Friday, November 02, 2007

360 - 0 to 0 to 0

Cerita ni bermula dari 360. Bukan xbox 360 aaa.. Tapi rancangan 360 kat TV3...

Ntah macam mana beberapa hari lepas aku boleh terbuka TV3. Selalunya, tv1,2,3 tu... stakat buat tgk berita je, tapi aritu aku tgk pulak. So aku buka la rancangan 360 nih. Si marzidul menceritakan pasal kisah mangsa gempa bumi kat Indon (bulan lepas).

Ada satu part nih... Ada satu keluarga. Rumah baru dia org baru je siap. Nilainya... Wowwww!!!! 83juta... Rupiahh... Tapi bila dilanda gempa bumi, rumah baru tu musnah. Runtuh hampir keseluruhannya. Bila kru dtg, makcik ni kata... "Manusia dilahirkan tanpa apa-apa harta. Kemudiannya kita cari harta tadi. Kemudian bila ditimpa bencana, kita kembali dengan tiada apa-apa. Kalau dulu kita boleh hidup, sekarang juga boleh hidup. Setiap yg berlaku itu ada sebabnya. Kita redha"...

Then ada lagi satu... Ada brother nih. Pun sama. Walaupun dia nampak sedih, tapi dia kata ujian tuhan nih kita kena terima. Mungkin kita patut belajar dari apa yg berlaku... Memang susah but then, kalau kita asik nak menangis dan bersedih pun tak berguna.

Ermm...

Bayangkan kalau Malaysia ni kena perkara yg sama. Macam mana?

Dan bayangkan kalau org-org yg selalu mengeluh dan menyalahkan orang lain ni kene bencana yg sama. Mesti dah nangis dan marah.. Itu salah ini salah... Maka lepas tu bergaduh dan ada saja yg menjadi bahan kutukkan. Tak lepas gak yg menjadi isu politik utk orang lain.

........

Bila ingat kata-kata makcik tadi... Betullah... Kita bermula dengan tiada apa-apa. Tak ada seurat benang pun pada kita. Kemudian dengan bantuan mak, ayah dan org lain. Kita mula belajar utk hidup. Ada yg berjaya ada juga yg tidak. Ada yg kaya dan ada juga yg kekal miskin. Tapi yg pasti, dari tiada apa-apa... Seteruk manapun kita, kita tetap jauh lebih baik berbanding semasa kita dilahirkan.

Allah menguji kita dalam segala macam bentuk ujian. Ada yg diuji dengan kekayaan. Ada juga yg diuji dengan kemiskinan. Setiap satu ada baik buruknya. Kalau yg kaya tadi itu kedekut, dia akan tetap kena. Kalau yg miskin tadi membuat jahat utk keluar dari kemiskinan... Dia tetap kena juga.

Ada juga yg diuji dari 0 ke 100 dalam satu tempoh yg pendek. Allah mahu lihat dia bersyukur atau tidak. Tapi ramai juga seperti makcik dan brother tadi yg diuji dari 100 ke 0. Ada yg masih lagi bersyukur, waras dan redha dengan apa yg berlaku macam cerita di atas. Tapi ada juga bila berlaku macam itu, mereka hilang pertimbangan. Mulalah menggunakan cara yg tak betul untuk kembalikan 'haknya' seperti yg didakwa. Maka mungkin akan timbul lah masalah pada org lain.

Kita, kalau kita ditimpa bencana dan masalah. Sekalipun bukan gempa bumi, sekalipun bukan perkara yg maha hebat. Kita harus terima seredha yg mungkin. Mungkin ada masanya kita marah, geram, sedih, murung atau sebagainya. Namun itu adalah biasa. Yg penting, kita tak terlalu terbawa-bawa hinggakan ianya merosakkan diri kita. Nyawa kita masih panjang, jadi mulakanlah hidup baru. Yg hilang, belum tentu smpi 10% dari rezeki yg telah Allah tentukan untuk kita. Kalau kita berusaha. Mungkin lebihan tadi akan datang juga...



Note : ... Oh ya... dulu masa kita lahir.... Kita takde makwe takde pakwe, takde bini takde laki. Mahupun takde tunangan... Kot kita break, putus, cerai atau sebagainya... Bukannya kita tak boleh bermula dari yg baru... kan? Mungkin tak 'sepower' yg lama. But, yg baru pun manusia juga...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...