Thursday, May 17, 2007

Terima Kasih...

(Cikgu darjah satu)
Awak dah besar nak jadi apa?
Saya nak jadi peneroka cikgu.
Huh?
- Ya, sekarang aku meneroka diri aku. Beyond my limit

(Cikgu darjah 3)
Apa cita-cita awak?
Saya nak jadi arkitek
Bagus...
- Yup, akulah arkitek diri aku sendiri. Corak dan aliran yg aku perlukan.

Cikgu Hamidah (Geografi Form 1)
Apa awak cakap? Babi (Cikgu jerit kat Ot, member aku)
Takde cikgu. (Ot nak nangis)
Saya dengar. Sekarang awak masuk bawah meja. Lain kali, jangan mencarut dalam kelas.

Cikgu... (Lupa namanya. Masa prep malam) Form 3
Babi lu (Wakjai maki cikgu ni sebab baru je lepas kena sebat. Main dalam prep. Cikgu dah jalan agak jauh masa tu)
Apa awak cakap? (Semua terperanjat. Camne cikgu tu dengar. Padahal dier dah jauh)
Takde cikgu... Ni saya cakap Gunung Kinabalu. (sambil wakjai tunjuk peta geografi atas mejanya)

Cikgu Md Nor (Form 3 - Sains)
Saya bukan suruh awak semua main buah biji kambing. Main macam kriket. Saya suruh cari spesimen. Ni saper yg start dulu?
Afthar cikgu (ada suara menjawab)
Saya tak nampak pun dia main. Dia buat je kerja dia.
(10 orang disebat dibontot akibat main buah biji kambing ala2 main kriket)

Cikgu Yem (Form 3) -Bilik HEP
Awak kunyah rokok ni dalam mulut. Nanti abis kelas lepas ni. Saya nak awak tunjuk rokok ni ada dlm mulut awak lagi
Tapi kelas tu 2 masa cikgu. Kimia...
Lagi bagus. 2 masa lagi la awak cepat taubat tak isap rokok lagi
(Tapi sebab aku bijak, aku tak kunyah. Aku kemam. So.. air liur tak basahkan rokok tu. Selamat...)


Cikgu Zakaria (ontol - Form 4)
Apis, awak tak mengaku tak apa. Saya tak kisah. Saya maafkan awak. Tapi, saya harap satu hari nanti awak tak menyesal sebab awak menipu orang lain...
(Ahhh syahdunya kata2 cikgu masa bulan puasa)...
Ya cikgu... Saya hisap rokok koridor belakang bilik saya...
Kan senang kalau awak mengaku dari awal tadi. Saya nak catit je. Bulan puasa takkan saya nak sebat awak.

Arwah Cikgu Bashar (Form 4 BM)
Nizam. Baca balik ayat2 ni kuat2.
"Saya berbasikal menuju pulau tioman...... Saya terus sahaja berenang di pantai. Saya mengetawakan kawan saya kerana dia tidak tahu berenang. Lalu saya mengajarnya bagaimana cara-cara berenang di pantai"
Awak tahu apa yg awak salah nizam? Ni awak pergi pulau tioman dari mana?
Saya dari naik basikal dari mersing cikgu.
(dengan muka seposen)... Awak naik basikal pergi tioman. Hebat awak berkayuh di laut. Terangkan macam mana awak kesana. Kalau tak, tak payah cerita. Yg lagi satu ni. Awak ketawakan kawan awak tak boleh berenang. Tapi siapa yg bodoh? Orang lain berenang di laut. Tapi awak berenang di pantai!!!
(Satu kelas blur... Lelama bantai gelak. Betul gak. Siapa nak berenang di pantai kan? And... hanya 9 org dari 3 kelas yg cikgu tu ajar yg lulus. Termasuk aku. Bangga... Sebab ayat aku direct. Tak berbelit)



Cikgu Suzana (BM Form 5)
Berdiri situ kejap. Cuba awak semua tgk apis ni. Muka dia ada macam Tengku Mahkota Pahang tak? Gaya cakap pun dah sama dah.
WAkakakakakakakaka (Aku kene gelak satu kelas)
- Ceh.. Tak teringin aku...

Cikgu Suzana (BM Form 5)
Awak pusing balik. Masuk balik kelas... Jalan macam tadi.
???? (Satu kelas hairan).. Ape mende? (aku)
Awak tak boleh jalan macam lelaki?
Huh? Apsal saya jalan lain ke?
Tak, awak jalan gelek. Macam model. Macam perempuan...
WAkakakakakakaa huhuhuhuhuh... (Budak gelak tak ingat)


Cikom (Cikgu Hashim Markom - 1997 - SMSS open. Dier dtg hantar team utk SMSJ)
Saya lebih suka budak2 nakal macam awak semua.
Kenapa cikgu.
Walaupun masa sekolah awak semua ni nakal. Awak bukan jahat.
Oooo...
Lagipun, saya tengok, hanya budak nakal je yg selalunya ingat pada cikgunya. Budak yg pandai, bila dia org dah berjaya. Kerja dah senang, sibuk dengan hidup dia org. Dia org jarang ingat cikgu. Kalau jumpa pun, 'cikgu'... Tapi yg nakal ni la yg ingatkan cikgu2 macam saya ni pada cerita lepas.
(yup, yg dtg tgk SMSJ punya team asalnya budak nakal macam aku. And that night, kita org happy sebab borak panjang dengan Cikom, driver bus sekolah n pembantu...)


Itu ceritanya...
Walaupun aku tak jadi org yg sangat diharapkan. Tapi aku amat menghargai jasa cikgu2 aku. Tak kiralah sama ada dia cikgu pinjaman dari Zambia (Teacher Hugo - mat saleh hensem pemain bola sepak zambia) ataupun cikgu tadika aku. Dia org yg membentuk diri aku dan kita semua.

Sama ada mereka ajarkan subjek kerajaan atau subjek tambahan (borak2 dan kehidupan). Sedikit sebanyak, hidup yg kita lalui sekarang bergantung pada apa yg telah mereka ajarkan.

Mungkin kita merasa sakit disebat. Dimaki, dikutuk atau sebagainya. Tapi, jika niat mereka baik, utk mereka tunjukkan kita jalan yg sebaiknya. Maka terimalah. Bukan dengan cara memarahi mereka atau mengugut utk menyaman mereka. Apa salahnya kita terima hukuman jika kita yg bersalah? Hormati mereka yg telah menahan diri mereka dari merasa kasihan akibat kesilapan kita demi kebaikan diri kita pada masa ini dan akan datang.

Terima Kasih Cikgu. Tiada apa yg saya mampu balas kecuali ucapan terima kasih.

Terima Kasih Cikgu... & SELAMAT HARI GURU



*sorry... lambat sehari.

2 comments:

jetjetsemot said...

heh..tak tahan btol part berenang kat pantai tuh..nek basikal g pulau tioman..hahahah..kretip..inovatip..

Anonymous said...

singgah jap

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...