Salah sorang penulis blog yg aku suka baca tulisan dier. Amirhafizi (scott, ni junior skolah ko). Dia byk mencarut2 dan merepek. Tapi idea dia... tiptop... Lagipun dier pun ada tulis novel gak. Cete pasal pocong? Ke antu ape ntah la... Gi cari. Novel tulisan Amirhafizi.
Ok... kira2 2-3 bulan lepas. Aku ckp kat member aku. Aku nak tulis novel la. Macam kawan dier. Dpt tulis dpt duit. So member dier ni dh dpt duit. Tak byk la. Tak macam JK rowling ke JRR tolkien ke. Tapi lepas la duit nak gi karaoke 4-5 tahun punya bajet...
So before aku tulis novel. Aku fikir apa cete aku nak cete? Carik kat kedai buku. Boleh aku kata 90% cete pasal cinta. So... aku nak buat pasal cinta. Sebab senang nak kelentong.
Jadi ini adalah antara jodol-jodol novel yg akan aku tulis dlm tempoh 10 tahun akan dtg. Kire macam mindmapping la ni. Tulis jodol dulu baru tulis novel....
Cinta mu bak duri semalu - Kisah cinta sadis seorang jejaka tak bertuah yg menyukai seorang awek. Awek ni menarik perhatian jejaka tadi. Tapi setiap kali mencuba, setiap kali tulah hati jejaka tadi akan terluka. Duri semalu adalah gadis tadi. Dan daun semalu yg kembang kuncup adalah umpama hati jejaka tadi.
Cinta Taman Linkin - Kisah cinta pasangan yg belajar di luar negari yg bermula semasa terserempak ketika mengoder cendol mamak di Taman Lincoln. Novel ini banyak memuatkan lirik kumpulan Linkin Park walaupun ianya tak bersesuaian dengan jalan ceritanya.
Kasih abody - Ahong yg jatuh cinta pada body Ameiaa ketika Ahong melihat Ameiaa kali pertama di kedai membasuh kereta. Ameiaa hanya duduk menunggu kereta dan tiada aksi yg di lakukannya. Hanya bangla2 saja yg membuat aksi ala2 Charlies Angle membasuh kereta. Akibat tidak tertahan dengan aksi bangla tadi. Ahong pun menekel Ameiaa.
Kasihmu bak haruman bunga taik ayam - Kasih sadis seorang lelaki yg asik mengigau di dalam tidurnya. Setiap kali dia mengigau, dia akan menyebut nama seorang gadis. Dan akan diceritakan apa yg berlaku antara dirinya dan gadis tersebut. Satu chapter utk satu perenggan. Tak dpt dipastikan sama ada ngigauannya adalah kisah benar atau cuma mimpi buruknya.
Asam di dapur garam di balang - Kisah mengenai cinta + persahabatan yg bermula dari main masak2 ketika mereka masih kecik2. Dan kini mereka masih lagi main masak2 di luar rumah walaupun sudah berkahwin.
Cinta periuk belanga - Satu pasangan suami isteri yg sering bergaduh. Tidak ada satu malam pun yg mereka tidak akan menjerit2. Hinggakan seluruh kejiranan setinggan tak boleh hidup senang lenang. Tapi, setiap tahun mereka tak pernah lekang dari mendapat anak baru.
Kasih jeling jeling - Kisah benar Jiban yg menceritakan perasaannya terhadap joyah kedai makan pak mat mentol kepada penulis. Dia tidak berani menekel Joyah kerana setiap kali nak menekel, setiap kali itulah pak mat tanya bila nak bayar hutang nasi lemaknya. Lalu, Jiban hanya berani menjeleng2 saja joyah.
Cinta blog - Himpunan 2 blog yg di combine menjadi buku. Kedua2 penulis bercinta secara menulis blog. Kononnya surat terbuka. Dan kisah cinta mereka dapat dibaca oleh semua org. Mereka bukan saja mencurahkan perasaan, malahan juga menulis in-the-blog sex fantasy (ada ke terms ni?). Bila jualan novelnya banyak. Mereka menggunakan keuntungan tadi utk berkahwin.
Ok tak tajuk tadi? Ok... chow... aku nak makan.... Lapo... Nanti takde idea nak sambung novel aku...
Thursday, June 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
ngahahha..brilliant..akan dibaca sume novel tuh bile ia published kelak..malahan nak derma siket duit supaya boleh dicetak..
ok... tq... beli jgn tak beli.. .kasik mat saleh saner semua baca...
Post a Comment