Thursday, September 27, 2007

Hai obat hai obat, mari beli obat...



Huh... 2 hari MC. Sakit mata... Iskk... Memang patutlah dia org kata, Arian ni mudah sakit di bhgn kepala. And for me, mata n kepala (migrain). Aku rasa sepanjang aku kerja di Mbb 5 thn nih, dari dlm 10-13 hari aku Mc, 3/4 dari padanya disebabkan mata. Sensitif kot? And on 2004 aku mc 5 hari disebabkan mata. 2 hari drpdnya aku buat minor operations... Zuss... Dr potong sket lower eyelid aku utk buang nanah... Damn, bayangkan aku yg takut bila tgk org lain pakai contact lens tetiba mata aku dipotong.. live n uncut.... Takde bius!

Iskk... aku benci kebod bodoh rumah aku nih! Susah nak taip!

Mlm selasa. Aku baring, tetiba mata aku sakit. Terasa gatal semacam. What the... Bile dah gatal, aku gonyoh la... End up 10 minit lepas tu mata aku rasa panas n rasa bengkak. Woooaahhh.... Giler ahhh... Tapi aku rasa, selalunya macam biasa... pagi nih ilang la.

Tak, bile bangun sahur, mata aku dah macam kena tumbuk. Bengkak dan merah. Ni sakit mata betul ke sakit mata tak betul? Ntah, aku telan panadol. Gile ke ape, sakit mata telan panadol. Ermm... manalah tahu boleh jalan kan? Panadol pun ubat...

Bangun gi kerje dan... "Kau balik... aku taknak sakit mata macam kau"... Hahahaha... Aku gi Dr... "Awak nak Mc ke?" Dr india tu tanya aku macam biasa. Aku ckp. "Kalau Dr ckp saya boleh keje, saya kerje, tapi kalau tak saya tak kisah. Tapi org opis dah suruh balik". Okay, Dr bg MC... 2 hari. Maybe dier dh biasa ngan sakit mata aku. So aku balik. Aku rasa maybe cam biasa. Sakit mata olok2, pagi merah menyala, petang dah cepat surut. Rupanya sakit bebetul... Petang masih bengkak.

Dh lama tak sakit mata. Kalau dulu seminggu. Tapi, maybe sebab aku dah biasa, 2 hari dah ok. So... Petang selasa, aku menghabiskan masa utk rileks tgk tv n abiskan tissue kat rumah utk bersihkan mata. Ubat, still titis. Tapi, tak ikut arahan pun. "Ubat titis ni 3 kali sehari, Yg ni sapu utk mlm saja. Dan antibiotik ni makan 3 kali"... Huh...

Aku rasa, sepanjang hidup aku, setiap kali aku dpt ubat, mesti nurse akan ckp... Antibiotik kena habiskan. Dan setiap kali itulah aku tak pernah abis! (Sorry Dr...). Yg kali ni bekalan utk 3 hari. maknanya aku dpt 9 biji. Tapi, right until now, aku cuma baru makan 3 biji. Sepatutnya aku dh makan 6 biji. Nak buat camne, puasa... n lupe! :p

Tapi itulah aku. Dari dulu, tak pernah ikut cakap Dr. Ubat tak pernah abis. Demam ke, sakit ke semua bantai. Sebab aku rasa, aku lagi suka kalau badan aku dan otak aku sihat sebab aku nak sihat. Bukan sebab aku depend pada ubat yg menyokong dan menyihatkan badan aku. Ermm kalau dah tak sihat gak, kena la makan...

Aku nak kata sentiasa sihat tak gak. But aku pretend yg aku sihat. Demam... "Ahhh ok lagi nih." Smpi la aku tak tahan, dah dtg migrain baru le aku gi klinik. Org kata... "Adik, kau tu duduk rumah la, gi mintak MC. Kau nak aku temankan kau ke?" tanya akak opis aku dulu... Tapi everytime aku cuba utk bagitahu Dr yg aku nak MC, setiap kali tu aku tak dapat. Cehhh... Tapi time aku rasa aku sihat, dapat MC lak. Ntah, biol la Dr tu...

Ada sekali, dah la demam (maybe temp tak tinggi, tapi badan aku rasa seram sejuk n migrain dtg), aku harap aku MC... End up hari tu aku overtime smpi kol 9. Sok nya, ok... Maybe badan berpeluh sbb keje byk. Hahahahaha....

Masa sekolah kat SMSJ. Aku cuma gi klinik (spital Kluang) sekali sepanjang 5 tahun kat asrama. Bukan sebab demam bebetul. Cuma panas biasa. Kepala suam suam kuku. Tujuan sebenarnya gi sana sebab nak skip kelas aku yg aku terlupa nak siapkan assignment. :p Cikgunya aku tak suka! Tak dpt MC tapi dpt la skip. Muhahahaha... Masa yg lain kat skolah aku tibai panadol. Sometimes, panadol saja tanpa air. Panadol + air liur... Bess... Pahit... Nanti aku ngantuk, and tidur dengan baju 3-4 lapis ngan selimut 2 lapis. Badan berpeluh tak ingat. Dan bangun tidur aku rasa aku dah segar. Sok gi kelas cam biasa.

