Cindy n Wak Parjo
Cindy - "Wak, boleh tak saya nak buat pakwe ni suka kat saya balik?"
Wak Parjo - "Kok kenapa begitu adiknya?"
Cindy - "Wak, saya sayang sama Jason. Walaupun saya sama Jason tidak lama, tapi saya rasa dialah utk saya."
Wak Parjo - "Ouhhhh...."
Cindy - "Sekarang dia sudah ada perempuan lain. Sialan perempuan itu. Jadi Wak, saya nak mintak tolong sama Wak. Boleh tak buat dia suka sama saya balik?
Wak Parjo - "Boleh nak. Tapi..."
Cindy - "Wak, bab duit wak jangan risau. Saya boleh settlekan..."
Wak Parjo - "Ok.... Kalau kamu sudah cakap macam itu. Wak tak payah la cakap ape lagi... Awak pergi sana sikit. Saya mahu bikin upacara... Seluar dalam ni awak saja yg pakai kan?"
Cindy - " Haah... Tu saya saja yg pakai. Jason tak pernah pakai pun... Dia ada seluar dalam sendiri. Ok, ok wak..."Prongprang prong preng... bladadum badedam... Jampijampi fuhh fuhh... Badadum Badadum... Fuh kiri fuhh kanan... Berkat toknenek.. Fuh fuh...
Wak Parjo - "Sudah selesai... Ini seluar dalam awak pakai masa awak jumpa Jason nanti. Bile awak jumpa dia. Awak senyap-senyap garu bontot awak belakang dia. Garenti masa itu juga dia sayang sama awak. Tapi ingat. Jangan garu depan lelaki lain. Nanti lelaki lain suka awak pulak!!!"
Cindy - "Ok wak, saya ingat. Garu bontot bila saya pakai spender ni. Tapi jgn bagi dia nampak saya garu bontot."
Wak Parjo - "Pengerasnya kamu letak saja di sana"
Jason n Cindy
Cindy - "I still love you Jason. I still need you. Kalau you tak ada. Dengan siapa lagi I nak bermanja?"
Jason - "Bukan sebab itu Cindy... I bukan tak sayang you. I sayang. I boleh treat you. But we don't have the chemistry. Lagipun, I jumpa yg lain selepas you. You know what Cindy. You are wrong bile you cakap I ada org lain masa I dengan you. You're too jealous!"
Cindy "Ouhh my Jason. Sampai hati you buat I macam ni"Cindy garu-garu bontot. Tapi Jason terperasan.
Jason - "Kenapa dengan you? Gatal ke bontot you? Dari tadi asik tergaru bontot je..."
Cindy - "Huh.. you perasan ke?"
Jason - "Walaupun you ingat you garu bontot you i tak nampak. Tapi I nampak sebenarnya. Tu belakang you ada cermin."
Cindy - "Arkkk. Shitt...."
Jason - "Cindy, you ni tak sihat. Gi la klinik. Cek doktor. Maybe bontot you tu kene letak ubat. Bye..."
Cindy - "Jason... Jason.... Jgn pergi Jason... Allaaaaaaa"
Cindy di rumah Wak Parjo lagi...
Cindy - "Wakkk ape ni tak jadi pun... Dia nampak saya garu bontot ada la... Macam mana ni wak"
Wak Parjo - "Ohhh alahai... Cindy cindy... Kau ini budak kecik lagi..."
Cindy - "Wak buat la sampai boleh. Saya boleh kasik duit lagi"
Wak Parjo - "Cindy... Bukan bomoh yg boleh bikin Jason sayang sama awak. Bukan.... Awak ubah dulu perangai awak. Jangan jeles. Jangan selalu marah. Jangan mengada-ngada sangat. Wak tahu... Awak pun jangan mengongkong dia."
Cindy - "Macam mana wak boleh tahu?"
Wak Parjo - "Kawan awak yg bgth saya masalah awak... Cindy... Kalau awak sayang Jason. Awak kene jaga dia baik2. Kalau awak kata awak cinta dia. Awak tak buat perkara tak baik sama dia. Bomoh pun tak boleh bantu kalau perangai awak macam tu. Sayang-sayang juga. Tapi untuk sayang orang... Awak kene sayang diri awak dulu. Baru orang boleh sayang sama awak... Awak kene ingat tu."
Cindy - "Saya ingat awak... Tapi... Wak tak ada cara lain ke?"
Wak Parjo - "Caranya... Sayang diri awak dulu. Bila awak dah sayang diri awak. Bukan Jason saja yg dtg. Org lain pun sayang awak... Tak payah kuar duit lagi utk pengeras... Lagipun.... Wak ni bukan bomoh... WAK NI TUKANG URUT AJA... Wak nak bagitahu sama Cindy, cindy dah potong cakap wak. Lagipun tak ada jalan senang utk berjaya dalam bercinta."
Cindy - "Waaaa wak tipu la... Tanak kawan wak lagi... waaaaaaaaa"
****************************************
Kesimpulan... Bomoh belum tentu boleh menyelesaikan masalah cinta anda. Kalau anda ada masalah. Cuba sayangi diri anda dulu sebelum menyayangi orang lain.
Wak Parjo juga berpesan... Kadang-kadang... tak salah untuk kita cuba sesuatu yg baru bile kita menyayangi orang lain... Walaupun mende tu terlalu baru utk kita. (Tu yg Wak Parjo gelakkan aku nih...)
1 comments:
wahahahah..gelak gila ah baca..bravo bzz..bile nak buat filem?hahahahha..lawak kretip..tp stil ade ilmu dpt dr situ..
Post a Comment