Friday, August 24, 2007

Pangkah Abis!~

Aku berharap, one day, aku akan balik ke Johor. Untuk dok kat sana. Tak tahulah bila ianya akan tercapai. But... aku rasa... Aku teringin nak balik n bersara kat sana.

As everybody know, Johor adalah negeri dimana lahirnya UMNO. Parti pemerintah terbesar di Malaysia. Juga parti yg memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Dan hampir semua org tahu, Johor adalah kubu kuat UMNO. Sepanjang bertahun2 ni (yg aku tahu...), hanya pilihanraya 2004 je Pas dapat menawan salah satu DUN di Johor. Tu pun menang free sebab perwakilan kat situ bengap sangat...

Oleh sebab darah UMNO tu kuat dalam hati aku. Aku sokong UMNO... Tapi tak bermakna aku akan sokong Dollah n the geng apetah lagi si KJ.

Dulu, masa sticker UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya ada, sticker yg sama aku tampal kat kereta aku... Bangga... Dan pada pada pilihanraya 2004 juga, aku dan sepupu aku berarak kat sekitar Ampang. Dengan hanya satu kereta... Si nan pegang bendera UMNO di kayu... Cermin kereta aku penuh dengan poster biru BN... Bonet depan kereta aku ditutup dengan bendera BN. Aku sayang UMNO dan aku sayang BN... Masa tulah...

But...

Macam apa yg Tun kata, (baca link kat entry aku B4 this)... There's something rotten in the State of Malaysia... Memang something wrong... Dan aku kata.. Bullshit la kat org yg jaga sekarang ni...

Not saying yg zaman Tun tu lengkap bagus sebagus org yg masuk syurga. Tak. Zamannya juga penuh dengan masalah. But... Yg menjadikan aku berperasaan macam ni bila apa yg dikatakan oleh zaman Dollah nih... Aku rasa ianya macam penuh penipuan. Dan kata-katanya juga penuh kebongkakkan... Lain masalah... Carilah sendri. Kalau google pasal mende ni... Tak cukup sebulan nak abiskan ceritanya...

Entahlah... tapi... perasaan yg dirasai sekarang ni... jauh berlainan dari dulu. Kononnya ada koridor itu dan ini. Tapi bangunan tak tahu dimana? Koridor pejabat pun takde! Kata perangi rasuah. Tapi org tertentu makin buncit. Kes yg ada tak selesai-selesai... Katanya makin telus, tapi berita diakhbar makin tertutup. Katanya... Nak bangunkan Modal Insan. Tapi yg ada cumalah Insan yg tertidur... So macam mana aku nak sayang BN?

Dulu...

Aku pernah kata... Sepanjang hidup aku aku takkan pangkah parti lain... Kecuali BN. Tak kire la Pas ke, DAP ke atau parti mata lebam sebelah? Tak... Aku takkan pangkah parti lain... Serius... UMNO dulu kini dan selamanya...

Tapi sekarang, aku terfikir adekah aku akan tetap memangkah BN? Adekah aku akan memangkah DAP atau PAS atau parti mata lebam sebelah? Aku kompius... Sebab... Yg DAP memang aku takkan pangkah. Pas lak aku rasa tak kompetatif... Yg parti lebam... Aku tak tahu ape motif dier.. Sebab perjuangkan mata lebam atau perjuangkan keadilan. Asik2 jerit je... So tinggal BN... Tapi BN... ketuanya bongkak, tak sedar diri dan selalu tidur dalam mesyuarat...

Aku konpius!!!

So setelah memikirkan dengan baik sekali. Setelah membayangkan muka Paklah tengah tidur... Dan setelah merasakan betapa patriotiknya diri aku... Inilah apa yg akan terjadi di kertas undi aku yg akan datang




Penerangan : Tgk dari bawah ke atas
"Org lebam naik roket pergi bulan jumpa Org Tidur..."

4 comments:

jetjetsemot said...

jom ah..buat parti baru..nama parti itu adelah, 'let's get the party started'..

ish..lagho betol..

Anonymous said...

yeahhhh....let party!!!

bzz said...

bler jett? Nan?
Parti arkopal yg ada buih ngan bwk bendera!

bzz said...

hahaha... lepas ni kita pangkah lagi nannn... hahahahaha...

pegang bendera syarikat kurma lah macam nih

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...