Itu aku. cuma ada masa, aku buat cara yg sama ni tak menjadi la pulak. So, aku abiskan masa dekat 2 minggu demam. Huh... Ingat lagi, bulan puasa 1995. Form 5. Aku tak tahu le demam ape but, cam siang aku rasa takde le teruk sgt n aku boleh gi kelas, tapi malam badan panas gile. So rasa demam, telan panadol, tidor dah macam pocong. Bangun tidur rasa ok, gi skolah. Balik skolah demam balik dan telan panadol. Buka, tidur dan sok gi skolah. Utk 2 minggu. Sib baik raya dah ok. Hahahaha... Panadol abis berpapan2, still aku tak gi klinik....

Bukan takut Dr, tapi malas nk jumpe Dr. Cam sekarang. Jumpe Dr, ingat aku nk Mc. Betul ni aku demam, tapi hampeh Dr tak kasik. Tapi time aku taknak Mc, dpt lak Mc. Ntah gile ke ape... Maybe aku ni bukan drama queen... ehh king... Tu yg susah nak buat muka kesian tu...


Oh ya, 2005 aku Mc sebab highblood pressure. Dah penah baca kot kat blog nih. Tu je yg lain. "You ada masalah keluarga? Masalah ape? You muda lagi..." Hahaha... masalah lain Dr. Masalah ngan Jai kot? Sib baik blood pressure still dlm 170-120+. Kalau lebih... Mahu aku naik ambulan hari tu. :p! And... Lepas high blood pressure tu, aku gi makan ngan Fila and petangnya aku gi Loyat. Errmmm, dh gi loyat, turun la skek kot tekanan tu? Ye la, tgk barang PC sure lega! Wakakakaka....

Sama gak ngan minor operation mata aku tadi. Dr kata, "You jgn buka balutan mata ni smpi esok. At least 24 hours". Mc 2 hari. And aku balik dari klinik dekat rumah aku dengan drive kereta macam lanun. Takde pandangan 3D. Sense of depth tu takde. Mamak depan rumah aku pun heran, lanun mana bawak kete! Duduk rumah bosan... Arghhh... huhh... Buat operation kol 9. Kol 2 aku dh bukak balutan. Tension, tgk tv pun rasa flat. Dan kol 4 petang tu aku dah ada kat Damansara, teman family aku tgk rumah yg ayah aku baru nak beli. Ceh... Dr kata, jgn makan pedas. Pedas? Ermm rojak kat TTDI tu tak pedas kan? Ohhh... ptg tu gak aku gi lepak kat kopi Ikea. Telan expresson, cappucino 4 gelas smpi mabuk kopi...

Dr.. jgn marah... Tapi, memang itu aku. Aku dpt ubat yg byk. Tapi aku tak suke nak habiskan makan. Bukan taknak or takut makan ubat. Just aku tak suke nak ikut rules. N aku tak suke kalau kesihatan aku nak ditentukan oleh ubat. Pada aku, segala ubat dlm badan kita. Otak kita yg mengawal diri kita. Kalau aku telan ubat 30 jenis sehari tapi otak dan pemikiran aku tak kuat, maka aku akan tetap lambat sihat. Kalau aku kuatkan semangat, dan otak aku nak aku sihat... Aku akan cepat sihat.

Mungkin ini bukan caranya utk semua org, tapi at least aku berjaya. Well... Look at Tun... Siapa sangka org yg dah berusia 82 thn masih boleh cepat sembuh (at least). Aku rasa, sebab ketahanan, keinginan dan kekuatan dlm dirinya yg buat dia cepat sembuh. Bedah jantung tu. Ni bukan bedah hidung kat Australia macam ada org lagi sorang tu...

Ok... Itu saja cete aku. Dah kol 1.40. Tapi aku tak ngantuk. Nak ngantuk camne. 2 hari byk sgt tidur. Sok, gi keje. Harap2 mata tak merah smpikan aku Mc lagi. Dan post entry ni sblm balik. Sbbnya... Arghhh dh 5 hari aku tak bukak Google Reader aku. Aku nak gak tahu, ape cete kat launch Halo 3! Ok... sok, kalau mata aku still merah... Makanya, sok aku kene beli cermin mata hitam. So aku boleh gi CC. N online kat sana. Hahahaha... Harap2 tak la...

Ok le, aku rasa semua org tgh tidur. And mesti ada org kepenatan tadi walaupun ini bukan malam jumaat. And maybe dlm masa yg sama ada gak Dr yg tgh gi klinik. Aku harap dier tak marah aku sebab aku cete 'tabiat' aku.

Sometimes... Pesakit yg perlukan kekuatan dan ketahanan mental yg lebih tinggi untuk kembali sihat berbanding ubat yg berkotak2. Aku ckp SOMETIMES... So terpulang pada dia, keluarga, Drnya dan yg lain utk membantu... (maybe sebab tu ada Dr yg jadi badut utk kurangkan kesedihan pesakit kot?)

Ok... good nite alll... Bye!

ps
- Jgn marah Dr Jett... Ini cuma pandangan peribadi dari org yg bosan tak tahu nak buat ape selama 2 hari.
-ubat yg aku tak pernah makan... Ubat nyamuk... Muhahahaha

2 comments:

jetjetsemot said...

pakcik..nape takmo makan ubat?ikot suke kome la..

ubat gigi pena makan?sy pena..miahahha...ubat tikus?ubat lipas?

bzz said...

Sy teringin nak makan ubat gegat. bentuk tak menarik la...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...