Thursday, July 12, 2007

50 Siri - No 2 - Rempit

31 Ogos 1957 - 1.30 pagi

Adik - "Abg pegi mana tu bang?"

Abg - "Merempit. Nak kuar dengan kawan abg."

Adik - "Nak ikut..."

Abg - "Iskk tak boleh ikut, budak kecik tak boleh kayuh basikal. Nanti mata-mata tangkap nanti abg nak cakap apa dengan bapak?

Adik - "Kedekut la abg ni. Eleh, abg nak merempit pun bukan boleh bawak laju pun dengan basikal tu."

Abg - "Ehhh... Jgn kau. Basikal Man Letup kampung sebelah pun tak boleh celen basikal abg tau. Inilah basikal chopper pertama kat daerah ni ada gear. Tip top... Tu Man Jepun import dari Jepun."

Adik - "Eleh... sudah la... Adik nak tido. Ape bess merempit dlm gelap. Lampu pun takde kampung ni."


31 Ogos 2007 - 1.30 pagi

Abg - "Kau nak ikut aku?"

Adik - "Lu nak pegi mana?"

Abg - "Biasak la. Mlm merdeka duduk rumah apa ada. Daddy pun dah tido tu"

Adik - "Malas la aku. Mlm ni biasa ada byk roadblok."

Abg - "Lu cuak ke mamat? Aparaa... Ni... kau tgk ni. Jaguh rempit Taman Kosas! Satu Ampang aku pegang. Motor kriss aku ni, TZM pun kena tinggal 2 tiang kau tahu!!!"

Adik - "Pegi la kau sana... Baik aku tgk bunga api dlm tv"

Abg - "Nanti aku menang awek malam ni. Kau jgn menyesal pulak."

Adik - "Takde nya aku nak menyesal. Hah.. Balik nanti. Kalau kau jumpa imam jalan semarak kau kem salam kat dier"

Abg - "Bile masa aku nak singgah masjid?"

Adik - "Tak... kot kau terus tanak balik ke. Dah jadik arwah, senang sikit aku nak bagitahu daddy"

Abg - "babi..."


Kesimpulan...
Tak kira zaman dulu atau sekarang. Budaya merempit tetap ada. Dulu merempit pakai basikal. Sekarang pakai motorsikal. Dulu jatuh masuk parit. Sekarang jatuh bawah lori. Dulu malam merempit bawak pelita sekarang merempit kat highway. Dulu merempit balik gi cabaret. Sekarang merempit ada yg lepak kat kolah masjid (gi cari cete ni).

So... sebelum merempit... Ingatlah orang yg tersayang... Katakan TAK NAK pada rempit...

Pantun...
Dam dam dum bunyi pipit
Ketupat kuih tat kuih semprit
Ape sedap nak gi merempit?
Kalau balik kaki sakit?

2 comments:

jetjetsemot said...

wahahahah..say suka ini cerita..terus kasik skrip kat yusof haslam..sure hit kat panggung..miahahha..

bzz said...

yusof haslam kene ada elemen cinta...

Ni takde lagi. NAnti saya buat skrip utk "Sembelih 2008"

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...