Wednesday, August 29, 2007

Perempuan dan babi...

***Jgn maki aku dulu... Sebelum baca abis...

Hari ni... kali ke 4 aku dpt foward email gambar seorang budak perempuan pegang babi, pegang anjing. Budak yg sama. Dengan ayat yg berbeza. Kononnya awek ni tak cukup belajar la, kononnya wat salah lah... Dan aku cuma dpt satu email yg org foward utk jawab balik email foward tu. Kalau ada org foward gambar yg sama. Copy email dari Dr kat bawah entry nih, then reply email tadi kawan kamu balik....

Tu this girl... Im sorry... Dan aku kesian...
(
aku hitamkan muka dia. Tapi korang tahu la itu perempuan islam coz pakai tudung...)



Pada aku... Walaupun dier bergambar pegang babi ke anjing ke... ape ke... Tu hak dier la... Dah dier belajar veterinar (betul ke aku eja nih?). Dier nak bergambar, nak kongsi pengalaman, cerita, gembira, sukati tok nenek dier la... Kalau takde dier, takde org cine, india dan org lain yg boleh pegang babi... Kalau penyakit JE dtg... Nak ke kita pegang? Abis nak biar je babi tu lepak2 kat tepi jalan isap rokok, minum kopi. Kita pulak takut nak pegang lalu kita ni tahan je sakit JE tu? Cuba la fikir apa sumbangan org2 macam ni... Nampak kecik, tapi besar!!!

Aku rasa, org yg memulakan rantaian email nih... memang la otak dier letak kat lutut babi tuh...

Lagipun... babi dengan anjing mana haram. Haram ke? Setahu aku pegang babi, anjing tu tak berdosa. Ermm... Kalau makan daging babi tu haram la. Cuma bile kite pegang, kena la samak semuanya. Kan? Ok... aku takleh cete bab agama pepanjang. Aku tak pandai dan aku rasa biarlah org yg lagi pandai cete...

Ntah la... aku rasa org melayu ni (yg start memula utk email gambar bebudak ni) memang bangang tahap resakse yg lawan ultraman la. Takpun makan daging babi byk sgt... Tu yg otak lembab nak mampus... Ermm... Kalau niat dier tu buat email camtuh utk burukkan nama budak tu tanpa nak tahu ape sebenarnya yg berlaku. Memang la dier ni lagi babi dari babi yg budak perempuan tu pegang... Babi pun tak babi macam tu...

Ntah... kengkadang, memang betul la org yg komen semalam (spam?) yg ckp n kutuk pasal org2 melayu n islam ni. Kita marah bile org kutuk kita, but sometimes ape yg kita buat tu memang sah menunjukkan kita ni bodoh. Well, aku bodoh, tapi aku tak sebodoh utk iniaya org yg takde buat salah pun ngan aku... Malah aku tak kenal pun dier... Tu la... Dari foward gambar budak perempuan pegang babi sebab dier belajar... Baik aku foward mamat hensem yg kejenya menyuntut bontot bapuk. Lagi bagus... Tu lagi hina dari babi. Betul la... Pernah tgk babi jantan tibai bontot babi jantan lain? Eeee...

"Manbi... Pusing skek... aku nak tibai bontot kau...". "Kau apehal JoBa?". "Aku kan gay..." "Ape bangang sangat kau? Babi mana ada gay!!!"... "Ouhh ye ke???"

Aku rasa, ni kali ke dua aku cete pasal foward email ni. Aku harap... sesiapa yg baca lepas ni, aku, kau mereka dan dier. Fikir2 la skek memende yg kita nk foward tu. Tgk ape tujuan kita. Kalau apa yg kita foward tu boleh menjatuhkan maruah org lain yg tak bersalah dan betul ceritanya... Then jgn la foward... Kita tak tahu apa yg terjadi pada org tu. Dan kita jugak tak tahu ape yg terjadi pada kita kalau kita hadapi mende yg sama... So... fikirkan dengan mendalam...


Ini foward email org yg menjawab balik tuduhan atau apa saja berkenaan gambar tu...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan € ’³desensitization€ ’´ yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis ’³mughollazoh ’´ iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis mughollazaoh’ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh’ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air ’musta’mal (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan 'geli’ atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit 'geli’ apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini tidak berjangkit’ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak € ’³berjangkit€ ’´ jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis 'mughollazoh' pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya€ ’¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda´. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan Tidak, kerana saya seorang Islam. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahualam

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo. co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,

Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

4 comments:

Anonymous said...

aku pernah dapat email ni... angin jugak aku bila diorang anggap pompuan ni bodoh.

bagi aku tak salah pun nak pegang ke nak rawat ke nak experimen ke nak bergambar ke... asalkan jgn makan sudah... betul tak jet? :-p

kan Islam dah ajar semuanya... pakai lah otak... jgn pakai lutut...

babi dan anjing dah confirm masuk syurga... kita ni je belum confirm lagi...

jetjetsemot said...

betul..jangan makan babi..haram woo..[termakan adalah kisah lain]..

yeh, well masyarakat terlalu sensitif smpi letak otak kat bontot..cube dyrg try cek2 pil ubat yang dyrg makan..enta2 ade babi ke kan..itu tanak lak die piker..hotak lu mne beb..?sekian..

[emo]

p/s:tapi kenapa walaupun belum baca komenan amuro, tapi jawapan cm meniru nih?adeka saikik?

bZz said...

ermmm... so jgn foward email yg macam nih... tak bagus...

av無碼性愛 said...

情色a片分享俱樂部
線上視訊美女
校園美女a片影音視訊網
視訊情人網
Jav免費a片
a片免費看
免費a片下載
免費視訊脫衣視訊
080視訊聊天室

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...