1957
Tanah Melayu masih lagi tak mempunyai prasarana suka bola sepak atau sukan-sukan yang lain dengan sempurna. Yg boleh dibanggakan ialah Stadium Merdeka. Zaman tu takde gim. Takde trek yg bagus. Takde jurulatih yg diimport. Patah kaki masa main bola. Gi hantar bomoh. Kalau nak kuatkan badan. Mereka bercucuk tanam.
Kebanyakkan daripada penduduk ketika itu lebih suka bekerja, mencari sesuap nasi. Mungkin mereka lebih suka menanam ubi atau jagung dari bersukan. Dengan bercucuk tanam mereka tetap mengeluarkan peluh. Dan hasilnya, mereka boleh gunakan untuk menyara keluarga dan juga boleh dijual di pasar2.
Dalam situasi yang serba kekurangan. Tahap sukan di Malaysia meningkat. Imej sukan bola sepak negara terserlah di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. Tak salah kalau dikatakan Malaysia boleh dikatakan salah satu pasukan yg kuat di Asia tenggara dan juga Asia.
Gaji ahli sukan pun tak tinggi. Tapi semangat mereka tetap tinggi. Soal gaji, soal ganjaran, soal tanah tolak ketepi. Yg penting nama pasukan dan nama negara tetap jadi jadi priority.
2007
Bola Sepak merupakan sukan No 1 di Malaysia. Pergi mamak, tunjuk bola. Balik rumah, tengok bola. Kedai kopi, cerita bola. Kiranya makan bola, tido bola la nih...
Setiap negeri ada stadium yg besar. Sesetengah stadium lebih besar dari stadium Division 1 Liga Inggeris. Malah, Stadium Bukit Jalil pun lebih besar berbanding Stadium kat UK. Kalaulah pasukan div 2 Liga Inggeris tu ada stadium sebesar Bukit Jalil. Nescaya dlm tempoh 4 tahun mereka dah ada di Liga Perdana.
Kita juga ada prasarana sukan yg lengkap. Gim, kompleks sukan, stadium, padang yg semestinya utk bola sepak dan sebagainya. Malah, juralatihnya banyak juga yg besar2! Tak kurang juga ada pegawai sukan bola yg cakap besar.
Tapi...
Semalam... Dalam Piala Asia. Malaysia kalah besar. Tak sangka kalau kalah pun nak juga kalah yang besar. Cara main mengalah pasukan tercorot dunia. Tonggang langgang kelam kabut macam pemain cuma makan siput sedut.
So... nasihat aku...
Kalau dulu zaman sebelum merdeka orang prefer tanam jagung berbanding main bola. Baik la korang yg main bola untuk pasukan Malaysia ni, termasuk la pengurus, pegawai, tukang urut, dr atau sesiapa tu balik kampung tanam jagung. Buat malu je... Sekurang2nya, ada juga jagung yg boleh dijual. Tak mengabiskan boreh...
Org tak mengharap menang. Tapi sekurang2nya, tunjukkanlah yg pasukan Malaysia ni tak memalukan... Susah sangat ke? Balik weiii... jagung dah boleh tuai tu...
Wednesday, July 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment