Wednesday, August 15, 2007

Penghutang dan Penipu

Kalau anaknya macam tu... Family dier pun sama je... Sama ada 100% sama atau 50% sama... tapi sama saja...

Cerita ni berulang2 kali kita dengar. Tapi takpe.. Kita dengar 100 kali pun. Mesejnya sama. Dah hutang.. Bayar..

Kengkadang nak je aku penamparkan anak ngan yg berkaitan dengannya. Pelik2 bagi alasan. Semata2 tak nak/mampu nak bayar hutang. Kena rompaklah, kena ape lah... Bagi alasan yg logik sikit. Setakat alasan check tak clear lagi tuh... Ermm alasan tu dah ada sejak check muncul kat atas muka bumi ni. So isi la otak dengan penipuan yg lebih ilmiah.

Tak pun, takyah tipu. Tak mampu nak bayar... Cakap tak boleh nak bayar. Org pun paham. Org pun tak sakit hati dan tak gak nak maki-maki. Tak jugak nak tertunggu-tunggu. Boleh cari jalan lain utk cari duit selain dari hutang yg belum tentu dibayar. Menunggu hutang org yg banyak dalihnya ni macam menunggu marikh jatuh ke riba. Sakit hati. Macam sial..

So... rasanya tak payah la kasik harapan kat org yg macam nih. Alasan yg pepelik. Memang niatnya taknak bayar la tuh. And sekarang tak payah peduli kat org2 macam nih. Buang masa n buang karen. Tak payah jugak nak berbaik ngan org yg macam haram ni. Buat sakit hati sakit jantung je.

Bukan aku sengaja nak mengutuk org lain. Bukan jugak nak jadi batu api. Tapi hakikatnya macam tuh. Tak pernah berubah. So sekarang sama ada kita halalkan apa yg mereka 'tak rela' nak bayar. Atau nak tunggu bila smpi dacing yg disana berbunyi. Itu terpulang dalam hati...


Tetapkan dalam diri, tidak kira dengan siapa kamu berhutang, bayarlah... Walaupun ianya hanya seringgit. Kalau tak mampu... Jgn bagi alasan bodoh nak mampus... Sebab dengan alasan tadi, org akan tahu sama ada kita ni menipu atau tidak... Dan tak pula org nak membenci...

**sebab hutang putus kawan putus sedara

3 comments:

jetjetsemot said...

yeh..klu hutang, settlekan immidiately bila dapat duit..ni idak, pegi joli2 sakan dulu, pehtu nak bayar utang tak mampu..pehtu ckp bayar bulan depan..pehtu, bulan depan sama juga..luku kang..[peringatan buat diri snirik juga]

Anonymous said...

aku pernah putus kawan sbb hutang. dah lah berhutang pastu menipu pulak tu. pastu buat bodoh pulak. nak pukul, dah kawan sejak kecil.

nasib baik aku bukan jenis macam tu...

bzz said...

dushhh dushhh...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...