***aku takde selama 4 hari. Sok n lusa gi genting utk teambuilding. Ada gambo2 skek. Sabtu pun bz. Ahad pun bz. Nak amek gambo org ngandung. So ini update2 aku utk selama itu. Bermula dari update 1 sampai ke update.... Ermm tak tahu... Baca je la sampai kau jumpa update yg terlast... Selamat beristeri-rehat...
Smlm. Ada customer call aku. Dier beli something. And cam biasa nak kurang lagi harga... Aku cakap memang takleh kurang. Harga barang 770. Aku mintak 820. Dier nak kurang 800. Mana lepas... 50 utk pasang pc n setup n ajarkan pada aku terlalu murah. But pengalaman dah bgth... kastemer ni kedekut sikit orgnya...
Then dier tanya aku. Kalau dier upgrade pc ni, confirm ke yg anak dier boleh buat kerje ngan lagi baik. Aku ckp aku takleh nak gerenti nampak laju gile. But aku jamin yg pc dier tak hang n boleh le siapkan keje tu. Aku kata, aku tak buat autocad. So aku takleh nak bagi pendapat. Tapi aku ckp la... pc yg nak upgrade ni aku rasa jauh laju berbanding pc lama.
Then aku ckp, aku guna graphic builtin. Sebab kalau external lagi mahal. Then dier ckp... boleh ke laju. Tak hang ape jadah semua. Aku ckp... builtin ngan tak builtin tak effect sgt autocad yg anak dier nak buat. Stakat assignment. Lainlah kalau nak buat plan bangunan 20 tingkat yg bebetul. But kerja anak dier tu... Biasa je...
Aku siap bagi contoh pc ni sama dengan kete. Graphic card tu macam sport rim n spoiler. CPU lak macam enjin. N Ram tu macam minyak.
Aku kata, kalau letak sportrim n spoiler yang cantik utk gi naik bukit still tak jauh beza. Macam tu gak ngan graphic card. Yg ada kat pasaran tu more to game. Utk 3D. Tapi anak dier ckp aku, dia nak convert autocard ke photoshop je. Tak ckp kat aku nak wat 3D. Tak perlu graphic card lelaju. Aku kata, kalau nak wat 3D autocad, nak wat maya yg baik... beli la graphic card khas utk jenis tu... "Berapa?"... "Yg biasa2 dlm 4000, ada yg sampai 20 ribu"... "Yg tu pakcik tak boleh la...". Laa... kata tadi nak yg baik.
Dah tu... kata nak yg baik... kuar duit la.
Beli kancil, letak ekzoz bising macam haram nak lawan Evo7... memang kena kutuk aku la... Aku ckp... CPU ni macam enjin. CPU sekarang ni macam enjin 1100cc tiara... Skarang ni upgrade jadi Perdana V6 1800cc. Beza... But kalau bawak dlm jem. Still sama laju. Kalau highway sure la sgt berbeza. So depend pada mana apa kita nak buat. Jgn salahkan enjin V6 tak power kalau kita stuck dlm jem. Nak lagi laju, beli la ferrari. Jauh laju. But kita tanak kuar modal pulak.
Ram lak... Aku kata... Memang betul. Ram byk tu bagus. But tak semestinya lagi byk ram jauh lagi bagus. RAM ni macam minyak petrol. Minyak byk, kita tak perlu byk berhenti nak isik minyak. Terus jalan. Lagi baik jenis minyaknya, pickup kete lagi baik. But... Kalau minyak lebih byk dari yg kita perlukan. Kita jadi slow. Nak penuhkan tank dah makan masa. Then kete jadi lagi berat. Bila kete sgt berat, enjin cepat makan minyak. So... tak semestinya kita jimat masa n duit kalau kita isik byk2 minyak. Depend pada keperluan...
Masalahnya... Keperluan tu bukan aku yg nak. Aku just advice mana yg aku tahu. Manalah aku tahu nak wat autocad... Cuba tanya kedai camtuh... Tgk ape cine tu buat... :-)
Aku dah terangkan guna istilah kete pun tak paham... Abis takkan aku nak samakan CPU tu macam ikan. Ram tu garam n graphic card tu kicap lak kot? Aku ckp... macam ni lah... dtg umah. Try kerja tu kat pc aku. Bawak anak perempuan cun dier tu. Pc aku lagi laju. Jauh lagi laju dari bakal pc dier. So maybe nanti dier tahu le macam mana pc dier yg baru ni punya performance. Kalau suka ngan pc aku tu. Keluarkan modal seribu lebih. Ok le nanti. But kalau tak... kuar la modal mana yg mampu. But dont expect lelebih!
Macam tu le customer... Kengkadang menjengkelkan...
Aku dh byk bisnis buat. Kekecik dah start. Maybe tak jadi dato atau tan sri. But sesikit aku kenal perasaan org yg bisnis. Kecik2 aku jual carbon. Jual buah yg atok aku bagi. Jual hadiah yg aku dpt sebab masuk peraduan. Then skolah menengah aku jual gambar, tokan fly jual roti telur, rokok semua... then ada lagi la... Then dah aku jual pc, wat repair pc semua... Aku wat media lagi... Aku ada supply jajan kat kedai felda, semua lah... Then skang ni wat bisnis photo lak. Ada lagi. But aku lupa...
But masalah utama aku biasanya... Bila aku jumpe customer yg tak paham bahasa n asik nak murah je... Dia ingat jumpe aku ni murah. Kalau kat kedai mahal...
So bile kita jadi kastemer, cuba paham perasaan penjual ni....
Ingat dalam hati dan otak kita. CUSTOMER WILL NOT ALWAYZ RIGHT!!! Kau akan paham apa yg aku kata kalau korang sendiri berniaga...
Betul... Ada org berniaga nak pakai mercedes... But ada yg niaga nak cari suit sesuap nasi... Macam aku... kengkadang aku buat sebab aku suka buat. That's why ada masa, org dpt harga murah, ada masa mahal.
Kengkadang, org ckp kat aku. Aku jual mahal. What the fuck... Aku charge 80 utk repair pc dier. Barang nak yg murah je. Cuba gi kedai. Berapa kena charge? Aku 80... Siap amek pc kat rumah. Repair and hantar balik. Abis... aku nak kasik ayah aku duit minyak, upah ayah aku. Dapat la aku 40... Aku buat suka2... Sebab aku belajar... Tapi still nak kurang. Ingat aku ni welfare ke ape?
Betul... kalau korang gi beli barang. Tak salah menawar. Betul, customer tu sentiasa betul. Cuma kita jadi customer ni jgn la melampau. Kena paham... Dia org nak berniaga. Nak untung. Ada anak bini nak support. Sikit2 tawar dah la... Kecewa kalau org dtg, nak murah... dah tawar... dah teringat yg untung ni nak belikan anak mainan... Sekali tawar punya tawar... tak jadi beli. Penat! cuba kita fikir ape akan kita rasa... kalau kita wat overtime pepenat... tetiba bos potong... sebabnya... kita gi berak lama sangat. Padahal kita sakit perut. Sakit hati tak?
Man man la... Sebab tu aku tak kisah kalau org kata penjual kat petaling street tu maki hamun pelanggan. Pada aku tak semua macam tu. Ada certain je yg macam haram. But yg lain tu sebab marah. Mana tak marah. Kita dtg, belek... then tawar tak ingat... lepas tu tak jadik. Then dtg kawan kita. mat saleh, pak saleh semualah... semua tak jadi beli... penat... Memang la marah...
Semua berniaga nak harap untung. Niaga tak untung. mintak derma je lagi baik. So kita kena la bertimbang rasa. Kalau kita rasa tak tahu harga pasaran... Anggaplah diri kita ni mangsa. Aku tak kisah kalau aku terbeli barang mahal sebab aku tak tahu... Silap aku. Aku tak survey... Dan aku tak kisah nak bayar mahal utk something yg aku tak tahu. Lelebih lagi kalau itu perkhidmatan. Dan aku tak kisah bayar mahal kalau aku nak yg bebetul baik... Barang baik tak datang murah. Kecuali barang sponsor!
Sebab macam perkhidmatan. Repair, makan,, hotel, holiday etc... Itu usaha dia org. Dia org tak jadi org tgh... Dia org tak usaha takde duit. But, kalau dah usaha... tapi takde duit gak... susah la... Tak puashati dengan hasil, takpe... bgth je... Tapi jgn la awal2 lagi dah nak condem barang tak bagus nak mintak kurang. Walhal, kocek pun tak sentuh lagi... Susah la... Kita kawin ngan bini pun bayar dulu. Tu pun belum tahu lepas kawin ada quality ke tak. Masa couple ok je. Lepas kawin... dok umah terbongkang pakai kain batik... Sama gak lelakinya... So... Kalau nak barang baik... jgn complain awal2... Nilai bebetul... dan bayar... *maaf, kawin takde 30 days money back guarantee...
Cari la 'penjual' yg kita suka. Setiap org ada harganya... But prepare la... Kita bayar murah, kemungkinan utk kita dapat yg setimpal denan harga tadi...
Kawan aku. Nak kawin asik nak murah je. Ingat aku welfare ke nak bayo duit upah minyak? Amek gambo kawin nak murah2... amek sendri la... Biasanya kita akan dapat apa yg kita bayar kalau perkhidmatan ni. So kalau kita bayar murah... Jgn ngomel... terima je. Dan jgn menyesal... Kalau kita kena kawin lagi sekali utk dpt gambar yg tiptop!
Ingat... business is business... Tak kire ngan siapa. Kalau dlm diri dah letak... kawan aku ni free je la... Then.. jgn business... Buat je sesuka... Dgn kawan, family... charge je... Org tak paham je yg asik nak free... But bile luar dari business... bagi balik ape yg kita rasa mampu nak kurangkan... Kena ingat gak... business ada 'paper'. But bile dengan kawan n family, kita takde paper... So belanja la dia org balik....
Sebab tu kalau berbisnis, jgn kedekut. Tak kuar duit kampeni, kuar kocek sendiri. Insya-allah bisnis maju. And sama gak kalau kita jadi pembeli. Jgn lupa bagi tips kalau kita puas hati. Org pun sentiasa doa kita murah rezeki. Boleh dtg beli lagi...
Chow... nk makan.. bye
Wednesday, June 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment