belikan ape pun saya guna je... Mana boleh awak cakap camtu. Tu barang kawin semua. Mana ada saya letak kat kat tempat perhiasan je...

Isteri : Abis tu.. Tu cincin kahwin saya bagi tu. Kenapa abg taknak pakai. Simpan je dlm almari tu. Ye la tu... Kalau tak pakai cincin nanti abg boleh la ckp kat org.. abg ni bujang. Kan?

Suami : Ohhh yang tu ke? Hahahahaha... Awak ni demam ke ape? Ke dah ada isi?

Isteri : Ishhh abg ni

Suami : Org kata, biasanya lelaki ni je yg tak dengar cakap perempuan. Ambil mudah. Kalau bini cakap. Dia buat pekak je.... Rupanya awak pun sama ke?

Isteri : Ada ke macam tu. Mana ada! Ye la, lelaki la yg selalu tak dengar cakap perempuan. Kalau tak takkan le asyik perempuan je yg merana. Abg tgk jiran sebelah tu. Kesian tau akak tu. Lakinya asyik balik lambat je... Nak duduk dengan lakinya pun tak boleh... Dh la balik lambat, kengkadang takde masa pun untuk family...

Suami : Senang cerita macam ni lah... Awak tu tak paham apa yg saya kata. Kan sebelum kita kahwin lagi saya kata. Saya taknak cincin atau apa saja barang perhiasan untuk kahwin.

Isteri : Tapi cincin kan tandanya sayang.

Suami : Tak semestinya...

Isteri : Tapi...

Suami : Awak bukan tak tahu. Saya tak suka pakai barang-barang macam tu. Tak kira la cincin kahwin ke, cincin haji ke apa ke. Bukan saya dah bagitahu awak dari sebelum kita kahwin. Saya rimas bila pakai macam tu. Dah bagitahu awak jugak, saya taknak cincin-cincin ni utk kahwin. Tapi bila saya cakap awak keras kepala. Nak bagi jugak. Tapi masalahnya, saya tak suka. Bukan sebab saya nak carik perempuan lain ke ape. Sebab saya tak suka... Itu je... Awak bagi la macam mana besar ke mahal ke. Saya taknak. Alangkan jam pun selalu tinggal rumah. Apetah lagi cincin.

Isteri : Alah... Kengkadang lelaki tak dengar cakap isterinya. Macam org sebelah tu...

Suami : Tu la awak... Kata nak jadi isteri mithali. Tapi setiap masa awak dengar je cerita jiran tu. Akak tu cakap ini la. Akak tu cakap ini la. Cerita pasal laki dia la. Cerita pasal jiran-jiran lain la. Saya nak tanya awak. Awak tahu apsal laki tu balik lambat? Awak tahu kenapa laki dia tak dapat treat family dengan baik? Kalau awak tak tahu. Tak payah sampaikan cerita yg awak sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Kenapa tak tanya je laki akak tu?

Isteri : Kan akak tu sendiri yg cakap. Mesti la saya percaya. Tapi laki dia tak pernah la cerita apa-apa kat saya...

Suami : Dah tu... Kenapa awak nak kata dia bukan suami yg baik. Taknak dengar cakap isteri. Awak tak tahu. Suaminya balik lambat sebab kerja overtime. Kadang-kadang business jual itu ini. Utk bini dia. Lagi awak tak tahu. Bini dia dah tahu suaminya gaji kecik. Tapi nak benda-benda yg suaminya tak mampu nak beli. Tapi sebab sayang bini la dia kerja balik lambat. Tak pernah pulak dia complaint dia penat nak bagi itu ini utk bini dia. Tak pernah pulak saya dengar lakinya ngumpat pasal bininya?

Isteri : Tak percayalah...

Suami : Tak percaya? Masa awak borak2 kat tembok tu... Cuba tanya laki akak tu kerja apa. Kemudian pergi masuk rumahnya. Bandingkan dengan rumah kita. Saya yg gaji 2-3 kali ganda dia pun tak mampu belikan awak barang macam tu tau... Bayangkan. Beli pinggan mangkuk beribu-ribu lepas tu letak je jadi perhiasan. Tak dapat apa yg dia nak nanti nak merajuk. Dah terpaksa lakinya cari duit lebih. Dah dpt macam tu, masih lagi nak mengutuk lakinya... Isteri yg baik ke tu? Untung la lakinya ni bukan kaki ambik rasuah. Kalau ambik rasuah sebab bini macam mana? Cuma tanya suami dia dulu sebelum cerita kat orang lain... Awak faham?

Isteri : Hmmm...

Suami : Terpulang la kat awak nak paham ke tak ke. Saya tak kisah. Saya dah bagitahu awak kenapa saya taknak pakai cincin. Bukan sebab saya tak sayang awak. Then lagi satu... Kalau awak rasa tak puas hati dengan saya. Tanya saya. Tak payah nak cerita kat jiran. Mintak pendapat... Kalau saya tahu awak ngumpat saya belakang saya... Ada la nanti awak dapat adik lain.

Isteri : Tapi...

Suami : Ape? Dah cerita pasal cincin tu??

Isteri : Ha'ah...

Suami : Ok... Besok.. awak jumpa isteri dia. Cerita apa yg saya cerita ni. Termasuk sekali apa yg dia patut tahu pasal lakinya. Macam mana awak nak cerita, nak borak tu saya tak tahu. Saya tak pernah borak2 kat tepi tembok.

Isteri : Alah... Susahlah macam tuh...

Suami : Apa susah.. Kalau awak nak. Senang je. Tapi saya rasa... Lagi senang kan awak duduk tepi tembok tu sambil dengar jiran sebelah tu ngumpat pasal lakinya, pasal orang depan. Kan?

Isteri : ...... (masam muka)

Isteri : Saya minta maaf bang...



Boleh jadi skrip drama swasta tak? But in reality... Kalau aku tahu bini aku esok kerjanya asik mengumpat aku... Aku kasik hadiah kat dia... Aku kasik 'madu' yg boleh sumbat mulut dia. Bagi senyap. Betul nih...

4 comments:

jetjetsemot said...

uih..gile drama swasta..dapat bape buat skrip ni?

haha..lawak2..

bZz said...

x dpt lagi payment. tu pasal kita org buat mogok ni. Almaklumlah. saya kat holiwut nih...

jetjetsemot said...

haha..hati2..holiwut tak lama lagi nak terbakar..ade arsonist kat situ..suke men api..

bZz said...

hahaha... org sini suka main bunga api smpi jari putus.

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...