Monday, August 13, 2007

Siri 50 - Kebebasan Si Hamster...

Adik aku ada hamster. Mak aku panggil dier Cekudut... Aku panggil Dutt... Ada mas aku panggil Doll... Ape nak panggil pun panggil la. Sebab kalau kau panggil dier Gwen sekali pun mesti dier buat bodoh...

ASL - Age less than 1 year, Female, Dalam sangkar 2 tingkat

Doll ni memang macam kelawar. Haiwan nocturnal? Alah... Malam berjaga siang tidur... Ni sama la ngan bebudak kaki disko, mat rempit yg kerjanya mat rempit dan minah ronggeng layan pil khayal tapi soknya sepanjang harinya tidur.

Kalau aku kejut hamster ni siang hari. Nanti dier tunjuk punya muka seposen. Ngan mata sepet kengkonon cari dari mana datangnya suara tadi. Then sambung tidor... Kejut, tidur, kejut, tidur...

Dutt ni makannya kuaci (tanpa garam) dan makanan campuran tanpa garam. So bebas dari darah tinggi. Bab makanan dier tak kisah sgt. Kalau aku bawak dier kuar. Bagi dier makanan... Nanti Dutt akan kelam kabut makan. Aku cakap.. Makkk oiii... cepatnya makan... Sebenarnya Dutt tak makan... tapi kemam je... simpan dlm mulut sampai pipinya besar. Nanti balik rumahnya, dia akan luahkan keluar balik. Selalunya dia nyorokkkan bawah 'tilamnya' dan makan masa org lain takde. Sekarang ni, lepas dpt rumah dua tingkat, Dutt simpan dlm umah. Dan dia sanggup tidur luar rumah semata-mata taknak org lain ambil makannya.

Aku boleh kata, nearly 23 hours hidupnya dalam rumahnya. 1 jam je kat luar dari sangkarnya. Tu pun mak aku ngan aku yg layan. Adik aku isitu tuan rasminya jarang layan kecuali nak bersihkan rumahnya. Aku pula layan layan ikut sukati aku. Ada masa aku letak kat sofa, letak kat meja makan, meja komputer, atas katil atau lepak depan tv tgk discovery. Manalah tahu dier jadi sebijak kancil.

And last weekend. Bila Cik intan datang rumah. Ayah letak Dutt dekat rumah lain. Rumah tu kosong n takde org. But... Tak ada gak memende lain termasuk lampu. Sebab utama coz cik intan panakut tikus. Cik sangat... sangat... takutkan tikus.

So last weekend Dutt duduk sengsorang. Tak nampak org tak ada org melayan. But... aku... bile malam... Cik dah tidur. Aku gi ambik dier. Layan dan bawak masuk umah. Aku kesian sbb takde org berusaha nak layan Dutt. Sampai la ayah aku cakap... Bawak je masuk rumah bila cik dah tidur. Nanti cik bangun, letak luar...

...... Kesian dier...

Aku pernah ada kucing n ikan. Pernah juga jaga renab. But tak pernah ada hamster. Kucing binang yg boleh diajak bermain. But sometimes kucing ni pentingkan dirinya. And kucing takde lah susah sgt nak dijaga. Sebab dier tahu jaga dirinya sendiri. Ikan, mungkin remeh skek. Sebab aku bela ikan air masin. Remeh sebab nak jaga garamnya, nak jaga batu karang, suhu air, kandungan itu ini... Iskk payah... But seronok tgk... Lelagi kalau tgk ikan tu makan kejar2. Kalau la dulu akuarium tu macam kat seaworld ke... lagi seronok! Renab lak seronok mengejar. N gebu bulunya. Cuma satu je renab ni. Kesian tgk bile atok angkat aku cakap dier nak buat lauk renab haritu... Iskk la...

But hamster is somthing different. Maksud aku... ada masa aku kesian kat Dutt ni. Dok sengsorang. Tak kawin lagi. (nak beli lain takut gaduh)... Then terkurung kat dalam rumahnya yg kecik tu. Makan mende yg sama... Satu yg aku amat kesian la... Hidup sebagai hamster terkurung... Tiada kebebasan.

