Thursday, September 06, 2007

Awak...

Kalau awak fikir apa yg awak buat tu tak salah? Mahukah awak teruskan?

Awak teruskannya..

Tapi kalau ianya akan akan menyakitkan sesetengah pihak maka lakukan apa yg awak rasa ianya perlu. Jangan hanya kerana seseorang tidak menyukainya maka awak akan berhenti dari buat apa yg awak perlu buat tadi.

Jangan kerana seseorang yg awak kenal itu tidak menyukai apa yg awak buat maka awak akan berhenti dari berbuat baik pada org lain. Mereka yg disana tidak seperti mereka yg disini. Seulas durian yg berulat tidak bermaksud penuh sebiji durian yg tidak berguna... Mungkin, di ruang yg lain, terselit rasa yg lebih manis.

Awak kena tahu. Ada masanya, org tak akan paham apa yg awak buat sebab mereka TIDAK mahu memahaminya. Jadi, jika mereka tidak mahu memahaminya, biarkan mereka. Hidup awak takkan berhenti jika org tidak memahami awak. Bukan begitu?

Ingat, kadang-kadang awak perlukan keberanian untuk meneruskan sesuatu yg awak rasakan baik untuk dilakukan walaupun ianya tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Baik akan tetap baik tapi yg buruk belum tentu akan terus buruk. Jadi jgn jadikan yg baik itu buruk. Dan jgn pula anggap yg buruk itu takkan menjadi baik. Kerana kadangkala, keputusan yg akan berlaku pada masa akan datang lebih mengejutkan.

Oh ya... Kalau hujan batu datang menimpa. Dan hanya awak saja yg berpayung. Sedangkan musuh kamu sedangkan dalam 'kemalangan'. Awak ada dua pilihan, sama ada berkongsi payung atau membiarkan dianya terkorban. Itu keputusan awak... Tapi kalau musuh tadi meminta dengan baik... Apa salahnya kalau kita membantu. Bukan?

.....Sebelum saya tutup kata... Walaupun saya kata ianya di tangan awak... Ingatlah yg ini pula... Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali...

6 comments:

Anonymous said...

Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali... buat banyak kali

Anonymous said...

eh..eh..sape yg komen mcm tu?-wyda

Anonymous said...

wydaa! give me back my fantasy. The courage that I need to live, the air that I breathe. CariƱo mio, my world's become so empty..!

jetjetsemot said...

baikla..saya akan melakukan apa yang saya rase betul..[matilah sangka isen ditujukan khas, tapi tade kaitan pun..]

hang ckp dengan sape neh?

Anonymous said...

samalah dgn ape yg melanda dengan diri aku sekarang... kalau aku tak botak, takdelah diorang nak sakit hati. pasal ape? kalau aku botak, aweks2 aku semakin ramai :-p wahahaha

bzz said...

yeah....
buat baik berpada-pada...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...