Masa awal2 tuh... Nampak Dutt macam terkurung. Bile aku keluarkan... Waaaahhh lari sana sini. Macam seronok tak ingat dunia bila dapat keluar. Penat aku kejar sana sini. Dier xcited bile dapat keluar. Panjat sana, panjat sini. Memang dier cuba sedaya upaya utk lari dari manusia. Menyorok... Lari bawah kusyen sofa. Terjun dari meja komputer. Masuk bawah selimut. Keluar dari kecok seluar aku... Etc... Dan Dutt tak pernah penat utk dapatkan kebebasan dier... But kalau aku biarkan dier bebas... boleh ke dier hidup?

Then, ada satu masa timbul perasaan kesian kat Dutt... Aku fikir... Boleh ke aku survive kalau aku jadi dier? Boleh ke korang semua survive kalau jadi Dutt? Tiada hiburan kecuali tempat larinya yg bulat dan tak kemana... Takde kawan... Tiada suami... Dannn tiada kebebasan... Sedih...

Kengkadang... Bila aku nak tidur dan dia berjaga... Bila aku lalu depan rumahnya. Aku nampak dier berhenti bermain. Tunjuk muka sedih. Nak keluar... Tengok je aku gi kemana. So... nak taknak aku bawak dier keluar. Walaupun masa tu dah pukul 1 pagi. Layan la dier... sampai la aku terlambat tidur... Tapi at least nampak le dier happy skek... Aku penat n mengantuk pun... Aku puas. Puas sebab aku rasa, kalau aku jadi Dutt, aku rasa happy skek sebab dapat main diluar rumah aku... Dapat sedikit kebebasan.... Sebab aku tahu aku perlukan kebebasan... Sama macam semua org lain...

...oleh itu...

Fikirkan kalau kita semua seperti Dutt... Fikirkan juga kalau kamu ada awek... pakwe... isteri... atau suami... Adakah mereka gembira kalau kita nak mereka ikut saja cakap kita. Itu tak boleh ini tak boleh. Jgn keluar rumah. Jgn jumpa kawan. Jangan buat itu. Jgn kerja itu. Ikut cakap aku, kalau tak kau derhaka....

Janganlah... Berikan mereka kebebasan yg mereka perlukan... Tapi jgn sampai terlalu bebas. Mereka juga manusia yg tidak mahu terkurung. Mereka juga ada impian dan keinginan mereka. Cuba untuk tidak menghalang apa yg mereka impikan.

Tiada salah kalau mereka nak pergi keluar bersama kawan-kawan. Tiada salah kalau mereka nak pergi bersukan. Tiada salah kalau mereka nak mencuba sesuatu yg baru. Tiada salah kalau mereka nak hidup dengan cara mereka. Asalkan mereka hormat dan tidak melanggar apa yg mereka sepatutnya langgar...

Ada masanya kalau kita terlalu kurung mereka. Mereka akan lawan kita balik. Memang macam tu. Sampai masa bila nanti mereka sudah bosan dan mereka akan lawan kata-kata kita. Pada waktu itu kita akan menyesal. Kita harus sedar. Setiap manusia ada tahap kesabarannya... Lelebih lagi hal yg berkaitan dengan kebebasan nih. Sebab tu kalau kita ada anak... Jgn kurung dlm rumah. Nanti dier lari. Tapi... berikan kebebasan but jgn lupa didik dan beri nasihat setiap masa. Insya-allah... Dia akan jadi anak yg baik...

Ingat mereka adalah manusia, bukannya hamster yg tiada fikiran yg terang... Takut nanti kita akan menyesal... Dalam dunia... kebebasan adalah satu daripada perkara paling berharga dalam hidup kita. Lebih berharga dari nilai wang ringgit...

Hargailah kebebasan dan kemerdekaan orang lain sebagaimana org lain menghargai kebebasan kita... Dan hargailah kebebasan negara kita sekarang... Sesungguhnya... belum tentu kita merdeka sekarang, kita akan merdeka selamanya... Lelebih lagi kalau kita terlalu bodoh untuk mempertahankan negara kita dari segala ancaman luar...


Ini Cekudut dengan background barangan Ing.

2 comments:

jetjetsemot said...

woahhhhhhhhhhhh..comeinye cekudut..heh..nama pon kiyut je..sy xle bele binatang, sy ni irresponsible orgnye..haha..

sy yakin kamu,incik bzz akan dapat hidup tanpa suami..hahah..

yeh..hargai kebebasan..that's the punch-line..hoyeah!

bzz said...

tak boleh bela belum tentu taknak bela kan? Sesilap kalau awak dah bela... awak pulak yg lupa org lain... :p

Yaa... saya tidak akan bersuami...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...